View: 2177|Reply: 16
|
Ni kisah anjing yg harus kita jadikan teladan. Nights
[Copy link]
|
|
Kisah ini diceritakan dari Hassan Al-Basri r.amengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.
Pertama : Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang. Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh dimana mereka tidak berada dalam keadaan terlalu kenyang. Malah sering pula berpuasa.
Kedua :Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah. Sering berhijrah ke tempat atau arah yang lebih baik baginya dan Rabbnya.
Ketiga :Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga. Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah. Di saat orang dibuai mimpi indah, dia bangun bersengkakng mata bermunajat dan mencari redha Khaliq.
Keempat : Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris. Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud. Tidak terikat dengan kesenangan dunia. Apa yang ada digukan dengan sederhana. Tidak pernah tergila-gilakan mencari harta dunia seperti kita semua.
Kelima :Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah. Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. idak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian. Sabar itu menjadi tunjang atau tulang belakang dirinya.
Keenam ia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong. Tidak berharap kepada kemewahan semata-mata, tidak pula mencela dengan kemiskinan dan kesusahan.
Ketujuh :Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.
Kelapan :Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.
Kesembilan :Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t. Bersyukur apa yang dikurniakan Allah kepadanya.
Kesepuluh :Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah. Tidak terikat dengan kesenangan, dan tidak pula memandang tinggi pada kesenangan duniawi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Td member aku merangkap lecturer baru pesan kat aku n kwn2 lain time lepak kt mamak tadi. Pesannya, dia suruh kami jadi cam hanjing. Kasar benar bahasa ye. Kita manusia, nak jadi anjing pulak tetibaaaa. Rupanya. Dia suruh kita hayati kisah anjing n jadikan tauladan. Oooo tu ke maksud ko jah. Nah aku kongsi dgn forummers sekalian. Selamat membaca sblm tidooo. Esok keje uolsssss |
|
|
|
|
|
|
|
hebat . bagus pengajaran ni. alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. tq tt. semoga sama2 kita renungkan. peringatan yang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
sebut2 pasal hanjing ni, Diba AA punya IG dah kna delete di insta,
akibat gelombang fattzura |
|
|
|
|
|
|
|
tq tt.. sama2 kita renungkan ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 23-11-2017 03:48 PM
sebut2 pasal hanjing ni, Diba AA punya IG dah kna delete di insta,
akibat gelombang fattzura
hahahaha, sempat lagi menyelit.. mohon pakai sarung tangan lah ye bila try2 nak mencari ig diba aa |
|
|
|
|
|
|
|
Mulianya anjing Allah jadikan |
|
|
|
|
|
|
|
Qithmir kan..nama anjing kisah Ashabul Kahfi @de_ikea ? |
|
|
|
|
|
|
|
Qithmir kan nama anjing dlm kisah Ashabul ahfi @de_ikea ? |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhuhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Sth to ponder upon... Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
X sanggup nk kecam n hencap. Tazkirah berkesan kena btg idong aiols |
|
|
|
|
|
|
|
nice post tt....selalu di highlight cuma tentang sifat setia anjing, wlu tersesat n terselit disini tetap a good one and worth to read |
|
|
|
|
|
|
|
Nice post tt,bnyak pengajaran yang sya dpat alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Silap benang ke tt? |
|
|
|
|
|
|
| |
|