CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4710|Reply: 14

Harus Cuba Apam Balik Red Velvet Yang Menawan Lagi Menggiurkan Ini!

  [Copy link]
Post time 20-11-2017 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Sejak awal ia popular, Red Velvet menjadi 'idola' para pencinta kulinari. Mana taknya, kebanyakan pencuci mulut hari ini didominasi dengan warna merah.


Kebiasaannya, Red Velvet boleh didapati dalam bentuk kek, kek cawan, macaroon dan banyak lagi.




Foto: Sweet & Savory/ChefSteps




Sementara itu, apam balik juga merupakan makanan kegemaran orang ramai. Malah, terdapat pelbagai variasi olahan resipi apam balik yang boleh didapati dari apam balik coklat hinggalah apam balik pulut hitam.




Foto: Curious Nut




Dan jangan terkejut kerana apam balik juga sudah di-upgrade dan kini Indonesia sedang trending dengan Apam Balik Red Velvet!


Macam mana pula rupa apam balik itu ya? Jom kita tengok resipinya!




Foto: martabakjitoe - blogger






Bahan:
75 gram (g) tepung serbaguna
75 g tepung protein tinggi
30 g gula aising
5 g susu serbuk
5 g serbuk koko/coklat
1/4 sudu teh serbuk penaik
220 ml air
Pewarna merah secukupnya
1/2 sudu teh cuka
1/2 sudu teh soda penaik




Foto: DREAM.CO.ID






Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kecuali cuka dan soda penaik ke dalam mixer dan putar sehingga sebati.
2. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dan soda penaik. Kemudian, masukkan ke dalam adunan tadi dan putar sebati.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit.
4. Panaskan non-stick pan menggunakan api kecil.
5. Tuangkan adunan ke dalam kuali dan ratakan.
6. Apabila adunan sudah berbuih atau separuh masak, taburkan gula secukupnya dan tutup dengan penutup kuali. Biarkan hingga apam balik masak.
7. Angkat dan sapu permukaan apam dengan mentega serta keju cheddar parut (boleh tambah topping mengikut cita rasa seperti kacang gajus atau oreo dan sebagainya).
8. Letak sedikit susu pekat supaya topping dan apam balik melekat harmoni.
9. Lipat dua apam balik dan sapu dengan mentega sebelum dipotong. Siap dinikmati!









Sedap ke rasanya? Kalau nak tahu, kenalah cuba sendiri resipi ini di rumah! Selamat maju jaya! - CARI




Kredit resipi: Putri Miranti/Kokiku.tv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 05:57 PM | Show all posts
susu serbuk tu aka susu tepung la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 06:19 PM | Show all posts
Bolehlah nanti cuba kalau rajin.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun Sedapnye apam balik
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Emmm letak pewatna merah je kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:24 PM | Show all posts
Hari tu gi Bandung ada jual apam balik mcm2 perisa. Ada yg letak coklat, cheese,peanut butter,mcm2 lah. Tp aku x brp suka,rasa muak pula. Lg suka apam blk biasa yg nipis tu. Crunchy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2017 09:27 PM | Show all posts
yg ori jugak sedap for me.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Apam balik sabah juga paling sedap. Lots of planta, tak perlu jagung tin. So yummy!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 11:16 PM | Show all posts
Still prefer yang ori.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam-macam makanan urban masa kini
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:24 AM | Show all posts
apam balik ori juga jadi pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut tengok pewarna merah sgt
Mcm boleh stain gigi kalau makan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:48 AM | Show all posts
HARUS CUBA NI. NAMPAK SGT SEDAP..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:03 PM | Show all posts
Aku suka apam balik bini aku je. Not local taste k.

Kui3x
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 01:53 PM | Show all posts
red velvet idaman hati ku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066455 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list