CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1298|Reply: 6

[Tempatan] Lalok 'pandu lalu', beroperasi 24 jam

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Lalok 'pandu lalu'

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/286865/lalok-pandu-lalu

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 6:10 AM

Siraj Mohd Zaini
siraj@hmetro.com.my


PASUKAN Special tactical Response dan Investigation Key Enforcers (STRIKE) dari Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) mengawal penagih dadah yang ditahan.  FOTO Muhammad Sulaiman

Klang: Sebidang tanah dipenuhi semak-samun dan berbukit di Bandar Puteri di sini, mungkin dianggap selamat bagi ratusan penagih untuk mendapatkan stok dadah secara ‘pandu lalu’ sejak beberapa bulan lalu.

Bagi memastikan ia selamat daripada diserbu pihak berkuasa, ‘port’ yang beroperasi 24 jam itu dikatakan turut dikawal beberapa individu sama ada pada waktu siang atau malam.

Lokasi diibaratkan ‘syurga’ itu strategik kerana terletak bersebelahan jalan selain keadaan tanah berbukit memudahkan mereka meninjau sebarang pergerakan sekeliling.

Malah, cara penagih mendapatkan bahan haram itu juga mudah kerana hanya perlu menunggang motosikal menemui seorang ‘operator’ di kawasan itu hanya dalam tempoh beberapa minit.


ANGGOTA polis Klang melakukan risikan ke atas seorang 'operator dadah' ketika melakukan Op Sarang Bersepadu. FOTO Muhammad Sulaiman

‘Tokan’ itu hanya menghantar 100 peket heroin pada waktu siang dengan menaiki motosikal dan jumlah sama akan dihantar kepada ‘operator’ sekiranya kehabisan stok.

Kawasan itu turut menyediakan tempat menagih kerana terdapat beberapa khemah kanvas sebagai tempat berteduh yang dipercayai boleh memuatkan puluhan individu.

Sarang dadah yang hanya mempunyai satu jalan masuk dengan jambatan kecil itu dilihat sukar ditembusi pihak berkuasa kerana mereka mudah melarikan diri ke kawasan paya berhampiran.

Bagaimanapun, kekebalan ‘port’ itu tidak bertahan lama apabila diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dengan kerjasama Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (STRIKE) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menerusi Ops Sarang Bersepadu, semalam.


ANGGOTA polis Klang menahan tokan dadah yang membawa 100 peket heroin dalam Op Sarang Bersepadu di Bandar Puteri. FOTO Muhammad Sulaiman

Ketua BSJN Klang Selatan Asisten Superintendan Nurul Hafiz Mohamad berkata, serbuan yang disertai 26 pegawai dan anggota itu dilakukan ketika ‘operator’ berkenaan sedang lena tidur, jam 6 pagi.

Menurut beliau, operasi hasil risikan selama sebulan itu berhasil apabila berjaya menahan dua tokan dadah dan 37 penagih berusia 18 hingga 50 tahun.

“Dalam serbuan berakhir jam 1 tengah hari tadi (semalam), kita turut merampas 200 peket heroin seberat 300.8 gram dianggarkan bernilai lebih RM8,000.

“Selain penagih menunggang motosikal, tiga pemandu lori meletakkan kenderaan di tepi jalan dan berjalan masuk ke kawasan itu turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya yang mengetuai operasi itu.


SEBAHAGIAN 200 peket heroin bernilai RM8,000 yang dirampas. FOTO Muhammad Sulaiman

Katanya, siasatan awal mendapati sepeket dadah dijual dengan harga RM40 dan kedua-dua tokan berkenaan masih muda berusia 18 tahun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B), Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1), Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2017 10:39 AM | Show all posts
Siap sediakan khemah untuk menagih tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2017 11:04 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 24-11-2017 04:14 AM



Macam ramai geng kicap + malay???? ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 12:13 PM | Show all posts
mcm bangla je yang ramai kena tangkap tu....ke yenna?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 09:35 AM | Show all posts
syurga la sgt!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Port baik. Nak jaga air pun senang. Satu jambatan, air datang senang nampak.
Pukul 5.30/ 6.00 pagi ni memang nak kena jaga, time dorang ambush. Time sedap tengah tidur.
Gantung lah jawab nya. Berapa packet kena.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2017 10:42 AM | Show all posts
selayaknya mampos...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.065880 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list