CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15066|Reply: 252

[Tempatan] Hapuskan Kelas Cemerlang: Arahan Jangan Asing Pelajar Ikut Pencapaian Akademik

  [Copy link]
Post time 20-11-2017 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 23-11-2017 10:20 PM

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah menghantar surat kepada sekolah-sekolah supaya ‘kelas cemerlang’ dihapuskan.

Keadaan itu bermakna sekolah-sekolah di ibu negara diminta supaya tidak lagi mengagihkan murid-murid kepada kelas berdasarkan prestasi akademik mereka.

Sinchew Daily melaporkan, surat yang dihantarkan kepada sekolah itu merupakan permintaan dan bukannya surat pekeliling.

Walau bagaimanapun, ia tetap merupakan arahan pengarah jabatan yang perlu dipatuhi oleh sekolah.

“Pengarah Jabatan mengharapkan tidak lagi berlaku pengagihan kelas berdasarkan keputusan akademik kerana dasar pendidikan mengutamakan kesaksamaan.

“Semua murid layak mendapat sumber yang sama. Arahan yang dikeluarkan bukan dalam surat pekeliling, tetapi ia memang merupakan hala tuju di bawah pelan pendidikan,” kata sumber.

Sumber berpendapat, arahan mengenai pengagihan kelas harus dilaksanakan secara berperingkat terutamanya kerana sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) telah melaksanakan ‘sistem pengalihan’ sekian lama.

“Pihak sekolah tiada masalah untuk melaksanakan arahan jabatan pendidikan, yang ada masalah ialah murid dan ibu bapa.

“Ini berlaku kerana murid yang biasa berada dalam ‘kelas cemerlang’ perlu dipindahkan ke kelas biasa yakni berpisah dengan rakan yang mereka sudah kenali,” katanya.

Kata sumber lagi, pihak sekolah tidak membantah penghapusan ‘kelas cemerlang’ kerana sistem sedia ada itu melabelkan ‘murid baik’ dan ‘murid tidak baik’ berdasarkan kelas mereka.

Beliau bagaimanapun mencadangkan penghapusan ‘kelas cemerlang’ dimulakan dengan murid baharu di tahun pertama manakala murid sedia ada dikekalkan dalam sistem  ‘pengagihan kelas’.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sokong. Nanti pelajar2 dari kelas cemerlang ni jadi sombong dan dan dari kelas "kurang cemerlang" rasa inferior pula
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:35 PM | Show all posts
budak budak kelas pandai memang berlagak sejak dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Seharusnya begitu.
Anak2 boleh pula nak memilih kawan.
Masa di kelas ke2, berkawan dengan si M.
Bila masuk kelas pertama, terus putus kawan dengan M sebab kawan kelas pertama awal2 dah ugut.. kalau berkawan dengan budak kelas belakang, kena pulau.
Ni kisah budak darjah 5-6 ya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ramai cikgu tak setuju.
Katanya susah nak mengajar.
Sebab mental cikgu pun dah diset...
Ajar kelas pertama & kedua, kena bersungguh2.
Ajar kelas hujung2, lebih kurang je dah la... budak2 tu pun bukan minat sangat belajar.

Cikgu pun....
Cikgu KPLI la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya pihak yg selalu keluarkan arahan eloklah masuk kelas dan mengajar supaya tahu apa yg dialami oleh guru dan tolong pilih sekolah yg ada ramai murid bermasalah dari segi akademik dan juga sahsiah supaya dasar yg ingin diperkenalkan akan dpt bertahan lama. Tlg jgn jadikan sekolah yg cemerlang sbagai kaji selidik sbb anda takkan tahu situasi sebenar yg berlaku di kebanyakkan sekolah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2017 03:40 PM | Show all posts
bab berlagak ni terbawa2 sehingga kerja
tu sebab ada kelompok elit Tingkat 4, lulusan Oxford dan Cambridge
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:43 PM | Show all posts
Sorry to say... budak2 yg tercorot ni selalu nye package dgn attitude... so, for me asing atau campur ade pro and cons masing2... but i opt for asingkan ikut kepandaian pelajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 03:45 PM | Show all posts
budak2 kelas cermelang selalu action, hari2 bawa makanan mewah kt sekolah. berlagak nak mati. baru sorok makanan dah sibuk ngadu kat cikgu displin. nasib baik kaka tak makan sebab dah tahu dia orang letak racun lipas
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:46 PM | Show all posts
Bila 'A'  jadi pegangan selama berpuluh2 tahun.. dan sebab "A' lah jadi ntah apa2 skrg... semua kerana 'A'
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tp boleh tgk dari sudut lain juga... salah satu sebab pengasingan kelas ialah kerana penerimaan pelajar tu berbeza..
katalah kalau budak yg pikap cepat... tp disebabkan ada pelajar yg lemah dlm kelas dan guru terpaksa mengulang byk kali.. pelajar yg pikap ni td mungkin akan jd bosan untuk menunggu rakan kelas yg lain...dan hilang minat untuk belajar. tu belum lg pelajar yg mmg tak berminat lgsg pegi kacau kawan2 yg ingin belajar... sy pernah jumpa situasi ni di sebuah skolah di tamam melawati..kesian tgk cikgu nya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:49 PM | Show all posts
Iols rasa tak tawu nak setuju ke tak

yg pernah jadi cikgu sekejap ke lama ke akan dpt rasa
kenapa kena separate kan ikut percapaian

Camni la iols nak bagi tawu

Anak2 zaman sekrng ni tahap IQ otak berbeza
mak pak theols sendiri pon tak perasan

IQ berbeza tu utk kecepatan dalm menerima pengetahuan
sebb apa iols rasa cam tu

situasi 1: Budak A darjah satu dah pandai ABC
dah pandai mengeja semua..dah pandai mengira

situasi 2: Budak B darjah satu ABC tak lancar
mengeja tak thu..dua suku kata tergagap2..kira tak pandai..

so dua situasi kaedah mengajar nya lain2..terlalu lain
sebb tu kalau perasaan sekrng ni nak masuk darjah satu dah kena amek test
ada yg tak stuju
tp bg iols benda ni perlu

sebb  generation sekrng berbeza IQ
cara mengajar pon berbeza

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:54 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 20-11-2017 03:43 PM
Sorry to say... budak2 yg tercorot ni selalu nye package dgn attitude... so, for me asing atau campu ...

tak boleh jgk...mana la tau yg tak berapa pandai tu dok bercampur dgn yg pandai, diroang ni boleh membawa attitude yg baik pd mereka2 ni. cuma jd big question sapa yg influnce sapa je. dgn cara ni di harap bdk2 yg kita hasilkan nnti bkn jenis yg hanya pandang ke atas sampai lupa yg di bawah.

pendidikan atas dasar kesaksamaan - good move.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:56 PM | Show all posts
rasanya salah 1 sbb asing pelajar cemerlang  / kurang cemerlang adalah sbb;

pelajar cemerlang lg cepat faham masa cikgu mengajar..
pelajar kurang cemerlang ambik masa sikit nk faham..
jg cikgu akan lebih tumpuan pd murid2 kurang cemerlang... itu yg saya dgr..
so cikgu akan mengajar ikut kemampuan dan tahap pemahaman murid2

kena kaji betul2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 20-11-2017 03:38 PM
Mesti ramai cikgu tak setuju.
Katanya susah nak mengajar.
Sebab mental cikgu pun dah diset...

Sepatutnya terbalik. Bila dah dikelaskan cikgu boleh beri penumpuan lebih pada yg lemah. Tapi kadang2 budak2 kelas bawahan ni bkn lemah belajar sgt masalah disiplin yg lebih buruk Dan ibu bapa pun Tak nak beri kerjasama. Jadi sudahnya terbiar..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 04:00 PM | Show all posts
dia bukan nya sebab masalah status akademik...masalahnya bila guru nak focus mengajar....bukan nak bezakan kelas pandai / x pandai....bila guru mengajar kelas tu, dia tau apa yang pelajar tu kurang...

cuba bayangkan budak yang bermasalah tu 2-3 org....bila tak dapat catch-up apa yang diajar, cikgu tu kena fahamkan 3 org tu...worst come to worst, kena spend masa pulak utk fhmkn 2-3 org tu instead dia boleh forward n ajar benda lain pulak for the whole class...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 04:06 PM | Show all posts
ada pro and con
kang bdk kelas blkg most of them nakal
pastu mentality cikgu pun lain utk kelas depan n kelas blkg
so byk perkara kena tgk n diperbetolkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pisahkan mereka yg nak belajar dgn taknak belajar

Satu lagi polisi bodoh daripada bm, satu bentuk idea "equality" daripada socialist bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 04:19 PM | Show all posts
Baguslah campur ni. Budak yg pandai boleh ajar budak yang kureng sikit. Kadang2 budak yg kureng ni malu nak tanya kat cikgu2. Dengan member2 ok jer. Kalau semua dah kureng satu kelas, cikgu kena ngajar doublekan usaha.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 04:22 PM | Show all posts
pernah tanya anak pasal kelas pelajar tidak cemerlang mcm kelas2 belakang, cikgu diorg cakap kelas2 belakang camtu terdiri dari pelajar yg tak minat belajar. kalau dicampo pun dgn pelajar cemerlang diorg tetap akan berkumpul satu kumpulan sesama diorg.
kata cikgu, kelas belakang bila diberi latihan/ujian pun diorg tak buat. makanya hanya dikelaskan kelas yg berasaskan prektikal seperti kelas sains rumahtangga / pertukangan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066576 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list