CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 4

[Tempatan] Harimau Malaya akan bangkit 10 tahun lagi, kata menteri

[Copy link]
Post time 24-11-2017 10:27 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan masa sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum pasukan bola sepak negara bangkit semula memberi saingan di peringkat antarabangsa, kata menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata tempoh masa itu difikirkan bersesuaian memandangkan ramai pemain pelapis berusia antara 7 hingga 17 tahun masih dalam tempoh latihan intensif dan pendedahan jangka panjang melalui program seperti Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

“NFDP mempunyai 21,000 pemain…saya jangkakan 10 tahun lagi sebelum kita dapat menyaksikan kebangkitan semula pasukan negara,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Pembekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi KBS pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai gejala radikalisme dalam kalangan belia, Khairy berkata isu tersebut harus ditangani menerusi kerjasama KBS, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pendidikan melalui Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan RUU Pembekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu selepas dibahaskan 4 Ahli Parlimen.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung semula Isnin ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum tentu aku hidup
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
booooo.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Lamanyaaaaa 10thn..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 11:18 AM | Show all posts

sila cepat meninggal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.326383 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list