CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: idakamaruddin

[tvN] - Avengers Social Club - Lee Yo Won, Ra Mi Ran, Myung Se Bin

[Copy link]
Post time 22-11-2017 02:52 PM | Show all posts
atira replied at 22-11-2017 02:51 PM
yg last two episodes tu cepat pulak kuor sub nye

sebb da last kot
tu yg laju diorg translate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 12:04 PM | Show all posts
REVIEW:

1. Cerita (9/10)

Melihat tajuk dan poster membuatkan aku tertarik untuk menonton apetah lagi dengan Lee Yo Won dan Ra Mi Ran sebagai teraju utama. Tema cerita mengangkat watak ahjumaa yang selalunya dianaktirikan dalam masyarakat korea, balas dendam antara isteri-suami, anak-bapa dan orangkaya yang suka menindas. Kim Jung Hye (Lee Yo Won), anak perempuan kpd keluarga kaya yang berkahwin dengan Lee Byung Soo (Choi Byung Mo) atas dasar bisnes kerana dia anak luar nikah. Masanya dihabiskan dengan shopping dan hidup tanpa arah tujuan. Lee Byung Soo mempunyai anak lelaki luar nikah yang dibawa masuk ke dalam keluarga supaya dia dapat mewarisi syarikat ayahnya. Kim Jung Hye berdendam dengan suaminya kerana selepas 10 tahun baru dibongkarkan rahsia anak lelaki tersebut iaitu Lee Soon Gyum (Jun)

Kim Jung Hye menubuhkan Bok-Ja Club selepas bertemu dengan Lee Mi Sok (Myung Se Bin) dalam satu majlis di mana suami Lee Mi Sook, Baek Young Pyo (Jung Suk Yong) adalah rakan kepada Lee Byung Soo. Baek Young Pyo, seorang yang suka memukul Lee Mi Sook setiap kali mabuk. Kim Jung Hye ternampak kesan lebam dan mengajak Lee Mi Sook untuk membalas dendam kepada suaminya.  Manakala, pertemuan Kim Jung Hye dengan Hong Do Hee (Ra Mi Ran) di sebuah restoran ketika Hong Do Hee berjumpa dengan ibu kepada rakan sekolah anaknya yg kononnya dicederakan oleh anak Hong Do Hee yang meminta ganti rugi.
Lee Soon Gyum menjadi ahli terakhir yang menganggotai Bok-Ja Club kerana ingin membalas dendam kepada bapanya, Lee Byung Soo yang tidak pernah mengambil berat halnya tetapi mecarinya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Maka bermulala misi-misi membalas dendam dengan cara yang kelakar tetapi menjadi.

Keseluruhannya, plot cerita yang sangat menarik, kelakar dan diselang selikan dengan aksi kelakar romantik.


Memorable Scene:
1. Ketika Hong Do Hee berjumpa ibu rakan sekolah anaknya dan berhujah dengan fakta sehingga ibu tersebut tergamam dan meminta maaf.

2. Kim Jung Hye dan Lee Mi Sook membuat sidang akhbar berkenaan dengan kes rasuah suaminya untuk membantu Baek Young Pyo berkempen

2. Keberkesanan Lakonan (9/10)

Lee Yo Won

Lakonan yang outstanding dan bersahaja. Wataknya yang nampak sombong kerana anak orang kaya, tersimpan sisi lain yang kelakar dan bimbo.
Calon untuk Best Actress Category

Ra Mi Ran

Lakonan acik Ra Mi Ran memg tidak perlu dipertikaikan. Sebagai Ahjumma yg membesarkan dua anak selepas kematian suami, sbagai penjual ikan, dia memandang tinggi kerjayanya, tegas dan sayang akan ahli-ahli kelabnya.
Calon Best Actress Category

3. Aspek Teknikal (8.5/10)

Teknik pengarahan yang sangat  baik, permainan flashback scene untuk menterjemahkan semula keseluruhan plot cerita yang baik. Pemilihan lokasi dan scenery kurang menarik, especially di kafe tempat Bok-Ja Club berkumpul. Walaupun telah terkantoi, mereka masih memilih tempat duduk yang sama di kafe tersebut

4. Skor Muzik (4/5)

Choi Jung In - Believe in Miracle - OST Part 1

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)

Tidak ragu-ragu untuk tontonan semula

@dauswq

Comments

Pencalonan: Lee Yo Won[Best Actress] Ra Mi Ran [Best Actress]  Post time 6-12-2017 06:25 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.059826 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list