View: 7986|Reply: 60
|
Auntie, Boleh Tolong Alihkan Kucing Dari Bakul Sayur Tu Tak?
[Copy link]
|
|
Bagi pengguna yang membeli barangan basah di pasar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan apa yang mereka mahukan tidak lain daripada mendapatkan bahan mentah yang segar.
Namun, dalam pada itu kebersihan kawasan sekeliling juga haruslah terjamin.
Bagaimana perasaan anda bila terlihatkan haiwan peliharaan di kawasan sayuran yang dijual?
Itulah yang dikongsikan oleh netizen ini menerusi dua keping gambar ketika berkunjung ke Pasar Awam Bayan Baru minggu lalu.
Dia berasa kurang senang dan agak terkejut kerana seekor kucing dilihat sedang duduk dalam bakul sayuran sambil menggaru badannya.
Ya, sudah tentu kucing merupakan haiwan kesayangan ramai, comel dan juga manja. Namun, tindakan peniaga yang membiarkan kucing berada dalam bakul sayuran itu dipertikaikan.
"Didapati seekor kucing duduk di atas sayur sayuran dan menggaru-garu.Pada mulanya saya ingat peniaga tersebut tidak sedar akan kucing tersebut,tetapi setelah diberitahu dia langsung tidak mempedulikannya, malah buat tak tahu dan dia bagi tahu supaya saya tidak pergi ke kedainya lagi.
"Tindakannya itu langsung tidak mempedulikan kebersihan dan kesihatan.Bagaimana jika kucing tersebut kencing atau berak dia atas sayur-sayuran tersebut?"
Katanya lagi, dia menyalurkan maklumat ini kepada umum atas dasar kebersihan dan kesedaran sivik. Tiada kena mengena dengan rasis atau pun perkauman.
Namun demikian, terdapat pelbagai reaksi berbeza daripada para netizen.
Kata netizen, itu adalah 'pemandangan' yang kita nampak. Bayangkan pula bagaimana keadaannya di kawasan ladang atau pun kebun yang dipenuhi haiwan peliharaan mahupun haiwan perosak lain.
Terdapat juga menganggap kucing berada di pasar sebagai suatu situasi yang biasa serta tidak memudaratkan.
"Rasanya takda masalah kot tentang kucing tu."
"Apa la benda ni pun bikin kepoh.. beli sayur balik rendamlah dengan klorok."
Apa pula pandangan anda tentang isu ini? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
semua laa nak upload nak viral, ckuplah bgtaw ja kat auntie tu. .stop kat sana! ni nak jgak babitkan social media. .apahal? eh eh, buat iols mrh plak. . |
|
|
|
|
|
|
|
Belum nampak meoww terjun tiruk dalam bekas ikan lagi ambik ikan sekor untuk meoww nk sarapan pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
standard la kat pasar byk kucing2 terbiar..kalau dh nampak xyh lah beli kt aunty tu..
mcm nk tutup periuk nasi aunty tu pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai amik gambar auntie tu buat apa?
Semoga ada pula orang lain yang ambil gambar emak pemviral tu dan terkena karma.
Macamlah dia pembersih sangat! |
|
|
|
|
|
|
|
Eh tak kan la aunty tu sorang je yang jual sayur dalam pasar tu.
So you don't like what you see? Move along. |
|
|
|
|
|
|
|
dah nama pon pasar... mesti banyak stray cat... kalau rasa kotor pegi aja kedai yang lain... tak perlu viralkan auntie tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah xda kedai lain ke sister |
|
|
|
|
|
|
|
Kucin aku pernah kencing dlm beras yg lupa.nak tutup.dia igt pasir kot.aku pon x sedar.last2 masa nk masak bau hancing. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu x suka p bli kt gerai lain.. habis cerita..
Ni jd KES NAK VIRAL TAPI KENA KECAM... haiyoooo |
|
|
|
|
|
|
|
Auntie tu pon x kosser nak melayan. Haha padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
Gigihnya diorang ni... siap tulis karangan sampai 2 kaki panjang... i seboleh2nya tak upload apa2 kat fb ig.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha. Ini lawak....
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi kalo kucing duduk kemain membekap. Cer anjing meroyan 1 malaysia. belum babi lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hal kecik pun nak besar2kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|