View: 2295|Reply: 19
|
Pusat Tahfiz Terbakar Lagi, Kali Ini Di Shah Alam
[Copy link]
|
|
sumber : internet
Satu kebakaran melibatkan pusat tahfiz berlaku lagi malam tadi.
Walaupun dilaporkan sebahagian daripada ruang asrama di pusat tahfiz yang bertempat di Kampung Bukit Lanchung, Shah Alam itu musnah dalam kebakaran, namun tidak mengakibatkan kecederaan mahupun kehilangan nyawa.
Memetik laporan Berita Harian, insiden di Akademi Ihya Ul-Quran Tahfiz itu berlaku kira-kira jam 8 malam, dipercayai berpunca daripada kebakaran kecil pada tengah hari semalam, apabila sebiji bantal terbakar selepas terkena bara ubat nyamuk.
Warden asrama, Mohd Khairul Ni’mat Doll Kawaid berkata, beberapa pelajar memaklumkan kepadanya, kemudian mereka menjalankan pembersihan bagi memastikan kebakaran tidak merebak.
“Mungkin ia terbakar secara perlahan-lahan kerana antara tengah hari hingga jam 8 malam, tidak ada tanda asap atau kesan bakar,” katanya.
Sementara itu, pelajar Muhammad Farhan Muzabfar memberitahu, ketika kejadian, ada 13 pelajar di sekolah berkenaan sedang mengaji Al-Quran selepas solat Maghrib.
Bagaimanapun, seorang rakan yang keluar ke tandas terhidu bau pelik serta ternampak cahaya terang dari tingkat atas.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, Balai Bomba Shah Alam menerima panggilan kecemasan kira kira jam 8.28 malam.
Sepasukan 14 anggota bersama dua jentera kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba, api sedang marak di sebuah bilik di tingkat dua blok asrama maahad tahfiz berkenaan.
Bagaimanapun, ketika kejadian tiada penghuni di bilik asrama itu.
Api dapat dikawal beberapa minit kemudian dan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.- CARI
sumber : internet |
|
|
|
|
|
|
|
Oh no...not again. Kerajaan pls do something.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah xda kemalangan jiwa.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku.....merenung jauh...buntu....mencari..dan memikirkan....mengapa...untuk kesekian kalinya...'perkara ini' terus berlaku..... |
|
|
|
|
|
|
|
pakai kelambu ajala
hanya pemalas aja pakai ubat nyamuk |
|
|
|
|
|
|
|
lagi?.................... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by precious_chicas at 23-10-2017 03:04 PM
kenapa asrama tahfiz je camni? asrama sekolah takde nyamuk ke? Atau tiadanya semburan hapus nyamuk dijalankan secara berkala dari pihak pengurusan sekolah?
Nak kawal pelajar untuk tak bakar ubat nyamuk mmg payah nak di control.
Better eliminate apa yg jadi puncanya dgn mencegah nyamuk di kawasan.
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik plak, tp bnda dah jadi.. alhamdulillah sume selamat |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 terjadinya sesuatu perkara sebab nak bagitau kepincangan sesuatu perkara |
|
|
|
|
|
|
|
Knp byk sgt kejadian mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
leylapple replied at 23-10-2017 04:18 PM
kadang2 terjadinya sesuatu perkara sebab nak bagitau kepincangan sesuatu perkara
'Segalanya mungkin'-Headwind.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah pasang kelambu tak payah pasang ubat nyamuk .. pasang sahaja mosquito nets pada tingkap tingkap. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya semua sekolah tahfiz satu persatu akan dapat ujian tuhan, tunggu giliran lah yer ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
diharap lepas ni pusat tahfiz dpt peruntukan dr kerajaan supaya dpt bina sekolah yg mengikut piawaian keselamatan |
|
|
|
|
|
|
|
yg ke berapa yer after keramat ?
wlpon ketentuan Allah minat dgn 'bermusim' ..... tapi musim bakar tahfiz ni pelik sikit dr musim lain sebelum tu
|
|
|
|
|
|
|
|
berpusu - pusu tak derma masuk lepas thafiz-tahfiz ne semua terbakar? ke wajib masuk tibitigesuku dulu baru nak derma? |
|
|
|
|
|
|
| |
|