Semua pasangan yang sudah berkahwin memang berharap agar perkahwinan mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat.
Tapi, kadang kala apa yang kita diharapkan tidak kesampaian dan hubungan pasti berakhir dengan penceraian.
Ramai yang mempunyai anggapan buruk pada lelaki duda dan wanita janda. Tapi, tak salah untuk kita cuba mengenali mereka yang pernah gagal rumah tangga.
Ini adalah antara kelebihan dan kebaikan jika anda berkahwin dengan ‘duda terlajak laris’ dan ‘janda meletop’.
Lebih berpengalamanWalaupun mereka pernah mengalami kegagalan sebelum ini, namun mereka lebih berpengalaman dalam bab-bab perkahwinan. Jadi mereka juga akan menjadi lebih hati-hati dalamsuatu perhubungan yang baru kerana mereka tidak mahu ” Pisang berbuah dua kali”.
Menghargai sebuah perhubunganWalaupun pernah bercerai, itu tidak bermakna mereka tidak menghargai pasangan. Mereka akan lebih berhati-hati dan lebih menghargai hubungan yang baru terjalin. Apa yang pastinya, pengalaman lalu itu banyak mengajar mereka.
Mereka tahu apa yang “Perlu” dan ” Tidak perlu” dalam perhubunganKegagalan sebelum ini sudah banyak mengajar mereka. Jadi, mereka lebih tahu perkara baik dan buruk dalam perhubungan. Lebih penting lagi, mereka tahu bagaimana untuk elakkan diri dari masalah dan kesilapan lalu yang boleh menghancurkan perkahwinan.
Pentingnya komunikasiMereka yang pernah gagal dalam perkahwinan, tahu betapa pentingnya berkomunikasi, keterbukaan dan kepercayaan antara satu sama lain. Ketiga-tiga perkara tersebut merupakan kunci utama hubungan menjadi bahagia.
Hidup dalam kehidupan nyataAlam perkahwinan tidak akan pernah sama seperti dalam drama. Mereka yang pernah bercerai sahaja tahu bahawa sebuah perkahwinan perlu dipertahankan dan pastikan ego tidak menguasai diri. Jadi, anda dianggap bertuah jika berkahwin dengan lelaki duda & wanita janda.
Oleh itu kita seharusnya pandai menghrgai pasangan kita. Pentingnya kepercayaan antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Sumber: Hanasuva.com
|