CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 740|Reply: 5

[Tempatan] 20 individu tempatan ditahan kerana kumpul dana pengganas Daesh.

  [Copy link]
Post time 22-11-2017 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-11-2017 02:09 PM


20 individu tempatan ditahan kerana kumpul dana Daesh22 NOVEMBER 2017







KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 20 suspek warga tempatan yang terbabit dalam kegiatan pembiayaan aktiviti pengganas sejak tahun lalu, kata Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mudin Pitchay.

Beliau berkata suspek berusia antara 20 dan 40 tahun itu bergerak secara individu dipercayai menyalurkan dana dalam jumlah yang kecil kepada kegiatan pengganas Daesh untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Pembiayaan pengganas itu dalam jumlah yang kecil sekitar RM200 ke RM2,000 menggunakan transaksi bank.


Suspek ada yang telah didakwa di mahkamah, dikenakan tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dalam Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Pengganas Kali Ketiga 2017, di sini hari ini.

Menurutnya, PDRM akan terus memantau kerana yakin terdapat ramai lagi yang terbabit secara individu dalam menyalurkan dana kepada kegiatan Daesh dan kumpulan keganasan.

Dalam pada itu, Ayob berkata pihak PDRM juga akan memantau organisasi bukan berasas  keuntungan (NPO) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini untuk memastikan tidak berlaku penyaluran dana kepada pergerakan Daesh dan pengganas.
“Kita memantau mana-mana NPO dan NGO yang cuba untuk menyalur dana dan bersimpati dengan perjungan Daesh selepas kejatuhan mereka di Raqqa (Syria) dan Mosul (Iraq),” katanya.

Menurutnya, walaupun belum ada sebarang kes pembabitan NPO dan NGO di negara ini, namun pihaknya sentiasa mengumpul maklumat perisikan agar kegiatan itu dapat dikekang.

Sementara itu, Ayob berkata kini kegiatan pengganas menggunakan pendekatan 'wolf pack' atau dalam kumpulan maksimum enam orang selain “lone wolf” (gerakan sendirian) untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.


Beliau berkata penahanan tiga suspek termasuk pelajar sekolah tingkatan enam kerana disyaki terbabit  kegiatan keganasan di Pasir Putih, Kelantan, pada 10 Oktober lalu adalah contoh gerakan pengganas secara “wolf pack”.

Katanya, kesemua mereka disyaki terlibat dalam merancang melakukan serangan di Better Beer Festival 2017, pusat hiburan dan rumah ibadat di sekitar Lembah Klang menggunakan  'Improvised Explosive Device' (IED) yang dihasilkan sendiri. –Bernama
http://www.sinarharian.com.my/semasa/20-individu-tempatan-ditahan-kerana-kumpul-dana-daesh-1.761013


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2017 09:27 PM | Show all posts
@Defcon2

.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 09:38 AM | Show all posts

Apa nak heran bro. Siapa yang wujudkan dan biayai Daesh kalau bukan pengganas Kristian Amerika sendiri. Ini diakui sendiri oleh calon presiden US, Hillary Clinton.

Jadi kalau nak selesaikan isu Daesh ni senang aje, selesaikan punca dia iaitu pengganas kristian Amerika. Aku rasa aku dah cakap benda ni berkali-kali  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2017 05:56 AM | Show all posts
Defcon2 replied at 22-11-2017 05:38 PM
Apa nak heran bro. Siapa yang wujudkan dan biayai Daesh kalau bukan pengganas Kristian Amerika sen ...

Krik..krik..krik
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:01 AM | Show all posts

Takkan krik krik saja. Pengganas Kristian yang jahat dah merosakkan dunia dengan pelbagai masalah kau boleh krik krik saja?

Sekarang aku tahu tahap pemikiran kau setakat mana.  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2017 11:13 AM | Show all posts
Defcon2 replied at 23-11-2017 07:01 PM
Takkan krik krik saja. Pengganas Kristian yang jahat dah merosakkan dunia dengan pelbagai masalah  ...

Kamu kata kalau kamu jadi penagih dadah kamu akan salahkan pengedar dadah sebab jual dadah kepada kamu. Kalau kamu jadi pengedar dadah kamu nak salahkan siapa?


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.090322 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list