Taylor Swift membuat peminat seluruh dunia tak senang duduk gara-gara video klip lagu terbarunya yang berjudul Ready For It.
Menurut The Huffingtonpost, keadaan kecoh apabila ramai mendakwa penyanyi itu berbogel di dalam video tersebut.
Mereka mengatakan yang Taylor tampil tanpa seurat benang sehingga menampakkan bentuk badannya dengan jelas.
Walau bagaimanapun semuanya adalah tafsiran yang salah kerana sebenarnya penyanyi itu memakai persalinan yang sama seperti warna kulit.
Ia sama seperti pakaian yang dipakai oleh pelakon di dalam animasi 3D atau CGI.
Malah Taylor juga sudah menjangkakan reaksi peminat tentang perkara tersebut sebelum ini.
Sejak dilancarkan, video klip tersebut telah ditonton lebih daripada 34 juta tontonan setakat ini.
Nasib baik bukan betul-betul dia berbogel, tapi nakal juga Tyalor Swift ni kan? -CARI |