CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 896|Reply: 1

Umno parti paling lama memegang kuasa di dunia

[Copy link]
Post time 4-12-2017 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Sayap Wanita UMNO merupakan faktor utama kelangsungan parti sejak 71 tahun lalu, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata pergerakan itu merupakan tulang belakang UMNO seperti yang pernah diakui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

“Daripada kira-kira 3.6 juta anggota parti, separuh adalah wanita. UMNO berusia 71 tahun dan kita sebenarnya adalah parti yang paling lama memegang kuasa di dunia,” katanya berucap pada jamuan malam bersempena Persidangan Antarabangsa Wanita Dalam Politik (WIPKL) 2017, di Kuala Lumpur malam ini.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Dianjurkan oleh Wanita UMNO, persidangan sehari itu yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO, akan dirasmikan oleh Najib esok.

WIPKL pertama kali diadakan pada 2015 semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN.

Wanita dan Revolusi Industri 4.0

Tengku Adnan berharap peserta persidangan akan terus menghidupkan jaringan tersebut serta saling berkongsi pandangan dan bertukar idea mengenai pelbagai isu apabila persidangan itu berakhir.

Persidangan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra itu dijangka menampilkan penceramah dari 18 negara dan 27 parti politik termasuk dari Amerika Syarikat, Uganda, Palestin, Mauritius dan Kyrgyzstan.

Antara penceramah terbabit ialah Ketua Whip Kerajaan Uganda Ruth Nankabirwa; Menteri Tenaga Manusia kedua Singapura Josephine Teo dan Pengarah Serantau Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik Dr Miwa Kato.

Persidangan yang dijangka disertai 1,000 perwakilan itu akan membincangkan tentang kepentingan kesaksamaan substantif dan kepimpinan wanita dalam dunia yang terkesan dengan Revolusi Industri 4.0.
Ia juga akan menyediakan peluang kepada perwakilan untuk menjalinkan hubungan baharu selain menggalakkan perbincangan mengenai isu-isu wanita dan politik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 10:19 AM | Show all posts
jadi apa masalahnya???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065141 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list