Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn merupakan antara pasangan yang sering berkongsi kisah kehidupan seharian, sekali gus menghiburkan peminat.
Seronok sebenarnya melihat gelagat mereka anak beranak dalam kehidupan seharian. Selalu tak sering gusi lah!
Terbaru, Ozlynn memuat naik video suaminya membantu menyediakan hidangan tengah hari di dapur menerusi akaun Instagram (IG) mereka.
Rata-rata peminat dan pengikut terhibur dengan keletah mereka suami isteri bergurau senda, lebih-lebih lagi apabila Johan terlupa menekan butang untuk memasak.
Namun, sudah menjadi lumrah manusia. Ada sahaja kesalahan yang dicari.
Dalam pada peminat memuji sikap penyayang dan kuat mengusik pasangan ini, ada segelintir netizen mengkritik penggunaan bahasa kasar serta kata ganti diri (Aku dan Kau) yang dianggap tidak sesuai digunakan suami isteri.
Ekoran itu, Ozlynn membalas komen negatif individu berkenaan.
"Macam mana bahasa kau dengan Allah?"
Ha, kan dah mendapat dari Ozlynn. Betullah kata dia, tak ada yang salah pun dengan panggilan 'Aku' 'Kau' tu. Dalam masa sama, rata-rata pengikut bersetuju dengan jawapan Ozlynn itu.
Tak salah menggunakan 'Aku' dan 'Kau' dengan pasangan masing-masing. Kalau kita tengok atuk dan nenek kita pun ramai yang guna kata ganti diri macam tu kan? - CARI |