Arab Saudi bakal keluarkan visa pelancong
[backcolor=rgba(10, 10, 10, 0.498039)]
24 November 2017 12:30 AM
DUBAI, 24 Nov - Kerajaan Arab Saudi menyasarkan untuk mengeluarkan visa kepada pelancong asing tahun depan, kata pegawai kanan Arab Saudi kepada stesen berita CNN.
Pada masa ini, pelawat yang berkunjung ke Arab Saudi hanya terhad kepada pekerja pemastautin dan tanggungan mereka, mereka yang mempunyai urusan perniagaan, dan jemaah haji yang diberikan visa khas untuk pergi ke tanah suci. “Sasarannya adalah mereka yang ingin datang dan secara literalnya mahu menimba pengalaman menarik meneroka keindahan negara ini,” kata Ketua Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Asli, Putera Sultan Salman Abdulaziz dalam satu siaran temu bual lewat malam semalam. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/arab-saudi-bakal-keluarkan-visa-pelancong-1.559369#ixzz4zINqilL8
© Utusan Melayu (M) Bhd
|