Sejak tular video penyanyi popular Mas Idayu memarahi salah seorang peserta D'Academy Asia musim ketiga (DAA3) iaitu Baby Shima, bermacam kritikan dan hencapan netizen membanjiri ruangan komen di laman sosial.
Foto: IG Baby Shima
Hebat betul penangan isu terbabit sampaikan ada netizen bertindak memuat naik video parody Mas Idayu ketika itu.
Memetik Sinar Harian, salah seorang juri dari Malaysia iaitu Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah menyatakan dia tidak mahu campur tangan berhubung kejadian itu.
"Saya tidak tahu apa cerita sebenar yang berlaku, sebelum, semasa atau selepas kejadian tersebut. Jadi tak berani nak komen.
"Saya pun hanya tengok melalui internet sahaja video yang tular itu. Tapi tengok macam marah sangat, terkejut juga, tak tau apa isu sebenarnya," katanya.
Foto: IG Mas Idayu
Mungkin ramai tidak mengenali Baby Shima sebelum ini termasuklah Pak Ngah sendiri. Namun, selepas peserta berkenaan menyertai DAA3, barulah Pak Ngah mengenalinya dan melihat personaliti Baby Shima menyerlah sebagai artis.
"Dia cantik, menarik, boleh menyanyi, cuma untuk pertandingan yang besar seperti ini nilai, kualiti perlu lebih lagi untuk pergi lebih jauh.
"Dia juga rajin buat latihan. Setakat ini mungkin dia kekurangan dari segi teknik. Gagal hari ini tidak bermaksud gagal selamanya. Mungkin pada masa akan datang jadi lebih berjaya.
"Untuk pengetahuan, Baby Shima pernah tersingkir sekali sebelum ini, kemudian dimasukkan semula melalui sistem wildcard. Jadi dari situ, kita boleh lihat sebenarnya dia ada potensi dalam diri untuk diketengahkan. Cuma mungkin belum rezekinya kali ini," jelas Pak Ngah.
Foto: Sinar Harian
Selain Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, One Forteen juga merupakan peserta dari Malaysia, manakala Pak Ngah merupakan salah seorang juri dari Malaysia selain Zul 2by2. - CARI
ahh! marketing je nih
kalau sesapa yg pernah follow DAA dari musim satu fahamlah macam mana permainan derang
cuma tahun ni benang DAA kat CAri ni pun sendu.
rating derang jatuh giler kot. penat je bayar Mas Idayu mahal2 jadi komentator kenalah berlakon lebih2..
tengoklah..tular kan kes ni.. siap buat parodi lagi.. senyu orng Indosiar
better ambik Pak Ngah @ A Rahman Hassan sbg guest jury kat GV dpd guest2x jury mcm Jalaludin Hassan, Yusof Haslam, kak Ogy...atau yg jenis tak pandai nak beri komen bernas.