Ucapan Kelly menyatakan hasrat membunuh diri kerana dirinya kurus baru-baru ini, ternyata menimbulkan spekulasi dalam benak netizen.
Foto: IG Kelly Clarkson
Berikutan itu, dia memuat naik status di laman mikro Twitter bagi menjelaskan maksud sebenar yang ingin disampaikannya, lapor CNN.
"Saya bukan sengsara kerana dipaksa menjadi kurus, sebaliknya tekanan perasaan yang saya alami menyebabkan saya menjadi kurus," tulisnya.
Kelly juga menafikan dakwaan mengatakan dia ingin membunuh diri kerana dipaksa menjadi kurus.
"TAK BENAR! Saya tak pernah berniat membunuh diri kerana berat tubuh. Saya cuma mengatakan orang ramai tak tahu apa yang saya rasakan hanya kerana saya kelihatan sihat (dengan tubuh kurus)," katanya.
Foto: Twitter Kelly Clarkson
Sebelum ini, Kelly ada membuat kenyataan kepada majalah Attitude yang dia tertekan kerana dipaksa mengekalkan imej kurus.
"Ketika saya benar-benar kurus, saya terasa mahu membunuh diri.
"Empat tahun saya merana kerana terlalu serabut, tapi tiada siapa peduli," katanya.
Foto: BBC
Foto: Foto: IG Kelly Clarkson
Tengoklah Kelly sekarang. Kini dia kelihatan lebih bahagia dengan kehidupannya. Dia berkahwin dengan Brandon Blackstock dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu River Rose, 3, dan Remington Alexander, 1. Dia juga menjadi ibu tiri kepada anak Blackstock, Seth dan Savannah. - CARI |