CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4299|Reply: 8

[2017] Langsuir Versi Twilight Osman Ali?

[Copy link]
Post time 21-11-2017 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Lari dari pelakon kegemaran, Osman gandingkan Hannah Delisha dan Syafiq Kyle.




Hannah Delisha dan Syafiq Kyle teraju utama Langsuir. (Pic: Mohamad Bakar)

Buah tangan terbaru pengarah prolifik, Osman Ali menerusi filem Langsuir kalau diteliti satu persatu sebenarnya membuka banyak sisi berbeza berbanding karyanya sebelum ini.

Malah filem sulung terbitan syarikat Guam TeamWork Sdn Bhd dengan kerjasama produksi milik Osman sendiri, Nuansa Films ini sebenarnya melawan arus daripada pendekatan biasa yang sering dipraktikkan anak kelahiran Pulau Langkawi itu dengan menampilkan gandingan baru lagi sensasi Hannah Delisha dan Syafiq Kyle.

Pernah beberapa kali menggunakan khidmat nama pelakon yang sinonim dengannya seperti Maya Karin, Remy Ishak, Bront Palarae, Aaron Aziz, Izara Aishah, Fahrin Ahmad, Lisa Surihani dan Farid Kamil, karya Langsuir yang juga naskhah ke-12 filem arahannya membuka dimensi serta terjemahan tersendiri selain keberanian beliau mengetengahkan pelakon baru.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2017 09:49 AM | Show all posts

Penggambaran di Pulau Langkawi.


Penggambaran filem genre remaja, seram, komedi, fantasi, romantik yang memakan kos RM 1.5 juta itu memakan masa sebulan bermula sejak pertengahan September hingga Oktober lalu. Penggambaran diadakan di Pulau Langkawi.


“Saya cuba mencari dan melakukan kelainan untuk Langsuir. Saya cuba lari daripada kebiasaan. Tambah pula cerita ini sasaran utamanya kepada penonton remaja, saya lihat wajah baru dan segar daripada pelakonnya itu bertepatan. Macam filem Barat, Twilight pun menggunakan resipi sama menampilkan bakat muda.


“Malah Hannah dan Syafiq sendiri tak pernah bekerjasama saya.  Ini juga filem pertama lakonan mereka. Senarai pelakon pun kalau dilihat kembali, memang saya sendiri tak terfikir nak ambil mereka berlakon. Saya tak gunakan pelakon bertaraf superstar kali ini. Namun di sebalik semua itu, pelakon baru untuk filem ini ada semangat dan rasa hormat yang tinggi untuk merealisasikan apa yang saya ingini.


Suka dengan lakonan Hannah dan Syafiq.


“Saya sendiri jadi seronok mahu mencabar dan membentuk mereka ini. Bukan senang contohnya bagi Hannah dan Syafiq untuk berlakon di dalam paya bakau serta lumpur. Ini kerana selama ini mereka lebih kepada lakonan cerita moden. Tapi dengan apa yang mereka sudah berikan, saya percaya Hannah dan Syafiq khususnya sudah melepasi ujian itu,” kata Osman yang kali pertama mengarahkan filem komersial Puaka Tebing Biru pada tahun 2007.


Ditanya mengenai pemilihan hero dan heroin berkenaan, Osman sendiri secara jujur gemar melihat gandingan dua pelakon itu ketika mereka berlakon di TV. Kedua mereka terlebih dulu mencipta fenomena menerusi drama adaptasi novel, Mencintaimu Mr Photographer.



Puji komitmen pelakon.


“Macam Hannah sendiri ketika sesi uji bakat lagi sudah nampak yang watak hantu Langsuir itu sesuai dengannya. Dia boleh berlakon dan menyanyi. Watak Langsuir itu juga digambarkan mempunyai suara yang merdu. Cuma selepas itu, saya terfikir siapa pula gerangan hero yang layak dipadamkan dengannya. Ketika itu, terdetik siapalah yang patut berlakon dengannya.


“Oleh kerana filem ini bercorak remaja, jadi awalnya memang disenarai pendekkan beberapa orang hero remaja. Salah seorang daripada mereka terdiri daripada Syafiq Kyle sendiri. Kedua mereka juga menjadi pilihan pertama saya.


“Selepas diputuskan, ramai yang menyambut baik mereka disatukan sekali lagi. Malah sokongan peminat kedua artis ini juga sangat jitu. Ikutkan juga sejak melihat mereka berlakon drama Mencintaimu Mr Photographer lagi saya gemar melihat keserasian mereka. Ketika sesi latihan filem ini diadakan pun, saya sudah tertarik dengan keserasian mereka,” katanya yang memuji prestasi mereka lakonan Hannah dan Syafiq yang dilihat sangat konsisten serta ‘memberi’.




Turut perkenalkan tempat pelancongan.


Seperti beberapa buah filem arahannya yang mengambil latar tempat di Langkawi, Langsuir juga menjalani penggambaran di situ 100 peratus.


Malah Osman dan krew juga turut meneroka beberapa lokasi di sana yang sudah ditinggalkan lama seperti Gua Langsir. Antara lokasi lain yang digunakan ialah Gua Tembus, Pantai Talam Dua Muka dan Teluk Datai.


“Sekalipun berdepan dengan masalah logistik serta cuaca yang tak menentu, Alhamdulillah filem ini berjaya disiapkan. Masalah ini sebenarnya dari awal mencabar diri saya sendiri. Pelbagai persoalan mula timbul termasuk bolehkan penggambaran diselesaikan dalam ruang waktu yang dirancang.


“Faktor cuaca memang cabaran terbesar. Hujan, ribut, taufan semua cukup lengkap. Pihak kami juga berdepan dengan masalah lokasi. Jujur terkilan dan tak faham apabila ada lokasi yang kita nak gunakan tak mendapat kerjasama pihak tertentu. Sebelum ini pun saya selalu mempromosikan Langkawi dalam filem.


“Sebelum ini saya dapat tahu ada yang datang ke Langkawi dengan memberi rujukan lokasi seperti mana dipaparkan dalam filem saya. Saya percaya secara tak langsung filem juga menjadi medium untuk mempromosikan pelancongan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
langsuir tu hannah delisha?? Aku pun sanggup kejar hantu tu haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 10:34 AM | Show all posts
mesti banyak adegan buka-bukaan dan berkemban choyyyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2017 12:37 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 21-11-2017 09:58 AM
langsuir tu hannah delisha?? Aku pun sanggup kejar hantu tu haha



ye lah tak osman ali pulak


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 01:36 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 21-11-2017 09:58 AM
langsuir tu hannah delisha?? Aku pun sanggup kejar hantu tu haha

hihi...macam maya karin dgn watak mariam tu...sampai sekarang teringat mata mariam dia..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sesuai dgn muka panjang dia...
memang sesuai jd langsuir... aku selalu bayang langsuir ni muka panjang bujur ala ala kuza dan sasqia dahuri
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 02:33 PM | Show all posts
mesti ada watak langsuir pakai baju putih baru lepas dobi terbang dalam hujan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2017 05:18 PM | Show all posts
sekngucing replied at 21-11-2017 03:37 PM
sesuai dgn muka panjang dia...
memang sesuai jd langsuir... aku selalu bayang langsuir ni muka pan ...

hahha. betul tu u, sebab mata die tu kannn.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.106888 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list