View: 1079|Reply: 2
|
Wanita Marah Anggota MPSJ Mengamuk Di Mahkamah, Dihukum Penjara 2 Minggu
[Copy link]
|
|
sumber : internet
Sebelum ini tular di media sosial berhubung insiden seorang wanita memarahi anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil mengacukan ‘pengunci stering’ sekaligus menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat.
Memetik laporan Bernama, semalam suspek yang dikenali sebagai Liew Yoke Peng dihukum penjara dua minggu bermula hari yang sama. Ini berikutan semasa prosiding dijalankan, dia dikatakan meninggikan suaranya dan seolah-olah melawan cakap Majistret Nurulhuda Zakariya sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh anggota polis.
Lebih teruk lagi, akauntan yang berumur 43 tahun itu bertindak menggigit tangan seorang anggota polis wanita sehingga luka dan tercabut butang pakaian seragamnya di bahagian lengan.
Mahkamah kemudiannya terpaksa menangguhkan prosiding kesnya ke sesi petang kerana wanita itu tidak dapat dikawal.
Sebelum menjatuhi hukuman, Nurulhuda menasihati tertuduh supaya bersikap profesional dan mematuhi peraturan di dalam mahkamah.
"Semua yang ada di dalam mahkamah ini menjalankan tugas masing-masing, termasuk saya dan anggota polis. Kamu tidak boleh sesuka hati menghina kerja kami," kata majistret itu.
Suami tertuduh merayu kepada mahkamah supaya meringankan hukuman terhadap isterinya atas alasan dia gagal meyakinkan wanita itu untuk mendengar arahan mahkamah.
Mahkamah membenarkan tertuduh dikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon oleh Abu Arsalnaa dan menetapkan 24 Nov untuk sebutan semula kes. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|