Gara-gara isteri mengerang nama lelaki lain ketika sedang tidur, suami yang berang telah bertindak menyembelih isteri ketika tidur sehingga mati. Wani, 25 tahun telah berkahwin dengan suaminya Anwar, 30.
Pasangan ini yang tinggal di Tebing Tinggi Medan, Indonesia telah dikurniakan seorang cahaya mata. Setelah mempunyi bayi pertama Anwar telah meminta Wani untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa menjaga anak mereka.
Manakala, Anwar akan berkerja mencari nafkah untuk keluarga. Tetapi, disebabkan berasa kesepian Wani secara senyap-senyap telah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya yang ditemui melalui media sosial Facebook.
Sejak menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih gelap, Wani sering kali dilihat kerap melayan Facebook. Hubungan Wani dan kekasih gelapnya itu semakin rapat sehingga mereka pernah berjumpa tanpa pengatahuan Anwar.
Tetapi, ‘sepandai-pandi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’ hubungan Wani dan kekasih gelapnya itu dapat dihidu oleh Anwar. Tidak bertindak melulu mengatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, Anwar mula menyelidik telefon bimbit isterinya itu dan membaca mesej-mesej cinta isterinya.
Kemarahan Anwar sudah sampai kemuncak apabila pada jam 2.30 pagi ketika isterinya sedang tidur, Wani mengerang menyebut nama kekasih gelapnya itu. Anwar yang mendengar isteri menyebut nama kekasih gelap berasa marah telah menyambil pisau di dapur dan menyembelih isterinya sehingga mati.
Tanpa berfikir panjang Anwar telah menyembelih leher isterinya sehingga hampir putus sebelum keesokan harinya dia telah bertindak untuk menyerah diri pada pihak polis.
Kejadian ini menggemparkan penduduk setempat dan rata-rata merasakan setiap suami pasti akan merasakan marah apabila mengetahui isteri yang dicintai menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain. Sudah mendapat suami yang bertanggungjawab dan baik. Isteri masih tidak tahu untuk menghargai suami dan bermain cinta di belakang suami. Jadilah isteri yang baik untuk suami dan mendengar kata suami.
Apapun, sebagai umat Islam kita tidak dibenarkan mengambil jalan mudah dengan membunuh. Walaupun isteri telah melakukan kesilapan dan kesalahan bawalah berbincang dengan isteri.
|