Upacara konvokesyen adalah momen membanggakan yang paling dinanti-nanti mahasiswa.
Foto: McGill Publications
Pada hari berkenaan, ramai graduan akan bergambar dengan jambangan bunga atau coklat selain menerima 'berbakul' ucapan tahniah.
Malah, ada juga yang akan menerima kejutan unik daripada rakan-rakan mahupun ahli keluarga.
BACA JUGA: Tak Mainlah Bagi Bunga Masa Konvo, Bagi Durian Baru 'Rare'!
Namun, berbeza dengan Garry Ariel Cussoy, graduan jurusan Matematik dari Universiti Gadjah Mada (UGM), Indonesia, pada 2013.
Garry menerima banner dengan ucapan tahniah daripada dirinya sendiri! Aduhai, macam forever alone pula dia ni, buat banner ucapan tahniah untuk diri sendiri.
Foto: Brilio
Kasihan kan? Tapi betulkah Garry sanggup buat sendiri macam tu?
Menurut Facebook UGM, sebenarnya bukan Garry yang buat banner itu, sebaliknya ia adalah gurauan daripada rakan-rakannya sendiri sebagai kejutan unik untuk mengucapkan tahniah kepadanya.
Kalau anda dapat banner macam ini pada hari konvokesyen, malu tak nak bawa ke hulu ke hilir? Atau anda mungkin berasa bangga menayangkannya kepada orang ramai?
Apapun, sweet sangat kalau dapat kawan-kawan macam mereka! - CARI |