CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3909|Reply: 9

"Bila Saya Halalkan Seks Bebas?" - Syed Saddiq Berang Kenyataan Diputa

[Copy link]
Post time 20-11-2017 10:49 AM | Show all posts |Read mode
"Sejak bila saya MENGHALALKAN SEKS BEBAS?"



Ketua Armada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membidas pihak yang memanipulasi kenyataannya berhubung pendidikan seks untuk remaja.







"Ini bukan kali pertama kenyataan saya diputarbelit, memang menjengkelkan," tulisnya di laman Facebook (FB).


Menerusi laman FBnya, Syed Saddiq jelas kecewa kerana isu dibentangkan tersasar jauh dari matlamat asalnya.

"Bila bincang tentang pendidikan seks, ramai salah faham dan menganggap ia merujuk kepada 'Seks bebas'," tulisnya.


Syed Saddiq menggesa orang ramai untuk berhenti memutar belit kenyataannya, sebaliknya bersatu mencari jalan penyelesaian.


Netizen yang melihat posting itu memberi pelbagai reaksi dan respon berbeza.

"Bagi saya elok je benda ni.. Cuba buka minda.. Berapa ramai remaja yang sampai mengandung tapi masih tak tahu apa yang mereka lakukan adalah seks.

"Kesian orang sekarang.. Tak suka membaca dan fahamkan betul-betul. Terus nak sentap, melenting.

"endidikan seks dan seks selamat?? Untuk pasangan dah berkawin?? Elak hiv??? Sakit kelamin??? Kebodohan apakah yang dia cuba pertahankan. Seks apakah yang tak selamat bagi pasangan dah berkahwin?" komen netizen.










Foto: FB




Terdahulu, Syed Saddiq mengutarakan pendapatnya mengenai pengajaran seks selamat kepada remaja sebagai langkah membanteras pergaulan bebas dan pembuangan bayi.







Sementara itu, netizen turut mempertikaikan kenyataan Syed Saddiq yang menyebut berhijab adalah hak individu.





Foto: FB












Foto: Twitter




Siapa putar belit kenyataan siapa ni sebenarnya? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la ape yg dia cadangkan..dari terus menerus berlaku masalah pembuangan bayi..lebih baik bagi pendidikan. Iols setuju je dengan pendapat bernas Syed Saddiq ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:36 AM | Show all posts
nak buat pendidikan seks ?

ko nak guna kaedah ayam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:41 AM | Show all posts
Edited by irlene_hana at 20-11-2017 11:42 AM

setuju sex education. Orang fikir sex edu ni cara buat sex bagai je.. tp zaman sekarang sangat penting sex edu nak educate remaja tentang safe sex & STD.

paling bahaya STD. Rmai tahu tentang HIV AIDS tetapi tidak ramai alert tentang penyakit std yang lain. Educate juga kanak2, remaja jika mereka dicabut apa perlu buat dan tidak hanya berdiam diri, depression.

Kalau mengandung apa perlu buat, komplikasi buang kandungan dan sebagainya... zaman sekarang terlalu banyak seks bebas dan sukar untuk dibendung. nafsu tak boleh kawal kan.. haihhh . atleast boleh educate mereka tentang sex education.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 04:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 04:14 PM | Show all posts
aku sokong Syed...meleis kat meleisia ni mmg jenis nak nampak macam alim alim tapi hati busuk and koudu.

kalau dah terbuat zina, hukum hukum hukum sbb tuh ramai yg takut kene hukum dgn manusia dari Allah...sbb manusia melayu ni lagi kuat menghukum...tapi tak tau nak fix problem.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2017 04:48 PM | Show all posts
pendidikan sex kat malaysia belum meluas.Kadang ibu bapa sangat tabu bercakap soal sex dengan anak anak.Seatutnya ibu bapa yang main peranan pertama dedahkan anak anak dengan pendidikan sex.Ini bukan bermakna galakkan anak anak melakukan hubungan sex.



Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Time study dolu2 lectr I suruh kita bincang pasal sex education ni.. ada sorang classmate I chinese lelaki dia btau kitaorg yg sex education dia porn american..taktau lah dia saja bergurau ke apa..u see ramai org tak faham sex education ni apa sebenarnya maybe sebab tu lah derang kata syed ni support free sex..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2017 09:19 AM | Show all posts
dulu waktu sekolah, ada je kami diajar sex education ne.. siap guru tu bawa kondom lagik.. tapi since ada mak pak yg fefeling maksum, sekolah pun tak ajar dah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul jugak apa dia cakap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052425 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list