Rakaman video berdurasi 2 minit 20 saat memaparkan sesi dialog Transformasi Negara 2050 (TN50) bersama YB KJ yang diadakan di Monsopiad Heritage Village Penampang, Sabah beberapa hari lalu menjadi tular gara-gara celoteh seorang gadis.
Suasana serius santai di dalam dewan tiba-tiba menjadi gamat dengan gelak tawa apabila gadis dari Ranau itu memberikan idea ketika menyentuh tentang syarat pengambilan tentera dan polis. Gadis bernama Sherell itu meminta supaya syarat wajib untuk tinggi dan berat badan calon dilonggarkan sedikit.
Kredit - RMP
“Di sini saya mahu cakap pasal pengambilan tentera atau polis. Kalau boleh dia punya syarat kasih longgar sikit, tidak semua tapi sikit saja".
"Begini cerita dia, ada yang lebih layak untuk jadi tentera atau polis tapi tidak dapat sebab masalah ketinggian. Kalau di Ranau sahaja, polis kebanyakannya dari seberang (semenanjung) sedangkan orang Ranau pun boleh bah jadi polis tapi 'pindik tagap'".
"Jadi disini, kita punya kemajuan negara dapat dinilai melalui akal fikiran dan bukan dilihat melalui ketinggian. Jadi macam mana kita mahu maju kalau kita ambil tentera polis yang tinggi-tinggi tapi dia punya IQ rendah".
Kredit video - Satu Sabah
Terhibur dengan cara gadis tersebut memberikan idea, seluruh hadirin di dalam dewan termasuk Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin ketawa besar sambil memberikan tepukan ketika mendengar cadangan itu.
Bagaimanapun, YB Khairy (KJ) turut memuji idea gadis tersebut.
"Ha ha ha... Terima kasih Sharell, good idea" kata KJ.
Masuk akal juga idea gadis ini, diharapkan idea beliau dapat dikaji semula oleh kerajaan bagi memberi lebih banyak peluang kepada rakyat yang "tidak cukup syarat" untuk berkhidmat di dalam polis dan tentera. - CARI
|