CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 787|Reply: 1

[Jenayah] kurang ajar umno pandikar:cabar pemimpin pembangkang Sabah beragama Kristian men

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 07:59 AM | Show all posts |Read mode
pandikar urang sabah pun nak main isu agama, memang dna umno malaya

KOTA KINABALU: Pemimpin pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin hari ini membidas parti dan individu yang cuba menggunakan isu sensitif untuk manfaat politik.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah itu berkata pindaan 1974 pada Perlembagaan Sabah yang menjadikan Islam agama rasmi negeri diluluskan ketika pentadbiran Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) dengan persetujuan para pemimpin berbilang agama dan kaum dalam jemaah menteri ketika itu, termasuk yang beragama Kristian.

“Kenapa sekarang mahu cakap, lepas lebih 40 tahun timbul lagi? Isu agama ini isu sensitif. Kita di Sabah ini ramai lain-lain agama. Soalnya, mengapa sekarang tiba-tiba muncul satu isu yang sensitif?” katanya pada sidang media selepas penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Baru-baru ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencabar pemimpin pembangkang Sabah yang beragama Kristian menjelaskan sama ada mereka akan mengeluarkan Islam sebagai agama rasmi negeri sekiranya menang pilihan raya negeri.

Pandikar turut bertanyakan mengapa sepanjang 9 tahun mentadbir Sabah, dari 1985 hingga 1994, Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak pula “membetulkan” isu itu.
Lajim berkata meskipun PBS ketika itu memiliki majoriti 2/3, ketua menteri pada masa itu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, seorang Kristian Roman Katolik, tidak berniat meminda Perlembagaan Negeri untuk mengubah agama rasmi.

“Saya pada waktu itu dalam PBS. Seolah-olah cabaran ini ditujukan kepada PBS. Tidak pernah ada satu perkataan pun keluar dari PBS untuk ubah balik agama rasmi.
“Walaupun begitu, tidak ada pernah agama-agama lain disekat menganut agama lain, kenapa sekarang timbulkan isu ini. Bukankah ini satu yang merugikan bukan saja Sabah tapi juga Malaysia?”

Katanya, semasa bersama PBS dan cadangannya kepada Pairin, kerajaan negeri akan menaja 300 pemimpin agama Islam mengerjakan haji setiap tahun dari 1990 dan 1994.

Meskipun begitu, tiada orang Kristian yang datang kepada mereka minta dihantar ke Rom.

“Ada persefahaman antara agama di negeri ini yang orang Kristian tidak akan pertikaikan. Kita hidup harmoni jadi mengapa timbulkan isu yang boleh memecah-belahkan rakyat?” katanya.

Adun Klias memuji kerajaan kerana keterbukaan dalam persoalan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) walaupun speaker menolak 2 usul dari Parti Warisan Sabah dan Parti Cinta Sabah yang mahu membincangkan isu itu.

Isu itu dibahaskan secara panjang lebar pada hari kedua persidangan pada sesi soal jawab bersama Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Teo Chee Kang yang menerima soalan daripada pembangkang dan meluangkan masa 1 jam menjawab soalan tambahan.

“Nampaknya Teo bersetuju kita semua bersama dalam perkara ini dan kita berkongsi matlamat – menuntut semula hak kita mengikut MA63. Nampaknya ada keterbukaan daripada kerajaan.

“Ini perjuangan teras kita; dapatkan semua hak Sabah seperti yang dinyatakan dalam MA63,” katanya.
Lajim sempat memuji menteri negeri dan Adun BN lain. Beliau berkata wakil rakyat dari kedua-dua belah lebih tenang dan bertolak ansur berbanding sidang terdahulu.

Beliau berkata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman terutamanya lebih tenang dan sikap itu nampaknya diikuti wakil rakyat BN lain.
“Kerana mereka sedar isu yang kita bangkitkan ada asas, contohnya soal gaji minima yang sesetengah majikan tidak patuhi,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2017 01:21 PM | Show all posts
Umat Suci Melayu Perkasa harus dan wajib menyokong beramai-ramai  polisi menjadikan islam agama resmi di Sabah .... jika masih tak mahu ... silakan mereka untuk pergi keluar dari Sabah ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.073386 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list