CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7141|Reply: 82

[Tempatan] Bukan Daging Babi, Tapi Daging Kerbau Beku Dari India

  [Copy link]
Post time 23-11-2017 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 23-11-2017 10:17 PM

Bukan Daging Babi, Tapi...

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/11/23/bukan-daging-babi-tapi/

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 10:45 AM

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
iwan@thestar.com.my




PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis berhubung dakwaan seorang suri rumah bahawa daging yang dibeli suaminya dikhuatiri daging babi.

Ketua pegawai penguatkuasanya, Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, pemeriksaan di sebuah pasar di Selayang itu dibuat oleh empat pegawainya yang turut disertai pengadu pada pagi sehingga tengah hari Rabu.

Katanya, keterangan peniaga dan pengadu telah dirakamkan dan sampel daging di premis tersebut diambil untuk pemeriksaan.




"Bagaimanapun, sampel daging yang diambil di gerai peniaga itu bukan daging babi tapi daging kerbau. Menurut keterangan peniaga, daging yang dijual di premis itu adalah daging kerbau beku yang diimport dari India.

"Peniaga turut mengemukakan resit pembelian daging yang dibeli daripada pemborong. Sampel daging di premis peniaga akan dihantar untuk pemeriksaan pakar bagi mengesahkan sama ada ia mengandungi kandungan atau campuran daging babi," katanya kepada mStar Online.




Kisah ini tular apabila pengadu, Mazliana Abdul Manap, 35, pada Isnin, memuat naik posting di Facebook apabila dia was-was melihat warna dan tekstur daging yang dibeli oleh suaminya di sebuah pasar di Selayang minggu lepas yang dikhuatiri daging babi.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Yusof memberitahu sampel daging yang didakwa daging babi itu tidak dapat diambil kerana pengadu telah membuangnya.

"Kita ada minta sampel daging yang didakwa pengadu dikhuatirinya daging babi tetapi dia mendakwa telah membuangnya sebab was-was kalau simpan di peti sejuk dan busuk jika diletakkan di tempat lain," katanya.

Dalam pada itu Wan Mohd Yusof berkata, berdasarkan pemeriksaan, pemilik premis dan pekerja adalah warga tempatan, yang menjual daging kerbau dan ayam proses.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pengesahan daripada pakar dan pihak berkuasa sekiranya was-was terhadap daging atau makanan yang dibeli.

"Janganlah menguar-uarkannya sebagai daging babi terutama di media sosial sebelum mendapat kesahihannya terlebih dahulu.

"Jika tidak, ia nanti akan menimbulkan kekecohan dan hanya menjadi fitnah sekiranya dakwaan itu tidak benar," kata Wan Mohd Yusof.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 11:30 AM | Show all posts
menjawabla galak sgt nak like
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:31 AM | Show all posts
itu suri rumah mental akibat kekurangan ngesek
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
jadi, adakah pelanggan mulayu yg dengki dan sangap like? kita nantikann..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:35 AM | Show all posts
daging babi macam tu ke? bukan warna dia putih2 skit ka?
Tengok macam daging lembu jah...

Bengong...skit2 nak post kat fb...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:36 AM | Show all posts
isk..kalau aku jadi pompuan tu, aku terjun klcc bunuh diri...malu mana nak taruk muka...dengan confidennya dia viral kan,,end up,,salah fakta...tp aku mcm rasa betina tu maid indon...yelah,sbb bodoh semacam je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2017 11:36 AM | Show all posts
suri rumah otak tahap lubang jamban awam
main google, ingatkan pernah la makan daging babi tadi

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:42 AM | Show all posts
"Kita ada minta sampel daging yang didakwa pengadu dikhuatirinya daging babi tetapi dia mendakwa telah membuangnya sebab was-was kalau simpan di peti sejuk dan busuk jika diletakkan di tempat lain," katanya.

Dalam pada itu Wan Mohd Yusof berkata, berdasarkan pemeriksaan, pemilik premis dan pekerja adalah warga tempatan, yang menjual daging kerbau dan ayam proses.



moralnya, jgn galak sgt nk buh kat fb, siasat dlu! lps tu kalau dh sahih sgt mmg ko kompem dgg babi, ko simpan yg ko beli tu x pyh acah2 susah nk samak lah peti sejuk. kang ade yg kata KPDNKK mse check tu, diorg dh buang daging vavi tersebut n ganti dgg lain plk. seeloknya btl2 simpan dgg yg disyaki vavi tersebut dlm peti ais. xpyh jijik sgt kak oi, kalau terbukti akak mmg di pihak yg benar, anggaplah kakak dh buat pahala sb sanggup susah payah simpan n samak. hrp  lps ni xde sape ragu2 dah nk beli ye.. pemilik dan pekerja pun warga tempatan katanya.. kalau kat kedai lain rse musykil bukan pekerja tempatan, x perlu la beli lps tu kecoh2 mcm ahkakk ni.. sendiri termalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekilas tengok pun dh tau bukan daging babi.
Kondifen je acik ni...
Malu sekampung yg batak sokong skali
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:47 AM | Show all posts
kah kah kah! syukur la iols dah komen kat thread lama, daging tu bukan babi.. tapi disebabkan dah disejuk beku, maka daging tu jadi la kaler macam tu.. kau nak yakin daging lembu, kau beli la daging segar tempatan kak.. ni dibelinya daging kerbau frozen, pastu duk canang fitnah daging babi.. sediakan knee pad awal-awal yaa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:49 AM | Show all posts
kan dah malu...bodoh betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:50 AM | Show all posts
So.. acik Mazliana Abdul Manap dah deactivate ke belum FB sheols?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:51 AM | Show all posts
Aduhhh akak ni tak reti dduk dapur kot selama ni. Sengaja je ko nak tabur pasir dlm periuk nasi org. Dahlah kak, pegi cari keje yg berfaedah sikit
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Batak.. x confirm terus mengadu kat fb.. siap kau kena hencap beramai2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak sepatutnya confirm kan betul2 tu daging babi ke tak. Bkn berdasarkan prof google jah pastu terus feeling teraniaya buang daging tu dan laju2 upload fb. Aiyoh malu tak bila jd mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 12:01 PM | Show all posts
memalukan la makcik ni. baik deactivate je fb tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahkak ni blh la mula merangkak mintak maaf kt butcher myanmar, nepal, rohingya tu sbb sebar fitnah. Gugel la sangggat
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 12:08 PM | Show all posts
Adakah makcik rasa gumbira kerana berjaya viral & menabur pasir dalam periuk nasik orang lain. tahniah makcik
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 12:11 PM | Show all posts
apa la perasaan akak tu yea bila dah tahu jawapan sebenar?
adakah dia meminta maaf atas viral yg dia dah lakukan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 12:16 PM | Show all posts
mohon saman balik pompuan neh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.071603 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list