CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5015|Reply: 11

Ketam Bercili Yang Lazat Dan Mudah, Jom Shell-Out Di Rumah!

[Copy link]
Post time 5-12-2017 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Ketam Bercili! Jika sudah jemu dengan ketam masak lemak cili padi, cubalah resepi ini kerana rasanya memang berbeza. Ia hampir serupa dengan Singapore East Coast Chilli Crabs tetapi tidak menggunakan telur dan bahan pemekat (tepung kanji atau tepung jagung).


Untuk memaniskan ketam, perapkan dengan sedikit gula, garam dan serbuk kunyit. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak. Selain itu, ia juga boleh dikukus. Jika mengukus, lumur ketam dengan garam.




Foto: Wiso's Crabs




Kalau nak ketam yang bagus, belilah ketam setelah bulan mengambang kerana isinya penuh dan agak berat untuk saiznya. Untuk memastikan kesegaran, warna cengkerangnya hendaklah kebiru-biruan, bahagian tiga segi di belakangnya kuat melekap dan ia masih berbau laut.


Masakan ini berkuah pekat dan amat sesuai sebagai lauk nasi tomato atau nasi minyak. Rasanya juga pedas, manis dan masam. Jika sukar mendapatkan sos cili Thai, boleh digantikan dengan sos cili biasa atau berperisa bawang putih. Ketam boleh digantikan dengan udang atau ikan.


Kalau anda suka pedas, tambahkan cili merah atau pes cili. Boleh juga masukkan beberapa biji cili padi supaya lebih pedas. Gula mesti ditambah supaya rasa masam tomato dan sos cili dapat diseimbangkan. Untuk mendapatkan warna kuah yang lebih gelap, campurkan beberapa titik kicap pekat.


Jom semak resipinya!










Bahan-bahan:

4-5 ekor ketam, dibelah 2
200-250 ml air (boleh tambah jika suka banyak kuah)
60 ml sos cili Thai
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar, dipotong bulat
Garam, serbuk kunyit, kicap pekat secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
4 biji cili merah
3-4 biji cili padi, jika suka pedas
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
3 biji buah keras
2 sudu besar taucu, dicincang halus
1½ sudu besar pes cili


Cara membuat

1.      Perap ketam dengan kunyit dan garam selama 30 minit.
2.      Goreng dalam minyak panas hingga separuh masak.
3.      Dalam 3 camb minyak, tumis bahan kisar.
4.      Bila wangi dan naik minyak, masukkan semua bahan lain.
5.      Kacau sekali-sekala sehingga mendidih kemudian bubuh ketam.
6.      Tutup kuali dan biar ketam masak elok serta kuahnya pekat.
7.      Campurkan bawang besar kemudian kacau sebentar sebelum diangkat.




Mudah dan jimat untuk masak Ketam Bercili ala-ala sajian shell-out ini. Yang penting ia sedap. Nak tahu 'terangkat' atau tak, kenalah cuba sendiri! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
{:childlike Nk buat nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2017 07:32 AM | Show all posts

Noraidil, terima kasih sudi nak cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow nmpk menyelerakan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 08:54 AM | Show all posts
aku suka kalau sblum tutup api letak telur ayam kasi pekat kuah dia..
rasa mcm makan telur ketam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 12:13 PM | Show all posts
sedapnya ketam..lama tak mkn ketam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2017 09:42 PM | Show all posts
sedapppppnya lahai ketam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 02:32 PM | Show all posts
Sedapnyaaa lahai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2017 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 nak makan fatty crab
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:36 AM | Show all posts
nak try lah buat
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah masuk sini..semua nmpk sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.257605 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list