CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4365|Reply: 48

[Tempatan] Beratus beratur dalam hujan beli ikan, ayam murah

[Copy link]
Post time 24-11-2017 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-11-2017 03:32 AM

Beratus Beratur Dalam Hujan Beli Ikan, Ayam Murah

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/11/23/beratur-panjang/

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 10:01 PM

SHAH ALAM: Walaupun hujan renyai, ratusan orang sanggup beratur untuk membeli ikan dan ayam murah yang dijual di pasar 'jualan ikan murah' di sini yang dikelolakan oleh ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Orang ramai berhimpun di kawasan pasar malam dekat pangsapuri Seksyen 7 di sini seawal pukul 3.30 petang Khamis.

Produk makanan laut seperti ikan kembung, ikan cencaru, ikan sardin, ikan mabong dijual pada harga RM5 sekilogram sementara ayam proses pada RM10 seekor.

Bagaimanapun, Jamal tidak kelihatan di pasar berkenaan pada Khamis.

Pengerusi Barisan Nasional Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, ia merupakan kali kedua pasar tersebut diadakan di Shah Alam.

"Sebelum ini ia diadakan di Seksyen 24 di mana lima tan ikan dan dua tan ayam proses terjual dalam masa beberapa jam.

"Maklum balas yang diterima daripada akar umbi begitu memberangsangkan berikutan rakyat mampu membeli makanan segar pada harga lebih murah dan kita berharap untuk meneruskan inisiatif ini di Shah Alam setiap bulan.

"Hari ni saja, lebih dua tan ikan segar terjual dalam masa kurang sejam," katanya ketika ditemui di sini.

Azhari yang juga Ketua Umno Bahagian Shah Alam berkata, harga ikan dijual begitu murah membuktikan bahawa orang tengah mengambil kesempatan menjualnya pada harga tinggi.

Selain ikan segar dan ayam proses, pasar tersebut turut menjual gas memasak dengan harga RM20 setiap satu, dan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran pada harga lebih murah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 11:33 AM | Show all posts
berbaloi la bg para peniaga. tp bagi individu yg setakat goreng ikan sekor dua tak yah la sibuk memanjangkan barisan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:36 AM | Show all posts
kenapa kat shah alam je
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:50 AM | Show all posts
terbaik & selut "ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos"


pembangkang tak terfikir ni...mereka sebok atur list fitnah shj...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Best nya kalau dekat rumah..
Sebab ada buah2an murah mmg aku sanggup beratur..tpi jgn pulak bila dah lenguh beratur sekali tenguk buah yg dekat2 nak busuk..mmg kat situ aku maki kang
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa dulu kata Usop Azmi Persatuan pengguna ada kena mengena dgn Islam tu lagi bagus... Walhal Jamal jamban way better dalam tolong rakyat ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2017 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikan cencaru mmg murah pe.. kat tesco kadang dapat harga rm4-5 sekilo. Ayam tesco pun kadang murah.. rm5.99/kg.
Tapi ayam tesco ada orang kata ayam lama, ayam beku bla3x..
Entah, i vegetarian tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 12:00 PM | Show all posts
nak tahu juga mana source dpt ikan ni? sbb orang tengah pun ada margin? mohon kekalkan walaupun lepas PRU jamal kalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Org beratur panjang tanda ekonomi rakyat bagus kan? Sape kata rakyat Malaysia miskin sengkek?? @bioessence @memeque20 @lkick2113 @silencekiller @Simunggu @dcruins ??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2017 12:25 PM | Show all posts
Beli jerk....janji murah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 12:32 PM | Show all posts
peniaga ikan dan ayam kat pasar sek 6 n 16 tak komplen ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2017 12:36 PM | Show all posts
Harap usaha ini diteruskan sampai bebila walaupun selepas PRU...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh pulak nak g beli
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh pulak nak g beli
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 12:44 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 24-11-2017 11:55 AM
Ikan cencaru mmg murah pe.. kat tesco kadang dapat harga rm4-5 sekilo. Ayam tesco pun kadang murah.. ...

ikan jaket tu mmg murah... ntah la org tak suka sgt kot....
ayam pencen tu dpt rm5 sekor..... ok la fresh gak
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 24-11-2017 12:32 PM
peniaga ikan dan ayam kat pasar sek 6 n 16 tak komplen ker?

One off je Kan.. pas tu mesti Ada limit pembelian. Takkan bagi je sesiapa beli sebanyak mereka mahu.. Tak terjejas sgt kut peniaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 24-11-2017 12:44 PM
ikan jaket tu mmg murah... ntah la org tak suka sgt kot....
ayam pencen tu dpt rm5 sekor... ...

Sedap apa ikan jacket. Goreng garing. Goreng berlada.. masam asam pedas, masak lemak cili padi dgn petai Kiki's kulit.. perghhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 01:03 PM | Show all posts
jamal ada bot sendiri gi tangkap kat laut tu yang dapat jual murah
apada... korang apa taw
jamal ni multitasking , nelayan boleh, jaga stadium boleh, jaga rumat urut pon boleh
paling best kerja dia jaga depan SUK shah alam
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:26 PM | Show all posts
bagus UMNO ni..prihatin dengan kesusahan yang dihadapi warga Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Peghaknya umat Slengo.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.257899 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list