Satu petikan video menunjukkan penyanyi Mas Idayu sedang 'membasuh' peserta program D'Academy Asia menjadi tular di laman sosial.
Ia sebenarnya sesi memberi komen oleh juri selepas peserta membuat persembahan.
Menerusi video itu menunjukkan, peserta dari Malaysia Baby Shima bukan sahaja dimarahi malah diberikan komen pedas dengan cara yang dianggap keterlaluan oleh netizen.
Baby Shima dikatakan telah membuat persembahan yang teruk dan membuatkan Mas Idayu berasa kecewa dengannya.
"Apa Shima buat malam ini? (Mummy) dengar, masuk 'pitching' jahanam semua," kata Mas Idayu.
Ia tidak berakhir di situ apabila komen-komen yang diberikan dilihat begitu emosional sehingga menyebabkan Shima tidak dapat menahan dirinya daripada menangis.
Foto Carian internet
Mas Idayu dilihat seperti 'dirasuk' kerana tidak dapat mengawal dirinya daripada melempiaskan rasa marah dan kecewa terhadap peserta ini.
Pun begitu, netizen berasakan cara yang ditunjukkan oleh Mas Idayu itu sebagai memalukan rakyat Malaysia.
Malah, mereka turut menyelar penyanyi itu bukanlah terlalu hebat jika hendak dibandingkan dengan penyanyi lain seperti Siti Nurhaliza, Shila Amzah dan ramai lagi.
"Tak profesional langsung sebagai juri sampai terpekik dekat peserta..Harus cermin diri dulu Mas Idayu.."
"Dia pun nyanyi ke laut lagi nak marah orang..jatuhkan air muka orang.."
Ada juga yang menyarankan Mas Idayu supaya memasuki pertandingan nyanyian Gegar Vaganza di Malaysia nanti. Amacam, ada berani tak?
Post time 14-11-2017 07:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nampak sangat semua tak pernah tengok DAA sebelum ni.. macam mana pertandingan tu sebelum ni.. macam mana soimah menyalak2 semua.. tau nak kecam aje.. pegidaah
Post time 15-11-2017 02:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Baby Shima ni mmg kemampuan sheols pon tara tu je la. Sheols join DAA ni pon pasal ramai peminat kat sana. Sheols pon asalnya bukan ada basic nyanyi dangdut or tradisional. Iols pon x paham cemana Pak Ngah boleh lepaskan sheols ni wakil Malaysia. Oh sbb ramai fans Indon..
selamat pagi.sanggup register lepas baca cerita pasal ni.komen elok2 kan boleh.komen jangan jatuhkan sebab tak semua orang ada hati dan emosi yang keras macam dia @ mas idayu.teringat masa Black jadi protege mentor dulu dengan dia siap bawak rotan..