CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 7

[Tempatan] Keuntungan FGV meningkat tiga kali ganda

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 24-11-2017 09:21 AM

Semoga terus maju jaya

PBZT FGV meningkat tiga kali ganda kepada RM170 juta


23 Nov 2017, 5:20 pm      23 Nov 2017, 5:29 pm

Keuntungan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebelum cukai dan zakat (PBZT) meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM170 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2017, berbanding RM44 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, hasil daripada prestasi yang kukuh dalam Sektor Perladangan dan Logistik dan Lain-lain (LO).
Pendapatan dalam tempoh itu meningkat lima peratus kepada RM12.7 bilion berbanding RM12.09 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama sebelumnya.
Pengeluar minyak sawit (MSM) dan perniagaan berasaskan pertanian terbesar dunia itu mengumumkan pembayaran dividen interim 5.0 sen sesaham bagi kira-kira 3.64 bilion saham biasa menerusi sistem satu peringkat bagi suku yang berakhir pada 30 Sept, 2017, berjumlah RM182.41 juta dan dijangka dibayar pada 28 Disember 2017.
Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama 2017, prestasi sektor perladangan mencatat peningkatan ketara, mencecah keuntungan sebanyak RM225 juta berbanding kerugian RM30 juta dalam tempoh yang sama lepas tahun.
"Kami memperoleh galakan daripada keputusan yang kukuh ini. Peningkatan ini disebabkan oleh kenaikan 10 peratus pengeluaran MSM yang disokong oleh peningkatan 3.0 peratus pengeluaran tandan buah segar (FFB) kepada 3.07 juta tan metrik hasil daripada harga MSM yang lebih tinggi, peningkatan bahagian keuntungan daripada usaha sama dan margin yang lebih tinggi dalam perniagaan baja.
"Selain itu, sektor LO turut mencatatkan peningkatan keuntungan disebabkan pengeluaran yang lebih tinggi dan jumlah tan yang diangkut oleh operasi pengangkutan, seiring dengan peningkatan jumlah pengeluaran MSM," katanya.
Sementara itu, bagi suku ketiga (Q3) 2017, FGV mencatat kenaikan 31 peratus dalam PBZT kepada RM114 juta berbanding suku sebelumnya, hasil daripada peningkatan dalam sektor gula dan LO.
Sektor perladangan mencatatkan keuntungan sebanyak RM107 juta pada Q3 berikutan peningkatan 18 peratus suku tahun ke suku dalam pengeluaran FFB, namun prestasinya diimbangi oleh caj perjanjian pajakan tanah yang lebih tinggi, manakala perniagaan gula kembali mencatat keuntungan berbanding suku sebelumnya disebabkan oleh penurunan harga gula mentah.
"Dalam usaha berterusan kami untuk memaksimumkan hasil, kami telah mengukuhkan operasi perladagan menerusi usaha mengoptimum buruh dalam aktiviti penuaian, melanjutkan waktu kerja dan mengguna pakai pengambilan pekerja asing secara agresif.
Prospek seterusnya disokong oleh peralihan pokok sawit muda yang meningkat ke peringkat produktif," kata Zakaria.
Beliau berkata prestasi FGV berada pada trend positif dari Q1 hingga Q3, dan berdasarkan peningkatan ketara dalam pengeluaran FFB pada Oktober, syarikat itu dijangka mencatat prestasi yang lebih baik dalam tahun kewangan 2017 berbanding 2016.
Untuk terus mengukuhkan perniagaan teras, kami melantik profesional dalam bidang yang diperlukan bagi mengukuhkan komposisi Lembaga FGV dan pengurusan kanan.
"Profesional tersebut memiliki pengalaman dan kepakaran yang tepat untuk membantu memajukan FGV ke hadapan dan menghasilkan pulangan yang mampan untuk pemegang saham dan pemegang kepentingan kami," kata Zakaria.
- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa % bonus KPF?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:12 AM | Show all posts
yay...toyol kaki songlap da keluar....bersih la FGV....cuba semak kewangan SPAD pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:13 AM | Show all posts
dah buang isa samad baru untung ek? isa samad orang umno ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:18 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-11-2017 10:13 AM
dah buang isa samad baru untung ek? isa samad orang umno ke?

isa samad berkecuali....yang penting kantung penuh je
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg kena Vss kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2017 10:25 AM | Show all posts
kentel replied at 24-11-2017 10:18 AM
isa samad berkecuali....yang penting kantung penuh je

akak pelik satu je dik, semua orang tahu siapa isa semad. akak harap biar yb hassan negeri 9 tu jadi somebody menteri ke apa. sebab dia pandai jaga rakyat negeri.

kalau dia masuk felda, felda untung nak harap kan isa samed memang haru biru. moga laknat menimpa mereka yang merompak harta rakyat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2017 10:46 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-11-2017 10:13 AM
dah buang isa samad baru untung ek? isa samad orang umno ke?


Dibawah Isa samad pun, FGV tak pernah rugi, setiap tahun ada keuntungan dan dividen utk pelabur.
hasil kurang antaranya sebabnya, banyak ladang dlm proses penanaman semula sawit dan bencana alam ( banjir ) .
Sekarang sawit sudah mulai matang dan meningkatkan hasil.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.068860 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list