"Astaghfirullah, tergamak mereka menuduh saya guna duit haram
hasil menipu orang ramai untuk buat Haji."
Terkilan Datuk Nassier Wahab apabila ada suara sumbang menuduhnya mengerjakan ibadah haji pada hujung bulan lalu menggunakan sumber haram.
Masakan tidak dituduh begitu apabila namanya terpalit kontroversi membabitkan usahawan dan pelakon Datuk Boy Iman berhubung isu penipuan DBI, baru-baru ini.
BACA JUGA: "Saya Sendiri Sedih" - Nassier Wahab Bertemu Boy Iman Bila Kes Reda
"Ya Allah, kecil hati saya apabila dituduh sedemikian rupa. Sedangkan saya gunakan duit simpanan sendiri.
"Kalau ikutkan duit simpanan saya sepanjang menjadi penghibur sudah lebih daripada cukup," katanya kepada mStar Online.
Bukan sahaja sumber kewangan dipertikaikan, malah penganugerahan darjah kebesaran bergelar Datuk yang diterimanya juga tidak disenangi segelintir pihak.
"Selama 30 tahun saya berkecimpung dalam industri seni, ini merupakan penghargaan tertinggi yang diberi oleh Istana Pahang.
"Apabila ada yang mempertikaikan tentang darjah kebesaran yang diberi, mereka seolah-olah tidak menghormati institusi diraja. Sedangkan dalam hal ini, istana menghargai sumbangan anak seni.
"Saya bukan sahaja mempunyai hubungan yang baik dengan istana Pahang, malah sering diundang membuat persembahan di istana termasuklah istana Brunei," katanya.
Awal tahun ini, Nassier dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Foto: IG Nassier Wahab
Hisy, siapa yang jahat mulut sangat cakap Nassier guna duit haram buat Haji tu? Pun begitu, diharap Nassier bercakap benarlah mengenai isu berkenaan. - CARI |