CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

     Close [Copy link]
Post time 4-3-2019 11:52 AM | Show all posts
harap pembunuh farhan tidak terlepas...dan mereka2 yg terlibat tau kejadian tersebut tp acah2 x tau dihantuai trauma spjg hayat..mati pun mata terbukak gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman seberat berat nye....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesiapa yg pergi trial esok @ ada info, tlg update di sini ya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-1-2019 09:14 PM
Santet jah bajingan2 ni jika terlepas dari hukuman. Mohon bomoh2 bodoh yang suka test power di resto ...

Syirik tu kak menikut fahaman Suku Biduanda aka Melayu Asli
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kuar result trial ke? Sape2 tlg update plssss
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Red_gem replied at 7-3-2019 06:15 PM
Dah kuar result trial ke? Sape2 tlg update plssss

Result belum keluar, masih dlm perbicaraan
Pleasa sesiapa yg ada info perbicaraan hari ni, tlg update ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2019 08:33 AM | Show all posts
pu3_rania replied at 7-3-2019 08:46 PM
Result belum keluar, masih dlm perbicaraan
Pleasa sesiapa yg ada info perbicaraan hari ni, tlg up ...

Kes bunuh Zulfarhan: 30 penuntut UPNM dipanggil

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar kes Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia disyaki didera rakan seuniversitinya, dua tahun lalu, diberitahu seramai 30 penuntut UPNM sudah ditahan bagi membantu siasatan kes itu sebelum ini.

Pegawai Penyiasat Kanan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata, 30 penuntut yang ditahan itu termasuk enam tertuduh yang didakwa membunuh Zulfahan Osman, 13 tertuduh yang didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa serta beberapa daripada mereka sudah memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan.

“Saya setuju,” kata saksi pendakwaan ke-29 itu kepada cadangan peguam Amer Hamzah Arshad ketika pemeriksaan balas bahawa kesemua penuntut itu sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Amer Hamzah mewakili tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan tertuduh kedua, Muhammad Azamuddin Mad Sofi dalam perbicaraan kes pembunuhan itu.


Wan Azirul Nizam juga bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa daripada 30 penuntut terbabit, ada sebahagian daripada mereka sudah didakwa di mahkamah dan ada yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Kepada cadangan peguam itu bahawa ada juga antara penuntut yang ditahan tidak didakwa mahupun dipanggil sebagai saksi pendakwaan, Wan Azirul Nizam berkata, “saya setuju,” katanya.

Menjawab soalan Amer Hamzah mengenai siapakah yang menentukan penuntut mana yang akan didakwa dan yang akan dijadikan saksi pendakwaan di mahkamah, Wan Azirul Nizam berkata beliau yang mencadangkan individu terbabit.

“Saya yang memberikan cadangan setelah merujuk kepada Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur,” katanya.

Pada prosiding itu, sebuah kerusi roda yang dipercayai digunakan untuk membawa Zulfarhan Osman dibawa ke mahkamah dan dicamkan pegawai penyiasat itu.

Selain kerusi roda, Wan Azirul Nizam turut mengecam seterika wap dan tali pinggang taekwondo yang dipercayai digunakan tertuduh dalam kes itu.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 23 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Keenam-enam mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya N Joy Jothi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok.



https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/431056/kes-bunuh-zulfarhan-30-penuntut-upnm-dipanggil




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2019 09:45 AM | Show all posts
KulitKayuManis replied at 8-3-2019 08:33 AM
Kes bunuh Zulfarhan: 30 penuntut UPNM dipanggil

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar kes ...

Thanks tolong update.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 yg sama batch tengah busy buat preparation.  Next week nak tauliah dah. Lepas tu pakai pangkat pegawai. Masuk unit masing2. Nak start keje dah. Korang buat ape? Mereput la dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 8-3-2019 08:33 AM
Kes bunuh Zulfarhan: 30 penuntut UPNM dipanggil

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar kes ...

Thank you so much.
I really appreciated it
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sfinaria replied at 8-3-2019 08:55 PM
Kawan2 yg sama batch tengah busy buat preparation.  Next week nak tauliah dah. Lepas tu pakai pangka ...

Ya Allah
Sebaknya rasa bila teringat azab nya Allahyarham Haji Zulfarhan Osman yg sepatutnya di tauliahkan minggu depan
Simpati sgt dgn keluarga Allahyarham Haji Zulfarhan Osman
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Napa tak pakai baju lokap
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar tunggu keputusan perbicaraan. Semog Allah permudahkan #justiceforzulfarhan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 8-3-2019 10:55 PM
Ya Allah
Sebaknya rasa bila teringat azab nya Allahyarham Haji Zulfarhan Osman yg sepatutnya di t ...

Arwah Zulfarhan tahun depan sebab pengajian dia 4 tahun. Antara 6 jahanam tu kalo yang pengajian nya 3 tahun memang akan sama2 tauliah minggu depan. Tapi nasi dah pun jadi bubur. Nak menyesal skang pun dh x guna
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sfinaria replied at 9-3-2019 10:11 PM
Arwah Zulfarhan tahun depan sebab pengajian dia 4 tahun. Antara 6 jahanam tu kalo yang pengajian n ...

Thanks for the info
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 9-3-2019 10:31 PM
Thanks for the info

Small matter. No prob
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Somebody bagi tips simpan video senyum senyum hai hai tiada penyesalan ni. Kalau didapati bersalah nak merayu kurangkan hukuman. tunjuk balik video video muka senyum gembira tiada penyesalan ni!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 11:40 AM | Show all posts
Perbicaraan bersambung 23-24 April pulak...sepatutnya mac, tapi lawyer busy2...tak paham la kalau dah tugas, boleh busy2 pulakk
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lambat plakkk...adoi..sbln lbh kena tgg ...tipa2 kali bicara..mcm nie 5 tahun blom tentu abis
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Okt ni semua dok penjara ke bebas kt luar? Lama sgt tak follow kes ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.198062 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list