"Harap je nama lelaki tapi mulut macam betina!
Sesuka hati korang je kan mengata saya macam longkang."
Wah, marah betul nampaknya jutawan produk kecantikan Datuk Aliff Syukri sampai menggunakan perkataan kasar. Apa punca dia mengamuk lagi tu?
Foto: IG Aliff Syukri
Datuk Terlajak Laris itu baru-baru ini, sedang mencari seorang pengawal peribadi dan memuat naik gambar surat tawaran berkenaan.
Foto: FB Aliff Syukri
Bagaimanapun, netizen mula mengandaikan jumlah gaji yang ditawarkan sangat sedikit memandangkan Aliff menyembunyikan jumlah sebenar yang tertera pada surat itu.
Seperti biasa, apa sahaja yang dikongsikan Aliff pasti akan dikecam netizen. Malah, ada netizen mempertikaikan perkataan 'Betina' yang digunakan Aliff.
Foto: FB Aliff Syukri
Foto: IG Aliff Syukri
Sesiapa yang 'memfitnah' Aliff tu, jaga-jagalah ya! Dia nak mengadu pada pengawal peribadi dia tu. - CARI |