CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12966|Reply: 145

[Jenayah] anak sedara azmin ali kena tahan, rm4juta rampasan

[Copy link]
Post time 30-11-2017 10:18 AM | Show all posts |Read mode


rapat dengan pak sedara, masyukkkk


Rumah Anak Saudara Azmin Diserbu SPRM, Wang Tunai RM4 Juta Disita

Ia berkenaan tuduhan suapan rasuah berkait beberapa projek kerajaan negeri.


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menangkap seorang anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir.
FMT difahamkan lelaki berumur 34 tahun itu akan direman hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM.
Turut difahamkan beberapa akaun syarikat bernilai sehingga RM4 juta dibekukan.
Dua lagi ahli perniagaan berkait dengan urusan lombong pasir juga ditahan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2017 10:21 AM | Show all posts
AIDCNews -29/11/17 –Ahli seumur hidup PKR yang digantung keahlian Badrul Hisham Saharin memberitahu rumah anak saudara seorang Menteri Besar yang dilantik secara pintu belakang telah diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

Meskipun Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard tidak menyebut nama Menteri Besar itu, namun difahamkan ia merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Chegubard semasa serbuan itu, wang tunai sebanyak RM4 juta telah disita oleh pihak SPRM.

“Hebat MB pintu belakang lahirkan jutawan muda segera keliling dia…

“Petang tadi SPRM serbu rumah anak saudaranya tunai sebanyak RM4juta lebih disita… katanya anak saudranya tak bekerja hanya mengekor dia saja…

“Yang duk bawa terus gantung bendera gaduh sana sini ya… jom jerit ramai ramai PEDULI RAKYAT,” katanya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2017 10:22 AM | Show all posts






Perkara sama turut dibangkitkan oleh Rafi Awg Kechik yang menamakan Nurul Fadli anak saudara kepada Azmin Ali.
“Bayangkan kalau semua saudara maranya ada duit sebanyak ini ataupun lebih dari ini..kerjanya hanya jual nama bapa saudara.
Bayangkan juga kalau anak saudara ada wang banyak ini, berapa banyak pula bapa saudaranya ada? Berbanggalah wahai rakyat Selangor! Rugi tak ada bapa saudara macam ni,”katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2017 10:24 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2017 10:27 AM | Show all posts
Nurul Fadli 34 tahun tidak bekerja namun dipercayai kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudar Menteri Besar Selangor.



(Sabah Kini2) – Anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid  dan 2 lagi  ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari tadi  bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.

Dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta ditemui dan akaun dibekukan. Dijangka esok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuat penahanan reman di mahkamah mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM.

Nurul Fadli 34 tahun tidak bekerja namun dipercayai kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2017 10:28 AM | Show all posts




Anak saudara Azmin tiada kerja tapi boleh bermesyuarat penting bersama Azmin Ali.Apa peranan?




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-11-2017 10:31 AM | Show all posts


Sentiasa mengikut Azmin Ali MB Selangor. Apa peranan dia? pegang duit Azmin Ali??





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2017 10:32 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2017 10:41 AM | Show all posts
just wowwww ..banyak betul duit
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 10:47 AM | Show all posts
byk nye 4 juta tu .............
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 10:48 AM | Show all posts
fonen tua diva sangkak AA  tak jadi jutawan pun?  kenapa diva fonen tua dipinggirkan sister?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 10:51 AM | Show all posts
kalu anak buah azmin, anak ummi umngok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 10:52 AM | Show all posts
ni anak sedara belah wife ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
cikgukafa replied at 30-11-2017 10:28 AM
Anak saudara Azmin tiada kerja tapi boleh bermesyuarat penting bersama Azmin Ali.Apa peranan ...

Hang Nedim pun x dak kerja kaya raya jugak....hahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2017 11:03 AM | Show all posts
goyang la azmin pru kali ni.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt sabah ni ada sorang ketua pemuda umno yg jadi jutawan segera. Dolu dolu drive proton aja dia ngorat I tak layan pun coz dia bukan ada kerja tetap tapi sekarang dah drive superking untung oh masuk politik ni kontrak semua sapu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2017 11:19 AM | Show all posts
Jorja replied at 30-11-2017 11:17 AM
Kt sabah ni ada sorang ketua pemuda umno yg jadi jutawan segera. Dolu dolu drive proton aja dia ngor ...

kan, tapi lagi untung jadi anak sedara MB ni. folo belakang je rm4juta dalam tangan.





Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 11:21 AM | Show all posts
kejap akaun dibeku..kejap 4 juta cash..macai pun pening dgn propa sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2017 11:22 AM | Show all posts
kecimpret replied at 30-11-2017 11:21 AM
kejap akaun dibeku..kejap 4 juta cash..macai pun pening dgn propa sendiri

alamakkk. maksud ente, selain rm4juta, ada lagi juta2 dalam bank ke???

pakcik kayoooooooooo


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Perang pru dh mula lah tew
Bukan sibuk nk tjuk takat mana baik pihak sdiri.
Tp vs siapa paling lahanat.
Sdhny nk kena pilih siapa penyangak paling mulia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.451542 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list