CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

[Tempatan] Kes ikan kari mamak harga RM600 : Saiz XL rupanya

  [Copy link]
Post time 24-11-2017 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Saiz XL rupanya

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/286860/saiz-xl-rupanya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 5:53 AM

Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my


PEGAWAI KPDNKK menyoal siasat pemilik restoren nsi kandar berhubung isu kari kepala ikan berharga RM600.  FOTO NSTP

Kuala Lumpur : Harga kari kepala ikan RM600 yang didakwa ‘cekik darah’ di sebuah restoran nasi kandar terkenal di ibu kota yang tular sebelum ini adalah hidangan empat kepala ikan bersaiz XL untuk dihidangkan kepada 17 orang.

Ia berdasarkan siasatan awal sepasukan pegawai Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di restoran nasi kandar terbabit selepas menerima laporan.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Datuk Roslan Mahyuddin berkata, semakan mendapati semangkuk kari kepala ikan yang dijual di restoran nasi kandar terbabit berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz iaitu S, M, L dan XL.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, pihaknya mendapati premis berkenaan meletakkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan.

“Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai (harga mengikut) saiz kepala ikan atau gambar yang jelas menunjukkan perbezaan antara harga setiap saiz kepala ikan itu.

“Dengan gambar yang jelas, pelanggan tidak akan keliru ketika membuat pembelian,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, pihaknya turut mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada restoran itu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai hidangan itu.

“Mereka diberi tempoh 10 hari untuk menghantar maklumat lanjut itu kepada kami.

“Mengenai gambar yang tular itu, saya kesal kerana pelanggan berkenaan hanya memuat naik gambar resit untuk hidangan empat kepala ikan yang dicaj RM600. Ia seolah- olah hidangan untuk seorang saja sebaliknya dalam keadaan sebenar, ia hidangan untuk 17 orang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga dipamerkan sebelum mengambil makanan bagi mengelakkan masalah sama berlaku.

Sebelum ini media melaporkan, makan malam dua keluarga di sebuah restoran nasi kandar terkenal, di sini, hujung minggu lalu dikejutkan dengan harga kari kepala ikan yang didakwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, Isnin lalu, empat mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesannya berjumlah RM600.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054891 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list