Wah, wah, wah! Uqasha Senrose dah jadi penyeri hati dalam hidup seseorang lah! Siapa lagi kalau bukan pengacara Hefny Sahad. perkara itu diakui sendiri oleh Hefny kepada Harian Metro.
Foto: IG Uqasha Senrose
"Dia wanita istimewa yang mengisi kekosongan hidup saya sejak setahun lalu.
"Bagaimanapun, kami masih dalam fasa mengenali hati budi dan berkawan rapat," katanya kepada Harian Metro.
Kata Hefny, dia malas nak heboh-hebohkan perkara ini. Yalah, mana tahu nanti ada mulut yang melabel dia ini sengaja mencari publisiti pula, kan?
Foto: Harian Metro
"Saya sengaja mengunci mulut mengenai hubungan ini kerana tidak mahu masyarakat menganggap kami sengaja mencari publisiti dengan menjaja kisah peribadi.
"Lagipun saya menghormati pendirian Uqasha yang tidak mahu terlalu terbuka. Biarlah orang lebih nampak hasil kerja seni kami,” katanya.
Foto: IG Hefny Sahad
Dah buka mulut mengakui hubungan ni, kira jadilah ya? Nanti dulu, Hefny tak nak terburu-buru, sebaliknya dia serahkan sepenuhnya kepada takdir.
"Belum ada sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya. Saya menyerahkan soal jodoh dan pertemuan kepada Allah," ujarnya.
Nanti kalau ada berita gembira, Hefny janji dia akan berkongsi dengan kita semua. Rasa-rasa, 'jadi' tak mereka ni? - CARI |