CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1902|Reply: 12

Dua Bas Ekspress Bertembung Lori Tangki, 10 Cedera

[Copy link]
Post time 31-10-2017 06:37 PM | Show all posts |Read mode


sumber ; internet



Satu kemalangan membabitkan dua bas, masing-masing bas ekspres dan persiaran dengan sebuah lori tangki bahan kimia berlaku di Km178.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur keluar persimpangan Jasin di Melaka, pagi tadi.


Memetik laporan Bernama, Timbalan pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Noor Hisham Kamal berkata 10 orang yang dilaporkan cedera termasuk pemandu lori, pemandu bas ekspres dan lapan penumpang bas itu.


“Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan.”


“Lori tersebut merupakan sebuah lori pembawa asid hidroklorik, mujur semasa kejadian lori tersebut tidak membawa apa-apa bahan kimia."


sumber : internet



Beliau berkata punca kemalangan masih dalam siasatan, namun daripada maklumat awal difahamkan kejadian berlaku semasa bas ekspres tersebut cuba memotong lori tangki.


Katanya, lebuh raya PLUS merupakan kawasan trafik yang selamat namun faktor teknikal atau sikap pemanduan pengguna jalan raya boleh menyebabkan kemalangan berlaku.


Pihak PLUS kemudian membuka laluan kontra kira-kira 11 pagi ini di Km177.9 untuk menggerakkan aliran trafik.


Susulan kemalangan itu aliran trafik pada masa ini perlahan di kedua-dua arah.- CARI

sumber : internet

sumber : internet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 07:00 PM | Show all posts
Gambar yang last, macam driver kat seat lg aja.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 07:08 PM | Show all posts
Laju ler lagi kan dah mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu2 bus dan lori ni tak insaf lagi. Masa weekend, kereta dah 120km/j pun bole dia bagi high beam. Kalau ada apa2 mana sempat nak berhenti. Nampak jalan xde polis, bantai lorong paling kiri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu ada asid tu macam mana agaknya ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 31-10-2017 07:08 PM
Pemandu2 bus dan lori ni tak insaf lagi. Masa weekend, kereta dah 120km/j pun bole dia bagi high bea ...

Siap mencelah2 mcm bawa kancil pun ada.. Kita pulak yg seram tgk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2017 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia dan musim berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 09:24 AM | Show all posts
che-cikL replied at 31-10-2017 07:19 PM
Kalu ada asid tu macam mana agaknya ....

kalau ada HCL yang tumpah tu kan ada team HAZMAT....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 09:34 AM | Show all posts
Kimk (maaf termencarut) nya kenderaan2 besar ni..makin menjadik2 plak perangai pembunuh dorg ..

bleh tak kerajaan bagi hukuman gantung je atas kesalah memandu cuai sampai menyebabkan kematian ? baru insaf sikit babi2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 11:40 AM | Show all posts
... salam takziah.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 12:38 PM | Show all posts
innalillahi wa inna ilaihi rajiun
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 12:45 PM | Show all posts

innalillahi wa inna ilaihi rajiun
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 01:54 PM | Show all posts
Semoga semua baik2 sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.236418 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list