CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8584|Reply: 72

[Jenayah] LHDN pun kantoi: sewa bangunan RM680,000 sebulan di darul bosit

  [Copy link]
Post time 21-11-2017 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by memeque12 at 21-11-2017 10:01 AM



Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyewa bangunan Menara CDO di Kuantan berdasarkan kadar pasaran sewaan bangunan pejabat di sekitarnya, kata Kementerian Kewangan.

Menurut kementerian itu, kadar berkenaan juga ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Perkara itu dinyatakan Kementerian Kewangan ketika menjawab soalan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) yang meminta kementerian itu menyatakan rasional bangunan LHDN disewa dengan bayaran RM680,000 sebulan.

"Rasional keputusan menyewa Bangunan CDO adalah disebabkan ruang pejabat lama di Kuantan Centre Point yang diduduki sejak 2001 tidak lagi mampu menampung pertambahan bilangan staf, pelanggan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDN saban hari.

"Oleh itu, penyewaan bangunan CDO adalah sesuai kerana bangunan ini berkeluasan 203,455.47 kaki persegi merangkumi 13 tingkat ruang pejabat dan 2 tingkat parkir bawah tanah bagi menempatkan pejabat pengarah negeri Pahang, LHDNM cawangan Kuantan dan LHDNM cawangan siasatan Kuantan," jelas kementerian itu.

Menurutnya, bangunan itu juga mampu menyediakan ruang kerja kepada 260 orang pegawai termasuk pegawai sambilan dan pegawai kontrak di samping menyediakan kemudahan yang lebih kondusif kepada pelangan yang berurusan dengan LHDN.

"Bayaran kadar sewaan adalah meliputi sewaan ruang pejabat, perabot dan peralatan, insuran kebakaran, pembaikan kerosakan dalaman dan luaran bangunan, penyelenggaraan ruang pejabat, bayaran cukai pintu dan cukai tanah, penyediaan parkir bawah tanah bangunan serta kelengkapan lain seperti sistem keselamatan, sistem teknologi maklumat dan sistem elektronik voltan rendah," jelasnya.

Menara CDO dimiliki oleh sebuah firma swasta, CDO Resources Sdn Bhd.
Ketika dihubungi, Fuziah mempersoalkan mengapa LHDN menyewa dari syarikat swasta dan bukannya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau firma milik kerajaan.

"Atau mengapa tidak LHDN mengambil tanah dari kerajaan negeri Pahang dan membina sebuah pejabat?

"RM680,000 sebulan adalah jumlah wang yang banyak," katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2017 10:06 AM | Show all posts
lebih 8 juta setahun spend utk sewa.. kenapa nk bina je bangunan sendiri?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2017 10:11 AM | Show all posts


RM8.16juta x 6 tahun = RM50 juta sewa tak termasuk GST lagi
hmm...ok...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 10:13 AM | Show all posts
aku rasa ni atas arahan je suh doh sewa situ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 10:26 AM | Show all posts
kalau 3 tahun dah boleh bina bangunan sendiri

bodohnya buang duit sesaja
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan owner bangunan adalah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2017 10:38 AM | Show all posts
takde isu pun hal ni ...penyewaan dibuat berdasarkan keperluan semasa..kalau nak buat bangunan akan ambil masa yang lama....kalau nak beli bangunan di prime location akan melibatkan ratusan juta...sebab tu mostly bangunan kerajaan terletak di prime location...yang penting rakyat didahulukan....pepun mmg ikut prosedur..kena kelulusan MOF, JPPH, BPH, JPBM, CGSO...yang paling penting..kadar sewa akan dipantau oleh JPPH supaya sama atau kurang berbanding harga pasaran...berdasarkan Pekeliling JPM bIL.3 /2011 (Prosedur penyewaan ruang pejabat kerajaan)

http://www.jpm.gov.my/jpm2/sites/default/files/Surat Pekeliling Am Bil 3 Tahun 2011.pdf

sumber

Makcik cleaner
JPM
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 10:43 AM | Show all posts
ha..mai kita audit LHDN plak

sebok menngetax orang..diri tu apa citer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2017 10:45 AM | Show all posts
amboi mahal gilo ,,,,,,,,,,, bo beli sebiji umah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 10:55 AM | Show all posts
xpala..income besar tiap tahun sampai boleh bagi bonus 3 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
memeque12 replied at 21-11-2017 10:11 AM
RM8.16juta x 6 tahun = RM50 juta sewa tak termasuk GST lagi
hmm...ok...


Kiranya RM3.3 per kaki persegi.
Takde la mahal kot.
Harap termasuk la caj maintenance semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2017 11:20 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 21-11-2017 11:18 AM
Kiranya RM3.3 per kaki.
Takde la mahal pun.
Harap termasuk la caj maintenance semua.

bai, kontrak 6 tahun jumlahnya 50 juta. dan logik mana lhdn negeri perlu bangunan sebesar begitu? nak tampung jumlah pekerja yang lebih? taik lembu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
memeque12 replied at 21-11-2017 11:20 AM
bai, kontrak 6 tahun jumlahnya 50 juta. dan logik mana lhdn negeri perlu bangunan sebesar begitu?  ...

Memang tak logik pun nak office sebesar gitu.
Tapi sis rasa orang lhdn ni tau ke pasal space planning bagai?
Yang dia orang tau, “bukan duit aku, bukan duit bapak kau”.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:33 AM | Show all posts
LHDN duit banyak...aper derhal
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:13 PM | Show all posts
bkn ramai pn staff lhdn, bdk2 muda tk minat keje situ, psl keje kutip cukai tu mmg dilaknat

https://www.youtube.com/watch?v=IyFKhI9w_jM


patut bina aja ofis dlm kontena, sambung2 jadi 10 biji kontena, letak tepi jln sudah
seketul kontena siap modified baru belas ribu.

membazir aja,
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kroni lagi buat untung atas angin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2017 12:32 PM | Show all posts
bazir je, baik buat bangunan sendiri daripada menyewa
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:41 PM | Show all posts
patut ler..asyik mintak segala dokumen lama2
segala benda mintak balik punya la nk cari klau2 ada yg terlepas pndang
kut2 ada yg x bayar income tax
jenuh nak cari segala bil/dokumen lama..
kdg menyampah pulak..
asyik nak query org jerk


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lhdn besar kepala. Sibuk nk kacau org. Lupe nk selak kain sdri
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 12:51 PM | Show all posts
apa nak dikira..bukan duit aku...duit rakyat semua la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.268471 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list