CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2824|Reply: 5

Bro, Jangan Lepaskan Si Gadis Yang Ada 7 Sifat Ini

[Copy link]
Post time 13-10-2017 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Bro, Jangan Lepaskan Si Gadis Yang Ada 7 Sifat IniJangan Tunggu Lama-lama, Nanti Lama-lama, Dia Diambil Orang
Terbang tinggi burung merpati
Hinggap sebentar di sarang kedidi
Kalau sudah berkenan di hati
Awak nak tunggu apa lagi?
Nak cari calon isteri jangan letakkan kriteria utama yang berdahi licin saja. Pastikan yang mempunyai asas agama kriteria yang pertama.
Tapi zaman dah berubah bro.
Adalah penting untuk kita masukkan lagi kriteria tambahan seperti di bawah. Kalau dalam DNA calon isteri kita ada 7 sifat ini, laju-laju masuk meminang. Ajak kahwin terus lagi bagus.
Antaranya :
1. Minat Menyimpan
Dia jenis yang minat simpan duit. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kalau kita nak belikan hadiah dia akan terus keluar ayat standard, “Tak payahlah B, membazir je”, “Tak payahlah lah sayang, simpan la duit tu”.
Bukannya jenis yang setiap kali keluar dating, asyik perabis duit kita suruh belanja air Starducks atau MekDonal.
2. Tak Apa Kalau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa
Kalau kita ajak dia makan kedai biasa atau dekat warung, dia tak kisah. Asalkan makanan sedap dan boleh masuk perut. Bukannya jenis makwe yang konon dah penat berhias pakai tudung lilit, tak ada kelas makan kedai murah. Paling kurang pun MekDonal.
3. Naik Kereta Secondhand Kita Pun Dia Tak Segan
Dia jenis tak kisah pun kita pakai kereta apa. Tak malu pun dengan keluarga dan kawan-kawan. Kalau ajak naik MRT pun dia selamba. Bukannya jenis makwe yang setiap hari pressure kita suruh tukar Honda!. Nak nampak ‘class’ kononnya.
4. Tak Minta Hadiah MahalSetiap kali hari jadi dia tak minta barang yang ratus-ratu, ribu-ribu harganya. Contohnya tak minta beg tangan LV, jam tangan DKNY, make up SKII atau iPhone. Kalau dapat jenis yang happy asalkan kita ingat untuk wish hari jadi pun dah dikira tip top.
5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja
Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Tak impikan nak buat wedding of the year bagai sampai kena buat pinjaman peribadi. Kalau boleh nak nikah dengan kenduri buat dekat masjid, lebih jimat dan berkat. Hantaran pun tak letak tinggi. Jenis ini akan berlapang dada kata Ijazah adalah untuk minta kerja, bukan sebagai justifikasi untuk minta hantaran RM30 ribu serba satu!
6. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin
Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Amboi…Ciptalah sweet moment  tu selepas kahwin.
7. Tak Kisah Gaji Kita Sikit
Dia tak kisah pun kalau gaji kita lebih rendah daripada dia. Dia terima kita seadanya. Janji sumber pendapatan kita tu halalan taiyiban. Spesis jenis ni memang susah dah nak jumpa di zaman moden ni, jadi kalau terserempak, jangan lepaskan!
Manusia itu tak sempurna. Kalau masa bercinta dan pasangan kita tiada 7 ciri-ciri di atas, janganlah pula tinggalkan dia. Kita bimbinglah supaya dia lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.
Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Duit bukan segala-galanya. Tetapi semua benda nak pakai duit. Kalau jenis suka membazir benda bukan-bukan, mungkin kedudukan kewangan masa depan kita akan turut terjejas.
Kalau rasa perkongsian ilmu kali ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
no komenlah.

Komen utk dpt kedit jer
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:06 PM | Show all posts
tak kisah kalau abang nikah lagi satu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
iols kenduri kahwin tu xkisah sgt sbb iols ni xbyk kwn, ada beberapa 4-6 org ja bff. .kihkihkih buat kat masjid lg bagus. .gittew. .
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:26 PM | Show all posts
pas kahwin bertukar 180 degree...kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Plastic sume tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.043799 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list