CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3298|Reply: 26

"Ambil 5 Dolar Je" - Wanita Tak Mengaku 'Kebas' Tip Pemandu Uber

[Copy link]
Post time 9-11-2017 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Seorang penumpang dirakam kamera mencuri wang tip pemandu Uber, lapor Metro.co.uk.









Wanita itu, Gabrielle Canales, 18, menaiki Uber bersama dua lagi rakannya di New York, menyeluk ke dalam balang tip di antara tempat duduk pemandu dan penumpang. Dia bagaimanapun, tidak menyangka tindakannya itu dirakam kamera dengan jelas.




Foto: Metro




Menerusi rakaman kamera, mereka pada mulanya sedang berborak dengan senyap di tempat duduk belakang dan hanya menyedari balang berkenaan ketika kereta dinaiki berhenti.


Sejurus itu, wanita berkenaan cepat-cepat mengambil wang di dalam balang berkenaan sebelum 'cabut lari'.


Sebaik sahaja pintu dihempas, pemandu berkenaan, Mohammed H. Bhuiyan, menoleh ke belakang dan mendapati wangnya sudah lesap.







Di penghujung video itu, kelihatan pemandu membunyikan hon sebelum keluar dari kenderaannya, namun mereka sudah hilang dari pandangan.


Video itu dimuat naik Mohammed di laman sosial pada Ogos dan tular sejak minggu lalu. Dia kemudiannya dinasihatkan Uber untuk melaporkan insiden berkenaan kepada polis.


Menyedari dirinya sedang hangat diperkatakan, Gabrielle tanpa rasa bersalah memuat naik gambar di Instagram (IG) miliknya berserta kapsyen.

"Saya hanya mengambil lima dolar sahaja," tulis Gabrielle yang turut mendakwa sudah memulangkan wang itu kepada Mohammed.


Akaun IG Gabrielle sudah dipadam dan dia diharamkan daripada mengakses aplikasi Uber. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2017 11:52 AM | Show all posts
ala kesian dia..mungkin x cukup duit nak beli baju
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 11:53 AM | Show all posts
wah naik uber kat sana pun kena bagi tips ek
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut diwujudkan Persatuan Pemandu-Pemandu Uber untuk melindungi pemandu daripada ditindas penumpang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 12:03 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 9-11-2017 11:59 AM
Patut diwujudkan Persatuan Pemandu-Pemandu Uber untuk melindungi pemandu daripada ditindas penumpang ...

ada dah, patutnya wujud persatuan forumer dari ditindas mod.





Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 12:05 PM | Show all posts
Akaun IG Gabrielle sudah dipadam dan dia diharamkan daripada mengakses aplikasi Uber.

padan muke!

tanpa rs bersalah boleh ckp "5 dolar je??"  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2017 12:14 PM | Show all posts
tak kena tangkap ke dah jelas-jelas mencuri?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 12:19 PM | Show all posts
lima dolar je katanya? sampai habis ko kebas duit org tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2017 12:27 PM | Show all posts
Kalau dah jenis panjang tangan tu 5 dollar pun tetap nak dikebasnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 01:38 PM | Show all posts
dasar pencuri..................
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bukan rembat 5 dollar je.habis kosong balang tu dirembat.dasar pokai
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 02:28 PM | Show all posts
pprt kokesen nya kau dek
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 02:36 PM | Show all posts
ala...ingatkan kat mesia...kalau kat sini, mmg dah kena maki dek den dah hah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 03:17 PM | Show all posts
Sheols ni memang ada habit mencuri for fun kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 05:21 PM | Show all posts
hahahahah ambekkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatlupa? replied at 9-11-2017 12:03 PM
ada dah, patutnya wujud persatuan forumer dari ditindas mod.

Jaga jaga sikit .....

Dia klu tau kau tu labaa.....memang kau kena ban le...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2017 08:29 PM | Show all posts
seat yg ditinggalkan minah pencuri tuh mcm basah jah... eeuwww.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 08:54 PM | Show all posts
memalukan nye,
muka lawa
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 9-11-2017 08:29 PM
seat yg ditinggalkan minah pencuri tuh mcm basah jah... eeuwww.

Err suar dia basah ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 09:54 PM | Show all posts

peluh kot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.072285 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list