Minat menulis? Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM600! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
108641
View
1637
Reply

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - update 27/08/2018 post #1 #1587

  [Copy link]

Author: lil_sparky       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-10-2017 09:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lil_sparky at 11-10-2018 10:26 AM

~~UPDATE TARIKH PERBICARAAN KES AKAN DATANG~~
August :16 Aug (Khamis) - Done - refer post #1575
            : 27 Aug(Rabu) - Ditangguhkan
Sept     : 27 Sept (Khamis) - Done - Refer Post #1587

Oct       : 25 Oct-26 Oct (Khamis, Jumaat)
Nov      : 1-2 Nov (Khamis Jumaat)
            : 12-13 Nov (Isnin, Selasa)

Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada
JANUARI : 29 Januari (ISNIN) -DONE- refer post #1,#715,#786
FEBUARI : 28 Februari (RABU)- DONE- refer post #917
MARCH : 28 Mac (RABU) - DONE - refer post  #1010
APRIL : 26 hingga 27 April (KHAMIS ,JUMAAT) DONE - Refer Post #1058, #1068, #1080
MEI : 14 hingga 16 Mei (ISNIN, SELASA, RABU) DONE - Refer Post #1113, #1118
JUNE : 4 hingga 5 Jun (ISNIN, SELASA) - DONE- Refer Post #1153, #1163
              26 hingga 29 Jun 2018 (SELASA,RABU, KHAMIS, JUMAAT) - Refer Post #1215, #1260, #1266, #1285

OKT 1 -Akmal Zuhairi
OKT 2 - Azamuddin
OKT 3 - Najib
OKT 4 - Afif
OKT 5 - Sobirin
OKT 6 - Hakeem

OKT 7 -Hasif Ismail
OKT 8 - Akmal Akif
OKT 9 - Adib Iman
OKT 10 - Syazwan Musa
OKT 11 - Amirul Asyraff Mala
OKT 12 - Lukman Hakim
OKT 13 - Hafiz Fauzan
OKT 14 - Lukmanul Hakim
OKT 15 - Shafwan Berdal
OKT 16 - Muhammad Sufi
OKT 17 - Noriznan Izzairi
OKT 18 - Ashraf Abdullah
OKT 19 - Danial Firdaus

Ringkasan Kes :
Kesemua tertuduh telah memukul dengan tangan dan menendang mangsa selama tiga jam berturut-turut bermula pada 2.30 pagi 21 Mei 2017 sehingga 5.30pagi hari sama, dan tindakan sama berulang dari 1.30 pagi sehingga 4.30 pagi pada 22 Mei 2017.

Namun, nasib yang menimpa si mati (Zulfarhan Osman) tidak terhenti pada 4.30pagi (22 Mei 2017). Fakta kes pendakwaan menunjukkan pada 4.45 pagi iaitu selepas sebahagian tertuduh telah keluar dari bilik 04-10 (asrama UPNM),soalsiasat ke atas si mati telah diteruskan semula oleh tertuduh pertama hingga tertuduh keenam.

Semasa soal siasat itu dibuat, tertuduh pertama memegang seterikawap,seterusnya tertuduh keenam telah menyuruh tertuduh pertama mencucuh simati dengan seterika wap tersebut sehingga si mati menjerit kesakitan.

Tertuduh kedua hingga kelima juga menggunakan seterika wap yang sama untuk mencucuh badan si mati. Perbuatan itu dihentikan setelah selesai azan subuh berkumandang pada kira-kira 5.45 pagi.

(Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah)


Ringkasan Perbicaraan :
29 Januari 2018
5 Saksi Pendakwaraya Dipanggil

Saksi 1- Anggota polis yang buat laporan kes ni (33 tahun)
  • Beliau telah menerima panggilan daripada Encik H(tak ingat nama) menyatakan ada seorang lelaki melayu dilaporkan tidak sedarkandiri di T25, Blok B, Centrium Residence.
  • Mendapat nama penuh & NRIC si mati daripada anggota yang berada di tempat kejadian.

Saksi 2- Anggota polis aka jurufoto yang ditugaskan menangkap gambar di tempat kejadian iaitu dia unit kediaman De Centrum, Asrama Jebat, dan Hospital Serdang (gambar mayat) (51 tahun)
  • Pintu masuk rumah apt. DeCentrum mempunyai sticker PDRM.
  • Sterika ditemui di sebelah kanan bilik, sterika tersebut tidak disembunyikan.

Saksi 3- Penolong Pegawai Perubatan yang datang bersama ambulance (36 tahun)
  • Naik ke DeCentrum dan menemui mangsa tidak sedarkan diri. Tiada nadi , dan mata hitam tidak bergerak.
  • Cuba melakukan CPR namun tiada tindak balas daripada pesakit.
  • Bawa [size=15.3333px]mangsa ke Hospital, 2 daripada kawan mangsa yang turut berada dalamrumahtadi juga menaiki Ambulans (OKT1 & OKT2) untuk menemani pesakit.

Saksi 4- Pegawai Perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang (28 tahun)
  • Memberikan CPR kepada mangsa. Terdapatdenyutan nadi, hanya 4 min sahaja selepas 4 min denyutan tersebut hilang.
  • Kandungan potasium dalam darah pesakit adalah sangat tinggi 10 (mmol/L). Potasium boleh disebabkan oleh Dehydrate.
  • terdapat balutan bandage pada badan pesakit & kesan terbakar.
  • [size=15.3333px]OKT1 & OKT2 telah mendaftar pesakit dan bertanya keadaan mangsa daripada beliau.

Saksi 5 - Bapa Arwah Zulfarhan (54 tahun)
  • Pada bulan 4, Zulfarhan ada pulang ke Johor untuk bercuti selama 3 hari. Keadaan Arwah sihat & tidak menunjukkan tanda sakit.
  • Zulfarhan tidak pernah meminta duit daripada ibu bapanya dan Arwah mempunyai laptop sendiri tetapi beliau tidak pasti sejak bila anaknya menggunakan laptop tersebut.
  • Melakukan pengecaman dan betul ianya adalah anak pertama Saksi 5

28 Februari 2018
2 Saksi Pendakwaraya Dipanggil

Saksi 6 - Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang,  Dr Salmah Arshad (37 tahun)
  • Hasil bedah siasat mendapati terdapat 90 kesan luka lecur di hampir keseluruhan badan, termasuk kedua-dua belah punggung dan zakar Zulfarhan Osman.
  • Kesan luka lecur itu adalah pada kategori tahap satu, tahap dua dan tahap tiga yang didapati daripada pangkal leher sehingga ke kaki mangsa termasuk bahu, lengan, dada, perut, rusuk, belikat, betis, paha dan buku lali.
  • Daripada 90 kesan lecur di tubuh mangsa itu, dua kesan adalah pada tahap satu, 59 kesan tahap dua dan 29 kesan tahap tiga.
  • Hasil bedah siasat juga mendapati terdapat kesan lebam pada kelopak mata dan calar pada kening mangsa.
  • Kesan lecur seperti tekapan oleh seterika wap.
  • Luka berada hampir di keseluruhan badan (si mati) termasuk belakang badan yang mana sukar untuk dicapai tangan sendiri. Ini adalah luka akibat bahan panas yang tidak akan terjadi sebanyak ini jika dilakukan mangsa sendiri kerana ia menyebabkan kesakitan, selain lukanya juga terlalu banyak untuk dilakukan sendiri.

Saksi 7 - Pegawai Perubatan Klinik As-Salam di Bandar Baru Bangi,  Dr Azfar Hussin (34 tahun)
  • Mangsa dibawa pada 12 tengah hari dan 1 tengah hari, 27 Mei 2017 oleh 4 orang rakan (OKT1, OKT2, OKT4, OKT6). Mangsa memakai baju kemeja batik lengan panjang berwarna merah coklat dan berkain pelikat, yang kelihatan agak kotor.
  • Mangsa minta buat rawatan cucian (dressing) dan tidak mahu ke hospital. Mangsa memberitahu bahawa kesan lecur dan terbakar adalah disebabkan letupan ketika latihan di kem tentera. Mangsa tidak mahu membuat rawatan di Port Dickson untuk menjaga reputasinya sebagai tentera.
  • Mangsa duduk di atas katil, dikelilingi kawan-kawannya dan sebahagian bajunya telah terbuka di bahagian hadapan.
  • Mangsa menghalang doktor menelefon keluarganya di Johor atas alasan ibunya sedang sakit. Doktor membatalkan hasratnya menghubungi keluarga mangsa dan membuat surat rujukan ke hospital.

28 March 2018
Saksi 7 - (Sambungan)
  • Mangsa kembali semula ke klinik pada 31 Mei 2017, di antara jam 10 hingga 11 pagi untuk mencuci luka. Keadaan mangsa ketika itu dikatakan lebih baik berbanding kali pertama dia mendapatkan rawatan pada 27 Mei 2017.
  • Tanda vital, termasuk tekanan darah, degupan jantung dan paras oksigen mangsa berada dalam keadaan normal serta luka mangsa semakin sembuh kecuali pada bahagian paha dan punggung kerana terdapat cecair yang keluar dari luka itu. Mangsa kelihatan letih dan dehidrasi.
  • Mangsa muntah dua hingga tiga kali sewaktu rawatan dan rakannya juga memberitahu mangsa pernah muntah beberapa hari sebelum itu.
  • Mangsa memberitahu akan pergi ke hospital selepas mendapatkan rawatan di klinik.

26 April 2018Saksi 7 - (Sambungan)
  • Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditayangkan di mahkamah menunjukkan bahawa Zulfarhan dalam keadaan sedar dan boleh berjalan sendiri apabila di bawa ke klinik oleh rakan-rakannya pada 27 Mei 2017. Ini menunjukkan mangsa tidak berada dalam keadaan kritikal dan mampu membuat keputusan sendiri.
  • Pada 27 Mei 2017 mangsa diberi antibiotik "Augmentin" serta satu suntikan yang mengandungi dua ubatan iaitu "Voltaren Ampoule" dan "Maxalon" bagi kecederaan melecur yang dihadapinya.
  • Pada 31 Mei 2017, mangsa diberikan suntikan yang sama dan antibiotik "Zinnat" kepada Zulfarhan

27 April 2018
Saksi 8 - Jururawat Klinik As-Salam
  • Bercerita proses mencuci luka

Saksi 9 - Pegawai Farmasi Klinik As-Salam
  • Bercerita jenis ubat yang diberikan
  • Dikatakan mangsa dikawal oleh OKT dan OKT tidak begitu mempedulikan mangsa sambil berbual sesama sendiri.
  • OKT membayar wang perubatan lebih kurang RM4++ (Mungkin wang mangsa yang diambil dari ATM pada hari sebelumnya  - belum pasti)
  • Memberi mangsa surat rujukan ke hospital

Saksi 10 -

Saksi 11 - Pelajar Uniten di DeCentrum,  Muhammad Nazrin Mohd Redzuan (21 Tahun)
  • Mengenali Zuhairi dari zaman sekolah menengah. Pertama kali bertemu OKT2 dan mangsa,
  • Ketika beliau sampai ke rumah jam 12 tengah malam 31 Mei 2018 selepas bermain futsal, beliau mendapati ketiga-tiga lelaki itu berada di ruang tamu rumahnya.
  • Zuhairi dan Azamuddin duduk di atas kerusi, manakala Zulfarhan yang berbaju batik dan berkain pelikat pula berbaring di atas tilam di ruang tamu. Zuhairi berkata Zulfarhan mengalami kemalangan, namun tak dinyatakan kemalangan apa.
  • Pada 1 Jun 2017, Mangsa berbuka puasa dengan bubur lambuk, makan ubat, dan meminta diri untuk berehat sebentar.
  • Selepas berbuka puasa, Azamuddin mengetuk pintu bilik serta menyuruhnya melihat Zulfarhan yang sudah kaku dan tidak bergerak.

14 May 2018
Saksi 6 - Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang,  Dr Salmah Arshad (37 tahun)
  • Hasil bedah siasat yang dijalankannya terhadap mayat Zulfarhan Osman mendapati mangsa mengalami pembengkakan jantung dan kegagalan sel ginjal. Punca kematian adalah kombinasi antara hypervolemia', masalah jantung dan buah pinggang yang dialaminya.
  • Semua (bahagian badan), ia kombinasi. Saya tak boleh cakap yang mana satu (kesan lecur di badan yang menyebabkan kematian), katanya.
  • Mangsa tidak mempunyai apa-apa risiko penyakit sama ada diabetes atau asma. Jika mangsa dibawa dan dimasukkan ke hospital dengan segera, kadar peratusan mangsa untuk hidup akan meningkat.

16 May 2018
Saksi 13 - bapa Muhamad Ashraf (OKT18), Abdullah Md Seh (56 Tahun)
  • Seorang pengamal perubatan Islam
  • dihubungi oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya pelajar UPNM dan rakan kepada Muhamad Ashraf memberitahu ingin meminta pandangannya mengenai kes kecurian komputer riba di UPNM
  • beliau dibacakan (oleh lelaki yang menelefon) senarai nama beberapa individu yang disyaki mencuri komputer riba dan mencatitnya pada sehelai kertas sebelum melakukan solat hajat dan solat sunat istikharah. Mendapat petunjuk mengatakan Zulfarhan Osman Zulkarnain mencuri komputer riba tersebut namun tiada bukti
  • "Petunjuk datang dari gerak hati, nampak nama. Saya ada guna barang jugak. Nama (Zulfarhan Osman) nampak, timbul pada pandangan saya, katanya.
  • Memberitahu anaknya (Muhammad Ashraf) akan petunjuk tersebut namun berpesan kepada anaknya dan rakan-rakan supaya menyelesaikan perkara itu dengan baik, tidak bertindak di luar batasan dan mengadakan solat hajat, kerana tiada bukti dalam kes berkenaan.

Saksi 14 - Petugas Pusat Perubatan UPNM, Sarjan Mohd Tarmizi Saad (39 Tahun)
  • menemui sekeping nota yang diselit di pagar depan pusat perubatan itu pada 23 Mei 2017 (9 hari sebelum kematian arwah)
  • Tulisan nota tersebut : Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!! C Hamba Allah.
  • menyerahkan nota kepada Kapten Haryani Hassan, jurulatih bertugas pada hari berkenaan untuk tindakan lanjut.


04 June 2018
Saksi 15 - Bekas Penolong Ketua Batalion Tuah UPNM, Kapten Haryani Hassan (34 Tahun)
  • Meminta Pegawai Waran UPNM bernama Arick untuk membuat pemeriksaan pada hari sama pihaknya menerima nota meminta pertolongan untuk merawat seseorang yang sakit di bilik tersebut.
  • Arick membuat pemeriksaan di bilik 04-10 pada 23 Mei 2017 (kira-kira 8.50 sehingga 9 pagi). Beliau menerima laporan (daripada Arick) bahawa tiada orang di dalam bilik tersebut sebab masa itu adalah waktu kelas.
  • Beliau telah berjumpa dengan semua penghuni bilik 04-10 termasuk Muhammad Izzul Akhtar pada malam 23 Mei tersebut namun diberitahu tiada sesiapa yang sakit di bilik itu.

Saksi 17 - Penghuni bilik 04-10 (Tempat Kejadian), Muhammad Izzul Akhtar (22 Tahun)
  • Mendengar Jeritan Mangsa pada jam 4 pagi 22 Mei 2017 ketika pulang bilik asramanya untuk mandi selepas pulang dari masjid UPNM.
  • Melihat mangsa terbaring dilantai bilik tersebut. Hanya melihat seketika kearah mangsa namun tidak bercakap dengan mangsa. Terus mengambil baju dan keluar untuk menggosok di bilik sebelah (04-09)
  • Mengatakan bahawa Zulfarhan tidak pernah tidur di bilik tersebut.
  • Tidak pasti dimana rakan bilik tersebut pada waktu itu. (Akmal Zuhairi, Muhammad Najib, Mohamad Lukhmanul Hakim)

05 June 2018
Saksi 18 - Teman Wanita Mangsa, Nurul Syuhada Md Jamean (22 Tahun)
  • Mangsa menelefon saksi dan mengadu bahawa dia dipukul kerana dituduh mencuri komputer riba (laptop). Mangsa mengatakan dia tidak mencuri namun kawan-kawannya menuduhnya. Mangsa hanya memberitahu saksi bahawa ramai yang memukulnya namun tidak menyebut nama individu tersebut.
  • Mangsa meminta saksi mencari orang yang boleh membantu mereka mencari komputer riba tersebut. Saksi menghubungi ibunya untuk memohon bantuan dan ibunya meminta mereka supaya memohohon bantuan pihak atasan. Mangsa menolak dan memintanya supaya tidak memberitahu sesiapa termasuk ibu bapa mangsa.
  • Kali terakhir saksi berjumpa Zulfarhan Osman di dalam sebuah kereta di hadapan Blok Tuah, UPNM selepas maghrib pada 26 Mei 2017 dan ketika itu tertuduh kedua, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, dan tertuduh keempat, Muhammad Afif Najmudin Azahat, juga berada di situ.
  • Teman lelakinya itu memakai baju T berwarna putih dan kain pelikat dengan kedua-dua tangan mangsa kelihatan bengkak. Namun mangsa mengatakan dia hanya mengalami lebam dan akan berehat.
  • Mangsa turut memberitahunya bahawa dia tidak akan pulang ke kampungnya di Johor Baharu pada cuti UPNM selama tiga hari bermula 27 Mei 2017 kerana akan mengikut rakan-rakannya namun tidak pasti ke mana selain berpesan kepada saksi itu supaya menjaga diri.

26 June 2018
Saksi 20 - Penghuni bilik 04-06, S. Hari Krishna Rao
  • Saksi terlibat bersama OKT1 menyoal siasat mangsa berkaitan kehilangan laptop.
  • Mangsa mengatakan dia berada di perpustakaan dan menafikan bahawa dia pergi ke bilik 04-10(Bilik OKT1) pada hari OKT1 kehilangan laptop.
  • Mangsa tumpang tidur dibilik saksi (04-06 - atas katil teman sebilik saksi) selepas hari mangsa dipukul. Mangsa memakai baju, berselimut di paras pusat, kelihatan hanya terbaring ketika berada di bilik itu sepanjang tujuh hari dan terdapat kesan lecur di dada mangsa.
  • Saksi tidak bertanya lanjut kepada mangsa mengenai kecederaan tersebut untuk mengelakkan masalah membabitkan pihak atasan.


27 June 2018
Saksi 22 - Pemandu Grab, Mustapa Kamal Ibrahim (56 Tahun)
  • Saksi menerima tempahan grab antara 9 dan 10 pagi, 31 Mei 2017 yang memintanya mengambil penumpang di Apartment De Centrum di Bangi dan menghantar penumpang tersebut ke sebuah klinik, juga di Bangi.
  • Mengambil mangsa bersama 2 lagi rakannya. Mangsa duduk atas kerusi roda. Keadaan mangsa kelihatan tidak terurus, bau busuk, baju ada tompok darah, ada macam air bisa kat badan, tangan dan kaki  mangsa berbalut dengan bandage. Baunya macam menyucuk hidung, macam hamis. Namun apabila ditanya pada rakan mangsa, mereka hanya mendiamkan diri.
  • Membantu mangsa masuk dan keluar dari dalam kereta kerana melihat dua rakannya itu seolah-olah tidak mengendahkan mangsa.
  • Memapah mangsa duduk di kerusi roda serta menolak kerusi roda itu sehingga ke depan klinik dan mangsa berulang kali mengucapkan terima kasih kepadanya.
  • Saksi berlalu namun berhenti seketika untuk membersihkan kesan lendir dan darah di kerusi belakang keretanya yang diduduki mangsa sebelum mengambil penumpang lain.


Saksi 23 - Penghuni bilik 04-06, Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi (22 Tahun)
  • Saksi pergi kebilik 04-10 pada keesokan petang (6 ptg 22 Mei - selepas malam kejadian) untuk menemui rakannya Muhammad Izzul Akhtar berkaitan tugasan kuliah. ketika hendak keluar, saksi ternampak mangsa di atas katil, di hujung bilik, ditutup dengan kain pelikat pada bahagian pusat ke lutut. Badan mangsa menggelembung dipenuhi tompok kehitaman dan darah pada kulitnya.
  • Saksi kembali kebiliknya (04-06) dan berbincang dengan Akmal Akif untuk melaporkan kejadian tersebut. Mereka memilih untuk menulis surat layang kepada jurulatih kerana takut identiti mereka terbongkar
  • Surat layang pertama diselitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 namun kewujudan surat itu diketahui oleh semua ahli bilik 04-10 selepas jurulatih memasukkan surat itu ke dalam mesej melalui aplikasi Whatsapp.
  • Oleh itu, OKT1 segera memindahkan mangsa ke bilik saksi (04-06) atas alasan menumpangkan mangsa untuk sementara waktu.
  • Surat layang kedua tertulis "Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya. Namun surat itu telah ditemui seorang penuntut lain.

28 June 2018
Saksi 24 - Rakan sebilik mangsa, Ahmad Senabil Mohamad (22 Tahun)
  • Antara Saksi yang melihat mangsa ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi, 22 Mei 2017.
  • Di bilik itu, Hakeem bertanyakan beberapa soalan kepada Zulfarhan namun mangsa dikatakan memutar belit jawapan menyebabkan Hakeem terus menumbuk perut mangsa sebanyak dua kali diikuti seorang lagi tertuduh iaitu Muhamad Danial Firdaus Azmir.
  • Mangsa kemudiannya terus dipukul bersama lebih 10 individu lain sehingga jam 3.30 pagi.
  • Selepas jam 3.30 pagi, individu yang berada di dalam bilik itu pulang ke bilik masing-masing dan meninggalkan mangsa bersama Hakeem, Azamuddin, Afif , Shobirin, Muhammad Najib dan Akmal Zuhairi dan seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Syafiq.
  • Hakeem duduk di atas kerusi bertanyakan soalan manakala Akmal menekap seterika itu di kaki dan badan Zulfarhan. Selain Akmal; Afif, Shobirin, Azamuddin dan Najib juga menekap mangsa dengan seterika dari jam 4 pagi hingga subuh. Mangsa dalam keadaan meniarap sambil kedua tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat dengan tali pinggang taekwondo.
  • Ahmad Senabil telah membuat laporan polis kerana terdapat cubaan mengugut supaya saksi mengubah kenyataannya dan tidak bercakap benar.

16 Aug 2018
Saksi 23 - Penghuni bilik 04-06, Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi (22 Tahun)
  • Hanya mampu Surat Layang kerana takut identiti terbongkar
  • Mengetahui, tindakannya itu tidak mencukupi untuk membantu mangsa. Jika saya tahu dia akan meninggal dunia, saya akan bawa dia ke hospital, katanya.

27 Sept 2018
Saksi 24 - Rakan sebilik mangsa, Ahmad Senabil Mohamad (22 Tahun)
  • Dia dan pelajar-pelajar lain telah diberi amaran supaya tidak beri keterangan yang memihak kepada tertuduh-tertuduh.
  • Mereka telah dipanggil oleh seorang pegawai atasan selepas seorang lagi rakannya iaitu Muhammad Izzul Akhtar Rosli, 22, selesai memberi keterangan di mahkamah. Pegawai tidak berpuas hati dengan keterangan yang telah diberi Muhammad Izzul
  • Ahmad Senabil turut memberitahu bahawa sebelum kes itu dibawa ke mahkamah, dia dan beberapa penuntut UPNM yang lain telah dipanggil oleh seorang pegawai penyiasat polis tentera untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu. Proses beri keterangan dijalankan serentak dalam sebuah bilik di UPNM, katanya yang menambah mereka kemudian diminta menandatangani satu dokumen yang disediakan pegawai tersebut.


163608pyahj09qj00a7jdh.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-10-2017 09:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks for the latest info. Harap2 thread ni tak jadi thread orang delusional berborak dan mengorat tapi stick kepada kisah Paan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah baru. Tq lil.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..tq lil.. Aku masuk... @pyonari ..cek masuk lekaih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Gif tu neko yg buatkan?  Neko yg korang tuduh mn jenie.hurmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 10:16 PM | Show all posts
Hmmm... Rumah baru...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-10-2017 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 14-10-2017 10:13 PM
Gif tu neko yg buatkan?  Neko yg korang tuduh mn jenie.hurmm

Xtau n xamik tau sapa buat pon. Lil copy paste dr rumah lama.
Nti lil remove.tq.

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 14-10-2017 10:17 PM
Xtau n xamik tau sapa buat pon. Lil copy paste dr rumah lama.
Nti lil remove.tq.

Tq. I appreciate  it.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-10-2017 10:21 PM | Show all posts

Done sis.
Harap sis boleh tdo lena.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 14-10-2017 10:21 PM
Done sis.
Harap sis boleh tdo lena.

InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in..moga umah baru xde info yg xsahih.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq utk umah baru dan juga update.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
check in! tq tt lil bkk rumah baruuu yg delusional mcm repah sila main jauh2 yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
akhirnya ada umah baru tuk kes ni..sbb ada terbaca dkt ig aben semlm penentuan tuk mubin jd civilian
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-10-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
netto_ replied at 14-10-2017 10:46 PM
Tq utk umah baru dan juga update.

Tq semua. Lil cuba buka new thread utk kes ni. Ada minta bbrp forumer jd new tt tp mebi xsempat tgk PM lil dan kbtln lil ada dpt info..itu yg cuba jugak buka thread ni.

Xbrapa pandai nk buat cantik2 (pics..videos). Dan sebelum apa2 lil nak mohon maaf terlebih dulu sbb lil bukan jenis reply komen2 dr forumer. Yg kbtln perlu lil feedback..lil akan reply. Lil harap jugak agar rumah baru ni xda lg la saling merepek benda yg tak berkaitan.

Jika ada benda yg perlu lil improve..bole PM lil ya.

Sekali lg lil ucapkan terima kasih utk semua forumer.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah... dah ade place baru utk berbincang.... just forget the past ttg delusi bekas forumer tersebut.. kite stick to arwah paan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Parkir dlu yer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah baru yea...tahniah TT.....harap boleh baca info disini dengan amannya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 jgn di pagar, kat sini jelah dpt info utk kes ni..#justiceforfarhan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah dah pagar2 sebab akak newbies....dulu akak selalu gigeh report suruh pagar.

Sekarang akak newbies dah....nanges
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-10-2017 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ismacun replied at 14-10-2017 11:58 PM
Harap2 jgn di pagar, kat sini jelah dpt info utk kes ni..#justiceforfarhan

Lil pon rasa xpayah pagar dah..
Sbb dah nk msk perbicaraan kes kn.
Semua setuju ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks lil buka rumah baru.. pengurusan kes tu macam sebutan kes lah ye? Moga dipermudahkan la perjalanan kes ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-10-2017 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyDiddy replied at 15-10-2017 12:23 AM
Thanks lil buka rumah baru.. pengurusan kes tu macam sebutan kes lah ye? Moga dipermudahkan la perja ...

Lil pun kurang pasti sis..kita tunggu update psl pengurusan kes ni hari isnin ni ya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Check in.. Thanks lil buka umah baru..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.056935s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list