“Saya tak kisah apa orang kata, yang penting nyawa mereka dapat diselamatkan."
Bilal surau Taman Free School, Georgetown berkata demikian kepada Harian Metro berikutan gambar sekumpulan lelaki dan perempuan cina menumpang di surau terbabit tular di laman sosial.
Foto: Malaysians for Malaysia
Menurut Sapno Tukijo, 50, dia cuba menyelamatkan penduduk yang ketika itu mahu menumpang di tokong berhampiran dan mempelawa mereka menumpang di surau berkenaan.
Kerana hormatkan surau, mereka pada mulanya malu-malu untuk menerima pelawaannya sehingga Sapno terpaksa menjelaskan kepada mereka situasi dialami ketika itu.
"Mereka akhirnya akur dan menumpang di surau ini malah ada yang tidak berbaju kerana keluar sehelai sepinggang ketika itu.
"Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu namun saya rasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka yang tidak tahu ke mana arah hendak dituju," katanya.
Foto: Kisah Dunia
Rata-rata netizen terharu dan berterima kasih di atas keprihatinan Sapno membantu mangsa tanpa mengira bangsa mahupun agama.
"Bersatu kita teguh.. Kita kan satu Malaysia.
"Terharu...Terima kasih kepada rakan Muslim kita," antara komen netizen.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Tak perlu kita bergaduh sesama kita kerana suatu hari nanti, kita pasti memerlukan antara satu sama lain, okey? - CARI |