CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 530|Reply: 2

[Tempatan] Hidup penyanyi jalanan semakin mencabar kerana pengemis

[Copy link]
Post time 24-11-2017 10:34 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kehilangan sebelah kaki dalam satu kemalangan ketika berumur 16 tahun tidak menjadi penghalang untuk Agatha Yu Sin meneruskan hidup, sebaliknya beliau menjadikan perkara itu pembakar semangat untuk hidup sebaiknya.
Selepas kemalangan itu, tidak mudah bagi Agatha mencari nafkah kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran dengan keadaan dirinya sebegitu.

Walaupun berkelainan upaya, Agatha yang kini berusia 35 tahun, hidup tabah dan berdikari untuk membina kerjaya dalam industri acara yang mana persekitarannya tidak begitu mesra kepada mereka dengan kelainan upaya.
Agatha Yu Sin menjadi penyanyi jalanan demi mencari nafkah dan untuk membayar bil rawatannya.

Agatha Yu Sin menjadi penyanyi jalanan demi mencari nafkah dan untuk membayar bil rawatannya.
Beliau kemudiannya didiagnos dengan neuropati periferal (keadaan disebabkan oleh kerosakan saraf yang sepatutnya membawa mesej antara otak dan saraf tunjang) dan terpaksa berhenti kerja sebagai seorang pengurus acara.

Beliau ketika itu perlukan duit untuk makan minum dan untuk membayar bil rawatannya. Tidak dilupakan, juga untuk mengirim sedikit wang kepada ibunya di Pulau Pinang.
Dengan bakat bermain gitar dan minat dalam nyanyian, Agatha memilih untuk menjadi seorang penyanyi jalanan, membuat persembahan di hadapan Berjaya Times Square di Jalan Imbi.


“Saya sudah menyanyi di sini agak lama, tetapi saya sedih melihat sesetengah rakyat Malaysia mengaitkan penyanyi jalanan dengan pengemis. Tidak seperti pengemis, sekurang-kurangnya penyanyi jalanan menyediakan khidmat dan menghiburkan orang ramai,” kata Agatha.

Beliau menceritakan bagaimana beliau ditegur oleh seorang pemilik trak makanan berdekatan kawasan di mana beliau biasa menyanyi hanya kerana beliau meminta sesetengah pengemis berada jauh sedikit daripadanya.
Katanya, beliau sudah 2 tahun menjadi penyanyi jalanan di situ dan ramai pengemis berkeliaran di kawasan sama.


“Saya pernah diludah dan ditumbuk oleh sesetengah pengemis dan kerana itu saya takut jika mana-mana pengemis menghampiri saya. Sebab itulah saya meminta mereka berada jauh sedikit daripada saya secara baik.”
“Bagaimanapun, pemilik trak makanan itu menyoal saya mengapa pengemis-pengemis itu tidak boleh berada di sini? Mereka juga seperti saya, mahu ‘cari makan’,” kata Agatha.

Beliau kesal dengan pemilik trak makanan itu yang mengatakan seolah-olah “mengemis” satu profesion dan pengemis patut dibenarkan mengemis di mana sahaja mereka mahu dan ianya tidak salah di sisi undang-undang untuk mengemis.
“Dia (pemilik trak makanan) tahu saya trauma dengan pengemis kerana pernah hadapi masalah dengan mereka tetapi dia tetap menuduh saya memarahi pengemis itu walaupun saya tidak pernah memarahinya,” katanya kepada FMT.

“Saya fikir seorang manusia bermaruah tidak akan mengemis untuk mencari nafkah. Menyedari perkara itu, saya biasanya hanya meninggalkan mereka dan teruskan sahaja dengan nyanyian saya,” katanya sambil menambah beliau sudah banyak melihat ramai pengemis berdekatan kawasan itu yang kelihatan sihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
NI yg kt escalator jejantas yg nk ke low yatt tu eh?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 12:05 PM | Show all posts
buskers mana sama dgn pengemis..bodo nya laa org food trak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062549 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list