CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1204|Reply: 3

KDN Pandang Serius Dan Kenal Pasti Syarikat Menggaji Anggota Abu Sayyaf

[Copy link]
Post time 14-10-2017 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Add Image Caption Here



Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengenalpasti syarikat kawalan keselamatan menggaji pengawal keselamatan yang disyaki anggota Abu Sayyaf dan tahap pembabitan mereka sedang disiasat.


Memetik laporan Bernama, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim menegaskan sekiranya siasatan KDN dan polis membuktikan syarikat kawalan keselamatan terbabit cuai dalam proses pengambilan pekerja sebagai pengawal keselamatan, maka ia boleh dikenakan tindakan seperti pembatalan lesen.


Tegas Alwi, KDN tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana syarikat kawalan keselamatan sekiranya didapati menggaji pengawal keselamatan yang mempunyai hubung kait dengan anggota pengganas akibat daripada kecuaian syarikat untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh KDN.


"KDN memberi amaran kepada semua syarikat kawalan keselamatan supaya mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan bagi pengambilan pekerja sebagai pengawal keselamatan terutama membuat pengesahan ketulenan kad pengenalan calon pengawal keselamatan secara biometrik dengan JPN."


Jelas beliau, kenyataan ini dikeluarkan sebagai maklum balas kepada laporan berhubung tangkapan ke atas pengawal keselamatan yang disyaki anggota Abu Sayyaf melalui dua siri tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis sebelum ini.


Katanya, KDN memandang serius isu pengawal keselamatan yang disyaki anggota Abu Sayyaf dan ini adalah kes pertama membabitkan tangkapan ke atas pengawal keselamatan yang disyaki anggota Abu Sayyaf.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2017 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen ni kekadang bodoh gak. Dah tau abu sayyaf tu terang2 ancam keselamatan negara, which is mmg sgt2 serius,  patutnya, revoke je la lesen bisness yg memggaji pekerja yg related to AS ni
Nak tggu apa lagi?  Nak tggu polis tentera mati terbunuh baru nak bertindak
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 02:18 PM | Show all posts
ce bagitahu siapa yg rekrut?

kiram klan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah pandang serious. Shut down the company and deport them back jer. Tak habis2 mengkaji/memandang serious/menunggu siasatan itu jer la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052816 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list