CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 21991|Reply: 67

Nelydia Senrose Simbol Seks?

[Copy link]
Post time 22-11-2017 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Siapakah artis Malaysia paling cantik dan terseksi? Setiap orang ada pilihan tersendiri  dan ianya sesuatu yang subjektif! Dari pandangan mata saya tentulah orang ini! Apa yang menarik tentang gadis ini? Setiap foto peribadi yang dimuat naik dalam media sosial sentiasa menjadi perhatian netizen, sama ada kutukan atau pujian bertalu-talu berdasarkan dari penampilannya.


Pertama kali bersua dengan gadis berusia 23 tahun, kacukan Siam dan Melayu ini di sebuah café  Wangsa Walk, Kuala Lumpur. She is strikingly beautiful…Gadis itu sedang menikmati makan tengah hari,  kiew tiau goreng! Ditemani seorang actor kacak (Tak payah lah tulis nama kat sini, tapi pemuda itu memang hot!).


Aktor yang kukenali itu menjemput duduk. Terlintas ada beberapa persoalan yang sedang bermain di minda, siapakah si cantik ini! Akupun duduk dan mula berbual santai.


Nelydia Senrose Simbol Seks?




Ya, Inilah artis Malaysia yang berada di dalam carta teratas, antara artis  paling cantik dan terseksi dalam industri  berdasarkan kategori umur dan pembabitannya.  Nelydia Senrose atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen yang sedang menjadi tumpuan ramai peminat  terutama lelaki disebabkan kecantikannya.


Raut wajahnya tidak menampakkan seorang sebagai gadis Melayu tetapi lebih kepada Pan Asian! Bentuk tubuhnya indah sekali, mantap dan padat! Berkulit cerah dan mulus. Wajahnya sesuai untuk pertandingan ratu cantik, sedikit berisi dan tidak cengkung. Suka sangat muka dia…
  
Kebetulan pelakon  yang membintangi serial drama TV popular,  `Setia Hujung Nyawa’ dan `Bukan aku Tak Cinta’ ini membuatkan aku teruja! Sepotong nama itu sedang melonjak di pasaran! Seorang gadis yang lembut dan tertip! Kebanyakan artis perempuan seangkatan dengannya nampak tergedik gedik hendak cari perhatian ramai, kalau tidak orang tak kenal kan?  But not her! Patutlah ramai pelakon lelaki pasang perangkap!!!  


Adik kepada pelakon berwajah seiras Uqasha Senrose ini bukan sekadar memiliki wajah cantik tapi juga pintar. Terbukti  dia memiliki ijazah dalam bidang psikologi. Dalam kerjayanya, sebagai anak seni, di tangannya ada 16 buah drama dan telefilem, sementara aksi di layar perak pula  `Cinderela ( 2013), Mat Tudung ( 2014) dan `Jebat’ ( 2017). Siri Tv,` Strawberry Karipap: Sesat di Paris’ dan sinambungannya `Strawberry Karipap: Hello Gold Coast ’. Bukanlah peranan yang baik boleh mengukur kemampuannya beraksi di depan kamera, lebih kepada penyeri filem. Insyallah, filem `Jebat’  ada peningkatan dalam kerjaya seninya.


Nelydia Senrose Simbol Seks?



Nelydia pernah memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015, katogeri Hero & Heroin Pilihan bersama  Shanaz Ahmad. Patutlah sepadan kerana ketika itu dikabarkan mereka sedang hangat bercinta! Memang ngam! Sejauh mana hubungan itu, tanyalah tuan punya badan ya!  


Percintaan  Nelydia sering jadi ‘bumbu sensasi’ oleh media tempatan! Percintaan dengan Qi (pengacara  & pelakon) paling banyak diprebiukan.  Sekejap jadi, sekejap menafikan, akhirnya terputus di tengha jalan. Hangat jugalah kisah cinta mereka ini. Macam dalam skrip drama gitu! Namun,  perbezaan  jarak usia 16 tahun bukanlah faktor perpisahan mereka..


Imbas kembali. Pelakon ini  mula berlakon sedari usia 13 tahun melalui siri Spa Q pada 2007. Mula berkawan dengan Qi sejak sama-sama berlakon dalam drama `Friday I’m In Love’. Hubungan tersebut turut menimbulkan kontroversi apabila Nelydia didakwa menjadi punca perpisahan Qi dengan penyanyi Yuna. Namun Qi menafikan dakwaan itu.


Timbul pula cerita bercinta dengan pelakon Shanaz Ahmad. Juga tidak pengesahan atas status hubungan mereka, dan akhirnya pelakon macho itu berkahwin dengan orang lain dan kini hidup bahagia.


Kemudian timbul gosip cinta berprofile tinggi dengan usahawan berjaya dan bekas suami Fasha Sandha. Gadis cantik ini menafikan sekeras-kerasnya. Dia masih muda dan perlu mencarilah pasangan yang sebaya!


“Terus terang, buat masa ini saya selesa bersendirian dan tidak mahu fokus fasal cinta. Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi,” kata Neldia.


Aktiviti mengundang sensasi! Kebanyakan selebriti lain memilih untuk menjual minyak wangi dan pakaian Muslimah, tapi dia lebih berani dan  merancang hendak mengeluarkan pakaian tidur. Koleksi di bawah jenama Impian by Neldia pasti menarik perhatian ramai. Tidak pastilah sama ada Nelydia yang akan menjadi model pakaian tidur itu.  


Nelydia Senrose Simbol Seks?



“Saya memutuskan untuk tampil dengan perniagaan baju tidur kerana ia begitu dekat dengan diri. Saya sukakan baju tidur, malah pendek kata, semua golongan wanita menyukainya.

“Cuma, saya rasakan sebelum ini tidak ramai orang yang berani membicarakannya secara terbuka. Tiada salahnya pun untuk menjual baju tidur. Malah, kalau dilihat pasaran luar negara, ia bukan lagi perkara asing. Ada jenama luar yang begitu dekat di hati wanita Malaysia. Jadi, kenapa tidak saya sendiri keluarkan barangan sama?” katanya kepada X-POSE.


Meskipun ini merupakan cubaannya yang pertama dalam bidang perniagaan, Nelydia nampaknya optimis dengan apa yang dilakukannya. Malah, segala seleksi material untuk pakaian tidurnya dibuat dengan teliti olehnya.


“Impian saya adalah untuk berjaya dengan perniagaan ini dan melihat semua wanita di luar sana memakai pakaian tidur yang cantik”.,


Pasti ramai yang tertanya-tanya, adakah Nelydia sendiri akan menjadi model untuk pakaian tidur yang dibuat dari bahan satin lembut dengan hiasan renda-renda dalam potongan serba minimum itu kelak? Oh, maaf aku terlupa nak tanya, nak tahu… tunggu perkembangan seterusnya!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo dia ade degree. Ok impressive
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:44 AM | Show all posts
sheols mmg cantik la.. mata dah la besar n warna coklat2.. berlakon pun pandai.. masa dia belakon ngan sanaz dulu cite Bukan Aku tak Cinta, ai minat sangat la, jadi gedik mengada2 manja menggoda menjadi, berlakon marah, sedih semua pun menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:55 AM | Show all posts
jihan muse punya muka nak macam dia ni aku nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara nelly & ungkasya , iolls pilih nelly.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
motip ijara dengan kilaperari dipinggirkan nek hayam richie?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2017 12:08 PM | Show all posts
Nelly cantik
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak dinafikan... gebu betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 12:19 PM | Show all posts
suka lakonan nelly lagi2 dalam drama setia hujung nyawa dan bukan kerana aku tak cinta... chemistry dgn pasangan hero mmg umphhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:21 PM | Show all posts
Penat je izara dan tekya tayang tetek tapi x dicop artis terseksi malaysia

BTW bagi meols nelly x seksi pun, tapi pembawakan diri orang nampak seksi. Jarang nelly pakai seksi. Tak mcm uqasha.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bila masa dia belajar
betul ke degree psikologi
tak mention pulak uni mana
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
I pn minat nelly jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
raisya boleh laaaa...tp muka garang..x lmbut mcm kakak2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka yg effortlessly sexy bagi mak cik puteh....zahirah mcwilson
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:42 PM | Show all posts
memang lengkap pakej nelly ni
nampak lebih sopan & behave berbanding uqasha
takdelah seksi sangat pun pemakaian dia....tapi sebab body dah mmg hot, pakai sopan pun nampak seksi
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka Nelly ni sgt contra dengan Uqasha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 12:54 PM | Show all posts
penangan kacukan tomyam dan budu. belum tengok lagi kacukan bauksit dan tempe
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
setiap kali iols baca penulisan hakak richie ni msti mata iols ni cam nak katup2 ja.. neway, iols tgk nelly ni since blakon sepakQ lg.. ni ala2 scarlett johannson la mbesar terus jd sex symbol..wat about acik zila bakarin
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
putehkundor replied at 22-11-2017 04:39 AM
Muka yg effortlessly sexy bagi mak cik puteh....zahirah mcwilson

Setujuk dgn makcik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 01:01 PM | Show all posts
ye betul tu..... this girl really pretty....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.095811 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list