Oh, mak kau! Mahal betul harga sebotol air mineral di kafe Starbucks ni, ya? Biasanya air mineral dijual paling mahal tak sampai RM3, ini hampir mencecah RM10!
Perkara itu membuatkan seorang wanita naik angin sehingga mendorongnya memuat naik gambar sebotol air mineral jenama Evian berserta resitnya sekali.
Akak Jakun Kena Kecam Berjemaah Sebab Meroyan Air Mineral RM10
"Ni mencekik darah ke, apa???
"ertama kali beli air mineral nak cecah harga RM10," tulisnya di laman Facebook (FB).
Sudah namapun kafe ternama kak, haruslah air mineral sebotol pun berkali ganda lebih mahal dari harga biasa.
Perkongsian wanita itu sememangnya mengundang kecaman netizen yang mempertikaikan tindakannya membeli juga air berkenaan walaupun tanda harga sudah dipaparkan pada botol.
"Dah ada tanda harga, tapi kenapa beli juga?
"Evian memanglah mahal. Lepas tu, yang pergi beli di Starbucks kenapa?" komen netizen.
Difahamkan, wanita itu telah memadamkan gambar air dan resit berkenaan dari laman FB-nya.
"Aik, dah padam ke status tu?
"Terus padam status selepas dikecam teruk," tulis netizen.
Foto: FB
Mungkin akak tu tak perasan tanda harga berkenaan kerana terlalu emosi dan tak sabar nak post di FB, tak? Apapun, belilah sesuatu barangan mengikut kemampuan. Sebelum beratur di kaunter, pastikan dulu harganya 'berbaloi', okey? - CARI |