CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2665|Reply: 18

JAKIM sedia bantu Jepun sedia sijil halal untuk Olimpik

[Copy link]
Post time 18-11-2017 02:09 PM | Show all posts |Read mode


Pengarah Bahagian Hab Halal, Datuk Dr, Sirajuddin Suhaimee. - Foto Zulfadhli Zulkifli



TOKYO: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedia menawarkan kepakaran pensijilan halal dan bekerjasama dengan kerajaan Jepun yang akan menganjurkan Sukan Olimpik 2020.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata kerjasama itu untuk penyediaan makanan halal para atlet yang akan menyertai sukan itu.

TOKYO: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedia menawarkan kepakaran pensijilan halal dan bekerjasama dengan kerajaan Jepun yang akan menganjurkan Sukan Olimpik 2020.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata kerjasama itu untuk penyediaan makanan halal para atlet yang akan menyertai sukan itu.

Katanya tindakan itu adalah susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya di Tokyo pada 20 November tahun lalu berkaitan perkara itu.

"JAKIM sedia menghantar para pegawainya untuk memberi latihan dan mengemaskinikan sistem untuk mengeluarkan produk 'halalal toyibban'.

"Kerjasama ini ibarat peluang keemasan untuk JAKIM melonjakkan lagi pensijilan halal Malaysia ke peringkat global dengan lebih meluas," katanya ditemui selepas pertemuan delegasi Perlis diketuai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dengan jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Jepun di Toranomon Hills Mori Tower di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Operasi, Yukihiko Nunomura mengetuai pegawai-pegawai dalam pertemuan itu.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris serta pegawai-pegawai daripada Halal Japan Corporation (HJC) diketuai pengerusinya, Hirobumi Ohsato. Tuanku Syed Faizuddin ialah penaung HJC.

Dalam pertemuan itu Dr Sirajuddin memberi penjelasan mengenai pensijilan halal JAKIM yang diterima pakai di 41 negara.

Dr Sirajuddin berkata, pada masa ini dua pusat sembelihan di Okayama sudah mendapat pensijilan halal JAKIM dan ternakan yang disembelih turut di eksport ke Malaysia. - BERNAMA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2017 02:12 PM | Show all posts
Good effort JAKIM

sememangnya negara Matahari terbit ini  amat suka belajar dari  masyarakat dan alam  sekeliling.

ini terbukti dalam  friendly letter Maharaja Meiji and Khalifah uthmaniyyah ketika itu.

if someone would elabirate would be nice,


so yes, teruskan  risalah  rahmat ke seluruh alam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2017 02:38 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-11-2017 02:43 PM

perihal sentuhan pertama Islam dengan Jepun
sumber :
https://www.islaminjapanmedia.org/islam-in-japan-before-1900/


With the beginning of the era of Japanese Renaissance, known as the era of Meiji, started in 1868, only two countries in Asia enjoyed independence, namely the Ottoman Empire and Japan.

As they both came under pressure from Western countries, they decided to establish friendly relations between them and consequently they started to exchange visits. The most important of these visits was the mission sent by Abdul Hamid II (reigned 1876-1909) to Japan on board Ertugrul ship which carried more than six hundred officers and soldiers led by admiral Uthman Pasha in 1890.

On the homeward journey, after the mission was successfully accomplished in Japan and meeting Japanese emperor, a fierce hurricane fell on the ship while it was still in Japanese waters, causing the death of more than 550 people including the Sultan’s brother.

The disaster deeply moved both sides and the survivors were carried on board of two Japanese ships to Istanbul. The martyrs were buried at the site of the accident and a museum was set up not far from the accident site. Japanese and Turks still celebrate this event until today at the same site of the accident every five years despite successive change of governments


Along the ship with the survivors going home, a young Japanese journalist by the name of Torajiro Noda who raised donations in Japan for the martyrs families, left for Istanbul, handed these donations to Turkish authorities and even met Sultan Abdul Hamid II, who asked him to stay in Istanbul and teach Japanese to ottoman officers. During his stay in Istanbul, he met Abdullah Guillaume, an English Muslim from Liverpool, Britain who introduced Noda to Islam. Quite convinced after a lengthy discussion that Islam is the truth, Noda embraced Islam and chose to be named Abdul Haleem, as Turkish document at back of the present pamphlet shows.


In fact, Abdul Haleem Noda could be considered the first Japanese Muslim. Soon afterwards, another Japanese called Yamada went to Istanbul in 1893 to give donations he had collected back home to the martyrs families in Turkey. Following his conversion to Islam, being the second Japanese person to embrace Islam, he changed his name to Khaleel, or maybe Abdul Khaleel. He stayed in Istanbul several years doing business and kept friendly relations with Turkey after coming home until his death.

The third Japanese person to embrace Islam was a Christian merchant by the name of Ahmad Ariga. He visited Bombay, India in 1900. The beautiful sight of a Mosque there attracted his attention, he went in and declared his conversion to Islam. During this period, a number of Indian Muslim merchants lived in Tokyo, Yokohama, and Kobe, they are considered to be the first Muslim community in Japan.

By Prof. Dr. Salih Mahdi S. Al Samarrai, Chairman of Islamic Center- Japan
(Visited 4,268 times, 1 visits today)

________________________________________________________________________________________________________________________________________
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2017 02:42 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-11-2017 02:44 PM

Ertuğrul Ship: The First Contact Between Japan And The Islamic World

source :https://www.islaminjapanmedia.or ... contact-with-islam/



The ship ‘Ertuğrul’ was first Islamic ship carrying Muslims to Japan in 1890, and the first known official contact between the Islamic world, represented by Ottoman Empire, and Japan.

As the Ottoman Empire and Japan were the only two independent countries in Asia, they decided to establish friendly relations, so they started to exchange visits. Sultan Abdul Hamid II -may Allah have mercy on him- sent the ship Ertugrul to Japan in July 1889 and arrived in Yokohama aboard in June 1890.

The mission was successfully accomplished, the Ottoman admiral met with Emperor Meiji and offer him the gifts and prestigious medal of the Ottoman Empire.

After 3 months, the Ertugrul set sail from Yokohama on its return voyage, but it was encountered by a typhoon. The ship crashed by rocks off the island of Kii ōshima, Kushimoto in Wakayama Prefecture, causing the death of more than 550 people. Kii ōshima islanders braved the typhoon, making frantic efforts to save 69 members of the ship. Word of their heroic deeds soon reached Ottoman Empire, where it elicited an effusion of pro-Japanese sentiment and a reason for the establishment of a solid relationship between Japan and the Islamic Ottoman Empire.


Ertuğrul, ordered in 1854 by Ottoman Sultan Abdülaziz, and was launched on 19 October 1863 in presence of the Sultan. She was named for Ertuğrul Gazi (1198–1281), the father of Osman I, founder of the Ottoman Empire. A three-mast wooden ship, she was 79 m (260 ft) long, 15.5 m (51 ft) wide and had a draft of 8 m (26 ft). The frigate sailed to England in 1864, where she had steam engines and state of the art machinery installed, including electrical lighting. (wikipedia)


untuk  bacaan lanjut  :

https://www.islaminjapanmedia.or ... contact-with-islam/


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 04:29 PM | Show all posts
Masa sukan olimpik ada disediakan makanan kosher dan vegan juga ke?
Kepelbagaian, yg penting hormat each other.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 05:22 PM | Show all posts
olimpik sebelum ne macam mana pula? baru tahu benda ne.

p/s: tak terkejut pun nanti kalau ada ustaz jadian tetibe nak demand yg serve prepare food kena muslim jugak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2017 06:35 PM | Show all posts
entahlah.aku dndm dgn jepun..ksi air sbun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2018 04:28 PM | Show all posts
Jakim says halal certification still in high demand By admin - April 5, 2018

Read more at: https://www.menara.my/jakim-says ... ill-in-high-demand/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2018 04:29 PM | Show all posts
Pensijilan Halal JAKIM diyakini negara luar By admin - April 4, 2017

Read more at: https://www.menara.my/pensijilan ... yakini-negara-luar/



SEPANG: Malaysia menjadi rujukan pihak luar negara dari segi piawaian dan pensijilan halal kerana sistem yang digunakan di sini menepati ketetapan antarabangsa dari segi konteks dasar syariah, kesucian dan keselamatan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perkara itu menunjukkan negara luar percaya dan menganggap Malaysia sebagai pelopor serta lebih ke hadapan dalam konteks industri halal global. “Sekarang, semua negara melihat Malaysia sebagai rujukan, produk yang ada sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga diyakini dunia. “Ini sudah cukup membuktikan industri halal dan pematuhan halal Malaysia diiktiraf pada peringkat global,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi ‘Quickhalal’ sempena Konvensyen Badan Pensijilan Halal Ke-8 2017, di sini hari ini. Konvensyen dua hari itu adalah program tahunan yang dianjurkan JAKIM bagi menghimpun badan pensijilan halal dari seluruh negara, yang boleh dikatakan sebagai program terbesar dengan setiap tahun ada ahli baharu yang mendapat pensijilan halal diiktiraf oleh JAKIM. Sementara itu, mengenai ‘Quikhalal’, Asyraf menjelaskan ia adalah satu aplikasi untuk memudahkan pihak syarikat yang ingin memohon pensijilan halal dan pengaudit, di mana mereka boleh memasukkan segala maklumat sebelum pegawai yang ditugaskan turun ke lapangan untuk membuat pengauditan atau pemeriksaan lanjut. “Aplikasi ini juga secara tidak langsung menarik minat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau peniaga kecil untuk memohon sijil halal bagi produk mereka selain membantu pengguna mengetahui semua data mengenai syarikat atau organisasi yang mengeluarkan sesuatu produk termasuk dari dalam atau luar negara,” katanya. Tambah beliau, aplikasi itu juga dikatakan boleh menjimatkan masa untuk memperoleh pensijilan halal, namun buat masa sekarang tempoh itu belum boleh dinyatakan. Aplikasi berkenaan sudah boleh dimuat turun oleh pengguna peranti Android.

Read more at: https://www.menara.my/pensijilan ... yakini-negara-luar/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2018 04:35 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 31-5-2018 06:07 PM

JAKIM banyak menyumbang kepada indistri HALAL dan  tak merugikan umat islam pun malah menambah baik dan menjadi pemerkasaan kawalan makanan dari aspek kualiti, kehalalalan damutunya

dan juga  JAKIM secara tak langsung menjadi  benchmark dalam niche ini

so rugilah pada siapa yg nak mansuhkan atau mengecilkan fungsi JAKIM atau nak kembalikan JAKIM pada 'peranan asalnya?' sedangkan fungsi JAKIM PATUT diperkasakan MENCAKUPI SAINS & TEKNOLOGI DAN ILMU dan Platform aliran ulamak - pakar ASWJ yg diiktiraf keilmuan,  kelayakan dan pengalaman proses pembelajaran yg mantap.

kata , rahmatan lil alamin, kan?

so takkan nak mansuhkan satu wadah yg memberikan manfaat sejagat?

bukan itu saja  siapa yang berotak saintifik tahu pun JAKIM

jua terlibat dalam aspek teknikal ilmu  falak


so mengapa JAKIM nak dikecilkan fungsinya?

saya harap JAKIM dah banyak buat sumbangan
kalau tak der dana sila buat JAKIM lebih perkasa ke arah collaborative partnership dengan institusi penyelidikan yg tersohor dan keilmuan yg tersohor, buat macam tempoh yg jakim perlu menjana pendapatan atau di bawah naungan MRR.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2018 04:37 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 31-5-2018 04:43 PM

Kerajaan Akan Kaji Semula Peranan JAKIM


Kena  juga mengambil kira bidang strategik JAKIM dalam industri HALAL ada banyak peluang untuk JAKIM bekerjasama dengan pelbagai instius penyelidikan teknologi makanan atau farmaseutikal dan cubalah tanya isi hati pekerja JAKIM.
sebenarnya ada banyak potensi ekonomi dan pendidikan , dan kalau tak nak pun letakkan di bawah majlis raja  raja dan seliaan secara dwi pendekatan.

tak mahukah TDM nak lihat org islam sendiri boleh bawa JAKIM kep peringkat global dan lebih lagi?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2018 04:48 PM | Show all posts
Jakim’s guideline for Malaysian astronaut


Malaysian Islamic Development Department (Jakim) director-general Datuk Mustafa Abdul Rahman said the Science, Technology and Innovation Ministry had requested that the department come up with the guideline and Jakim submitted it to the ministry last month.

image: https://content.thestar.com.my/s ... /tags=Int_Education,Demo_Age_18to24_enr,all,Demo_Gender_Male_enr,Demo_Age_25to34_enr,Demo_Gender_Female_enr,Demo_Age_13to17_enr,Demo_Age_35to44_enr,Demo_Age_55to64_enr,Demo_Age_45to54_enr


Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will announce Malaysia’s first man in space on Oct 6.  

Currently, candidates Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 34, and Kapt Dr Faiz Khaleed, 26, are undergoing training and preparatory programmes at Star City in Moscow, Russia.

Dr Sheikh Muszaphar is a medical officer attached with the Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital while Kapt Dr Faiz is a dentist with the Armed Forces.

About 10,000 people had applied to become Malaysia’s first space hero and the two were chosen after a series of rigorous and painstaking selection process.  

The issue of prayers would be a crucial part of the stint in space if either one is chosen to be Malaysia’s first astronaut.

On the ground, Muslims use the Holy City of Mecca as the focal point (the qiblat) of their worship when they are praying.  

Mustafa said apart from prayers, the guidelines also provided information on “the proper way and the right tool to use” to clean oneself according to Islam and the issue of halal food.  

He added that the experience of Malaysia’s first astronaut would show the world that Islam was not a hindrance to progress and being a Muslim would not deter one to venture into outer space.  


Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... wdYpwbP8gxcTrpsZ.99
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2018 04:51 PM | Show all posts
Quality products, globally referenced halal system Malaysia’s competitive advantage, says trade chief

https://www.salaamgateway.com/en/story/SALAAM30032018071131/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2018 10:45 AM | Show all posts
Cabaran Institusi Agama Islam

Mohd Shauki Abd Majid

BARU-BARU ini timbul cadangan agar kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan institusi di bawahnya dikaji semula sama ada dimansuh, diperkecilkan atau dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri.

Cadangan pemansuhannya dibuat berdasarkan faktor penggunaan wang pembayar cukai. Setiap tahun kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang banyak untuk membolehkan fungsi dan peranannya dapat dilaksanakan. Perbelanjaan yang besar itu dikatakan tidak adil dan membazir kerana 90 peratus pembayar cukai di Malaysia dilakukan oleh bukan Islam.

Ada juga cadangan agar fungsi dan peranan institusi Islam di bawah pentadbiran Jakim diperkecilkan bagi mengurangkan beban perbelanjaan negara memandangkan sumber kewangan dan hasil negara perlu digunakan untuk membayar hutang yang dianggarkan berjumlah RM1.2 trilion atau lebih 80 peratus daripada pendapatan negara.
Sekiranya fungsi dan peranan institusi Islam diperkecilkan ada pihak menganggarkan kerajaan mampu melakukan penjimatan yang besar, iaitu lebih daripada separuh. Bajet 2018 misalnya, peruntukan yang diluluskan untuk keperluan emolumen, pembangunan dan melaksanakan aktiviti di bawah institusi Islam melebihi RM 1.02 bilion. Perbelanjaan tersebut telah meningkat daripada RM920.167 juta tahun sebelumnya.
Selain dua cadangan tersebut, pendapat lain memohon agar fungsi hal ehwal Islam dikembalikan kepada negeri-negeri kerana ia adalah di bawah kuasa Raja-Raja Melayu sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, penyelarasannya adalah di bawah Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Ia tidak lagi berada di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.
Turut dicadangkan Jakim yang diperluaskan mulai tahun 1987 (ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri keempat) diperkecilkan semula kepada Bahagian Hal Ehwal Islam sebagaimana sebelumnya. Menurut pandangan sesetengah pihak, Jakim sebenarnya diperhebatkan bagi membendung pengaruh Pas, dan memandangkan parti itu bukan lagi berpengaruh, adalah lebih baik beberapa institusi diubah suai.
Fungsi penentuan status halal dipindahkan ke Kementerian Kewangan atau Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Untuk menentukan proses pengeluaran sijil halal dan pematuhan halal, boleh mendapat kerjasama daripada pelbagai kementerian lain antaranya Kementerian Pertanian dan Asas Tani (penggunaan bahan mentah), Kementerian Kesihatan (bahan kimia dan kawalan makanan) dan pematuhan piawaian menggunakan Akta Perihal Dagangan dan sebagainya.
Berdasarkan manifesto Pakatan Harapan (PH) sebagaimana disebut dalam Buku Harapan: Membina Negara Memenuhi Harapan iaitu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan mengekalkan institusi Raja Berperlembagaan, tidak ada sebab kenapa ia perlu dijadikan bahan cemuhan dan kritikan liar.
PH berjanji bukan sahaja mempertahankan status-quo tersebut bahkan bersedia untuk mengembalikan kuasa “Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu” dan menghentikan “campur tangan Kerajaan Pusat.” Atas hasrat itulah ketika ditanya mengenai langkah berikutnya, Perdana Menteri menjelaskan bahawa satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengkaji keperluannya, sama ada kekal atau sebaliknya.
Hasil perbincangan jawatankuasa yang dianggotai oleh ahli agama dan ilmuwan Islam itu akan digunakan sebagai input bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan.
Sebelum jawatankuasa tersebut digerakkan, terdapat pihak-pihak yang melihat bahawa ‘kerajaan yang dipimpin oleh PH’ berusaha untuk menatijahkan sesuatu dasar awam sebelum kerajaan membuat keputusan dan ia merupakan satu perubahan yang besar daripada persekitaran pentadbiran sebelumnya.
Mempertahan
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, dalam mencorakkan sesuatu dasar yang melibatkan kepentingan awam, kerajaan tidak lagi boleh bertindak berdasarkan keputusan kerajaan semata-mata, ia juga perlu mengambil kira pendapat awam.
Persoalan mengenai institusi-institusi Islam tidak dilihat sebagai sesuatu yang boleh menyulitkan kerajaan kerana asas penting kepada Malaysia ialah undang-undang tubuh yang telah dipersetujui sebelumnya, iaitu Perlembagaan Persekutuan.
Tiga asas utama, iaitu Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu tidak akan tergugat kerana setiap perubahan fungsi dan peranannya perlu dilaksanakan berdasarkan proses undang-undang. Walaupun kerajaan boleh melakukan ‘pindaan’ dalam tiga asas tersebut ia tidak dapat dilakukan sekiranya tidak mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.
Tindakan Kerajaan Persekutuan atau negeri memperuntukkan sebarang perbelanjaan untuk Islam adalah sah berdasarkan Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan. Di mana, Peruntukan itu menggariskan bahawa adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
Kita ingin mengingatkan kepada pihak-pihak tertentu di negara ini supaya tidak mencampuri urusan hal ehwal umat Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembangaan.
“Buku Harapan” juga menjelaskan bahawa Maqasid Syariah akan menjadi panduan program pembangunan negara, dan ‘akhirnya memberi rahmat dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia’.
Proses mempertahankan institusi-institusi Islam menurut Perdana Menteri adalah untuk meletakkan Islam sesuai dengan misinya dan bukan menghalang bukan Islam. Atas keperluan itu, institusi-institusi dan umat Islam tidak wajar memperlihatkan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian. Umat Islam perlu memperlihatkan pengamalan yang terbaik dan bukannya menjadikan agama sebagai ‘alat politik’ sehingga melabelkan mereka yang tidak memeluk agama Islam sebagai ‘musuh ataupun ancaman kepada Islam’.
Suasana itu adalah bersesuaian dengan visi Islam dan tidak bercanggah dengan jaminan kepada bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing. Dalam perkembangan semasa, oleh sebab kecenderungan menggunakan agama sebagai ‘alat politik’, sebahagian bukan Islam seolah-olah merasakan bahawa tindakan umat Islam semakin tidak ‘menghormati kebebasan penganut agama lain’.
Suasana dan iklim permusuhan atas faktor agama perlu diperbetulkan dan tindakan umat Islam serta institusi penguatkuasaan Islam wajar dinilai semula, bukan bertujuan ‘membuang Islam’ tetapi untuk menjadikan Islam dihormati sebagai tatacara kehidupan terbaik.
Pandangan untuk mengembalikan peranan Raja-Raja Melayu sebagai pentadbir hal ehwal Islam adalah suatu tindakan pembetulan yang mungkin boleh dilakukan sekiranya setiap umat Islam memahami bahawa ‘kuasa raja-raja Melayu’ perlu dipertahankan. Institusi-institusi Islam wajib atau perlu mendapat perkenan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan dan ini boleh mengelak ‘suasana tidak harmoni’ antara kedua-dua pihak.
Institusi Islam di peringkat Persekutuan boleh kekal memainkan peranannya tetapi tidak lagi tertakluk kepada ‘keputusan politik’. Setiap perkara yang bersangkutan dengan Islam perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Raja-Raja dan bukan lagi merupakan keputusan sepihak sebagaimana pernah berlaku. Sultan Johor mengarahkan agar pihak berkuasa agama di negeri itu tidak lagi membuat sebarang perundingan dengan Jakim hanya atas kes yang membabitkan operasi kedai dobi untuk Muslim.
Melihat kepada realiti politik semasa dan iltizam Buku Harapan tidak ada sebab setiap rakyat Malaysia merasa curiga bahawa institusi-institusi akan dihapuskan hanya berdasarkan tularnya beberapa cadangan yang dikemukakan oleh orang perseorangan. Dalam sistem politik demokrasi, seseorang dibenarkan untuk menyatakan pendapat masing-masing dan kerajaan tidak tertakluk kepada pendapat-pendapat tersebut.
Berdasarkan prinsip dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, saperti yang digariskan dalam Perkara 3(2), Islam adalah urusan negeri-negeri dan terletak hak pada Raja-Raja sama ada dalam perundangan dan pentadbirannya, maka kebimbangan terbubarnya institusi Islam adalah sesuatu yang tidak ada asas. Kalaupun dilaksanakan perubahan mengenai kedudukannya ia adalah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang selama ini dibiarkan berlaku sehingga memudaratkan imej Islam itu sendiri.
Kritikan-kritikan yang ditimbulkan ke atas institusi-institusi Islam kadangkala membawa kepada sikap yang radikal dan sebahagiannya adalah berpunca daripada pandangan sebelah pihak sedangkan tatakelola kehidupan bermasyarakat.
Islam adalah kerangka utama pembentukan Malaysia dan sebab itulah dalam Perlembagaan dinyatakan dengan jelas. Agama-agama lain, tetap dibenarkan tetapi, ia tidak dinyatakan dengan jelas apakah agama-agama itu. Dominasi Islam tidak menyekat kehidupan masyarakat bukan Islam, sebaliknya Islam telah memberikan persekitaran yang lebih kepada bukan Islam, kecualilah ada usaha untuk mencabar atau meruntuhkan institusi Islam.
* Penulis ialah Setiausaha Analisis Dan Pengurusan Isu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/cabaran-institusi-agama-islam-1.684258#ixzz5HQ9ty1q9
© Utusan Melayu (M) Bhd



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2018 10:47 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 4-6-2018 02:35 PM

Cabaran Institusi Agama Islam

Mohd Shauki Abd Majid

BARU-BARU ini timbul cadangan agar kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan institusi di bawahnya dikaji semula sama ada dimansuh, diperkecilkan atau dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri.

Cadangan pemansuhannya dibuat berdasarkan faktor penggunaan wang pembayar cukai. Setiap tahun kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang banyak untuk membolehkan fungsi dan peranannya dapat dilaksanakan. Perbelanjaan yang besar itu dikatakan tidak adil dan membazir kerana 90 peratus pembayar cukai di Malaysia dilakukan oleh bukan Islam.

Ada juga cadangan agar fungsi dan peranan institusi Islam di bawah pentadbiran Jakim diperkecilkan bagi mengurangkan beban perbelanjaan negara memandangkan sumber kewangan dan hasil negara perlu digunakan untuk membayar hutang yang dianggarkan berjumlah RM1.2 trilion atau lebih 80 peratus daripada pendapatan negara.
Sekiranya fungsi dan peranan institusi Islam diperkecilkan ada pihak menganggarkan kerajaan mampu melakukan penjimatan yang besar, iaitu lebih daripada separuh. Bajet 2018 misalnya, peruntukan yang diluluskan untuk keperluan emolumen, pembangunan dan melaksanakan aktiviti di bawah institusi Islam melebihi RM 1.02 bilion. Perbelanjaan tersebut telah meningkat daripada RM920.167 juta tahun sebelumnya.
Selain dua cadangan tersebut, pendapat lain memohon agar fungsi hal ehwal Islam dikembalikan kepada negeri-negeri kerana ia adalah di bawah kuasa Raja-Raja Melayu sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.




so pernyataan penulis YADIM ni tak tepat lah sangat.
_____________________________________________


Tidak Menjadi Kesalahan Wang Cukai Kerajaan Digunakan Untuk Hal Ehwal Islam – Dato`Zainul Rijal Abu Bakar By Wartawan Menara - June 3, 2018

Read more at: https://www.menara.my/tidak-menj ... ul-rijal-abu-bakar/



Kuala Lumpur: “Tidak menjadi kesalahan bahawa wang cukai kerajaan digunakan untuk Hal Ehwal Islam kerana perkara itu dijamin oleh kerajaan dan Perlembagaan Persekutuan,” demikian menurut Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Dato` Zainul Rijal Abu Bakar, sekaligus menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Prof Shad Saleem Faruqi yang menyatakan bahawa wang cukai digunakan untuk Islamkan bukan Islam itu menjadi kesalahan.




Dato` Zainul Rijal berkata, perkara itu adalah sah bagi Persekutuan dan Negeri untuk melakukan apa-apa perbelanjaan yang perlu untuk menyenggara institusi-institusi Islam yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam. Justeru, kita minta beliau (Prof Shad) menunjukkan di bawah kesalahan mana dalam undang-undang yang mengatakan tidak boleh dikeluarkan dana kerajaan untuk pembangunan Islam. Menurut beliau, penggunaan duit mualaf ini biasanya digunakan oleh Majlis Agama Islam tetapi majlis agama cuma ada dua sumber dana iaitu yang pertama sumber am dan yang kedua sumber zakat. Jelas beliau, sumber am ini daripada dana kerajaan dan pihak-pihak tertentu yang bukan zakat manakala zakat pula dibayar oleh orang Islam melalui zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya. Ujar beliau, bagi duit zakat mestilah digunakan untuk lapan asnaf mengikut hukum syarak termasuklah asnaf muallaf manakala daripada sumber am pula ia boleh digunakan untuk program-program tertentu untuk pembayaran kakitangan dan sebagainya, itu adalah sumber daripada kerajaan. “Mungkin ada wang yang digunakan dari sumber am ini untuk tujuan konvensyen, latihan kepada muallaf tetapi itu bukan merupakan satu kesalahan sebab kalau kita lihat Perkara 12(2) Hak berkenaan dengan Pendidikan di dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan; (2)Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi persekutuan atau suatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.” Ujar beliau, ini bermakna Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan membenarkan dana awam digunakan untuk institusi-institusi Islam tetapi tidak disebut untuk institusi bukan Islam. “Jadi apa masalahnya kalau Perlembagaan Persekutuan sendiri sudah termaktub dan adalah sah untuk digunakan bagi menyelenggara institusi Islam ini.” “Kenapa dipertikaikan lagi? Perkara 12(2) ini jelas membenarkan maka tidak sepatutnya timbul isu pun kalau dia tahu dan benar-benar faham,” katanya. Sambil berpendapat bahawa adalah tidak wajar isu wang cukai bukan Islam diungkit, Dato` Zainul Rijal mengulas lanjut sebagai berkata, “Undang-Undang Persekutuan menyatakan dalam Perkara 12(2) ianya sah digunakan.” “Jadi apa yang dia (Prof Shad) hendak komplen atau menyanggah sangat perkara itu lagi?” Menurut Dato` Zainul Rijal lagi, “Dia (Prof Shad) perlu jelas agama Islam tidak sama kedudukannya dengan agama-agama lain kerana agama Islam diberikan keistimewaan dan inilah antara keistimewaannya di mana dana awam boleh digunakan untuk institusi agama Islam. “Bukannya kita gunakan institusi agama Islam itu untuk mengkucar-kacirkan atau menzalimi orang bukan Islam, sama sekali tidak. Ajaran agama Islam antaranya adalah untuk menerangkan agama Islam, berdakwah kepada orang bukan Islam adalah salah satu daripada ajaran agama Islam itu sendiri,” tegas beliau. Persoalannya, Prof Shad juga antara lain mendakwa bahawa isu tauliah mengajar sebagai tidak berperlembagaan, Dato` Zainul Rijal berpendapat bahawa Prof Shad Saleem Faruqi mungkin lupa terhadap satu keputusan kes yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Fathul Bari melawan Majlis Agama Islam di mana Fathul Bari telah dituduh mengajar tanpa tauliah di Negeri Sembilan dan dia cabar kesahan Seksyen Enakmen di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuan mengatakan tidak ada masalah. “Jadi siapa Prof Shad hendak menyanggah keputusan Mahkamah Persekutuan?” “Sebenarnya bagi saya sejak kebelakangan ini apa yang berlaku adalah golongan yang mahukan pluralisme agama yang mahukan semua agama disetarakan di Malaysia sedangkan sejarah Perlembagaan Persekutuan Rang Undang-Undang tidak begitu.” “Dia (Prof Shad) seolah-olah mengatakan semua agama adalah sama. Itu yang tidak boleh diterima kerana mengikut sejarah ada sebab mengapa Islam itu diberikan keistimewaan berbanding agama lain di Malaysia.” “Walaupun Islam diberikan keistimewaan, kita tidak menzalimi orang bukan Islam dan kita tidak paksa orang bukan Islam untuk menganuti Islam dan sudah ada jaminan-jaminan di dalam Perlembagaan,” katanya. Tegas beliau, sekiranya sesiapa pun rakyat Malaysia ingin menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan maka seharusnya Perkara 12(2) hak mengenai pendidikan Islam ini perlu djunjung juga kerana Perlembagaan mengatakan adalah sah untuk menggunakan wang tersebut.

Read more at: https://www.menara.my/tidak-menj ... ul-rijal-abu-bakar/
















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2018 06:05 PM | Show all posts
Tawfik Ismail Keliru Dengan Fungsi JAKIM By Wartawan Menara - June 3, 2018

Read more at: https://www.menara.my/tawfik-ismail-keliru-dengan-fungsi-jakim/


Kuala Lumpur: Pandangan yang mengatakan JAKIM mendakwa dan menghukum orang ramai sesuka hati adalah satu kekeliruan kerana undang-undang telah mengkhaskan kuasa mendakwa dibawah kuasa Pendakwa Syarie dan sememangnya JAKIM tidak campur tangan, demikian pandangan yang dikongsikan Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar.

Menyentuh isu hendak memansuhkan JAKIM, IKSIM dan sebagainya, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) itu berkata, ianya bertujuan untuk menyetarakan agama Islam dengan agama lain dan ini tidak dibenarkan oleh Perlembagaan. “Kalau kita lihat dalam Jadual 9 Senarai Satu Butiran 4(K) Perlembagaan Persekutuan mengatakan isu-isu penentuan hukum syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud undang-undang Persekutuan adalah kuasa Persekutuan bukan negeri.” Menurutnya, ramai yang keliru menyatakan Islam adalah seratus peratus hak Negeri dan sebenarnya ia tidak begitu dalam Perlembagaan Persekutuan. “Memang Islam pada umumnya adalah hak Negeri yang mana kuasa ketua agama untuk negeri-negeri adalah Sultan dan itu tidak dipertikaikan tetapi ada juga kuasa-kuasa yang diuntukkan kepada Persekutuan.”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2018 06:06 PM | Show all posts
Beliau berkata, Jadual 9 Senarai 1 Item 4(k) yang mengatakan bahawa penentuan hukum syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud Undang-undang Persekutuan ini kuasa Persekutuan. “Jadi apa maksud undang-undang diri lain bagi maksud Undang-Undang Persekutuan ini, sebagai contoh Undang-Undang Persekutuan kita terdapat perbankan Islam atau Tabung Haji atau hubungan diplomatik luar negara.” Menurut beliau, umpamanya dalam Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari, ada perubatan Islam di dalam perkara itu dan undang-undang Persekutuan tersebut memerlukan penentuan hukum syarak dan ia dilakukan oleh JAKIM. “JAKIM perlu menentukan sama ada satu perubatan Islam itu adalah perubatan Islam ataupun syirik ataupun sebagainya.” “Jadi mestilah ada suatu Badan Persekutuan yang diwujudkan bagi menentukan hukum syarak dan badan itu adalah JAKIM,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2018 06:07 PM | Show all posts
Menurut beliau lagi, “Tak bolehlah Kementerian Kesihatan pergi bertanya kepada negeri-negeri, maka JAKIM-lah yang perlu dirujuk di Peringkat Persekutuan.” “Begitu juga dengan isu Tabung Haji, Akta Tabung Haji, macam mana kita nak aspek kalau kita bagi semua kepada negeri-negeri. Negeri-negeri terpaksa berunding dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatan kuota dan tempat untuk Jemaah Haji, itu tidak boleh.” “Sebab hubungan antarabangsa adalah hubungan antara negara bukan negeri dengan negara.” “Jadi JAKIM-lah yang mempunyai kuasa untuk berunding dengan kerajaan Arab Saudi menentukan bagaimana kuota, penerbangan, penginapan dan sebagainya untuk Jemaah Haji yang diletakkan tugas atas Lembaga Tabung Haji.” “Begitu juga dalam Akta Perbankan Islam yang mana Bank Negara adalah menentukan satu produk itu menurut hukum syarak ataupun tidak, yang menentukan halal haram ataupun tidak adalah daripada JAKIM di peringkat perbankan Islam mengikut syarak ataupun tidak.” “Takkan pula Bank Negara nak berunding dengan 14 buah negeri, bayangkan satu negeri bersetuju dan satu negeri tidak bersetuju ia akan menyukarkan perlaksanaannya.” Jelas beliau, sebab itu dikatakan JAKIM sebenarnya sangat-sangat berperlembagaan di bawah Item 4(K). “Jadi siapa pun yang memerintah, Perlembagaan Islam itu tidak boleh diubah.”

Read more at: https://www.menara.my/tawfik-ismail-keliru-dengan-fungsi-jakim/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2018 06:08 PM | Show all posts
“Kalau ia menjunjung Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan maka perlulah memberikan efek kepada peruntukkan-peruntukkan ini bukan hanya membiarkan sebagai dekorasi sebegitu sahaja.” “Suka saya menyangkal, dakwaan Tawfik Ismail yang berkata, JAKIM mendakwa orang ramai dan meletakkan berbagai lagi kesalahan.” “Sebenarnya itu bukan fungsi JAKIM sebaliknya, itu fungsi Jabatan Pendakwaan atau Jabatan Agama Islam, jelas dia sendiri keliru yang mana satu JAKIM yang mana satu jabatan agama dan yang mana satu Jabatan Pendakwaan dan Mahkamah Syariah dan sebagainya.” Menurut Dato` Zainul Rijal, pihak berkenaan sembrono menuduh secara pukal terhadap JAKIM sedangkan dalam undang-undang telah mengkhaskan kuasa mendakwa dibawah kuasa pendakwa Syarie, malah JAKIM tidak campur tangan pun.” “Semua itu sudah disebut di bawah Akta Pentadbiran tetapi bekas Ahli Parlimen ini barangkali tidak membaca undang-undang yang dibuat dulu,” katanya. Dato’ Zainul Rijal bersetuju JAKIM dan institusi Islam Persekutuan lain diletak terus di bawah Majlis Raja-Raja. Peletakan ini adalah dalam aspek kebertanggungjawaban, kebebasan dan pelaksanaan tugas supaya pihak eksekutif tidak mencampuri urusan Islam. Namun, pihak Kerajaan masih perlu memberi dana dan latihan kepada institusi ini kerana Kerajaan diberi mandat melaksanakan tugas Yang di-Pertuan Agong melalui Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan. Ketua  Eksekutif sebenar bagi Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong.

Read more at: https://www.menara.my/tawfik-ismail-keliru-dengan-fungsi-jakim/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.075099 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list