“Saya mengesahkan bahawa dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
ditahan dan mereka telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini
sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan."
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata sedemikian ketika mengulas mengenai penahanan pegawainya yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah di sebuah pusat hiburan di Brickfields tengah malam tadi.
Menurut BERNAMA, pegawai berusia 33 dan 35 tahun itu ditahan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dalam satu pemeriksaan ujian saringan air kencing.
Tambah Azam, dia mahu semua pegawai SPRM yang terbabit kes penyalahgunaan dadah dikenakan tindakan undang-undang dengan segera dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan polis.
Dia menegaskan SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawainya yang melakukan kesalahan jenayah. - CARI |