CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4144|Reply: 12

Pelik! Resipi Sambal Biji Getah..

[Copy link]
Post time 6-12-2017 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Bila cakap tentang biji getah, tentu teringat kita pada zaman kanak-kanak bermain dengannya. Tapi yang peliknya, biji getah boleh dimakan.

Makan biji getah? Tiada benda lain yang nak dimakan? Sebetulnya biji getah memang boleh dimakan.


Tetapi cara memakannya bukanlah seperti memakan kekacang. Biji getah harus diproses dahulu.

Biji Getah




Cepat cuba resepi pelik ni. Barulah rare kan?


Sambal Biji Getah (Kredit foto : Facebok @Berbagai Resepi Ada Di Sini)




Resepi Sambal Biji Getah / Sambal Rong


Nama lain bagi sambal biji getah ialah sambal rong.


Bahan-bahan

  • Cili padi
  • Biji getah
  • Garam



Cara-cara membuatnya

  • Kupas kulit getah yang keras untuk mengambil isi dalamnya.
  • Buang kulit ari. Nak mudah, keringkan dulu biji getah sehingga biji getah lekang dari isinya.
  • Tumbuk cili bersama sedikit garam sehingga lumat. Masukkan biji getah dan tumbuk lagi sehingga biji getah lumat.
  • Setelah lumat, tepekkan di dalam kuali leper atau tudung periuk.
  • Bakar di atas api yang perlahan sehingga masak.








Mudah kan? Jangan lupa untuk mencuba resepi rare ni. Tapi anda kena la mencari biji getah tu dulu. - CARI




Kredit sumber dari ibuberbicara.blogspot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 11:42 AM | Show all posts
x penah dgr.. sedap ke? kan dia kan bergetah2 gtu, even dh kering getah2 tu, x bhya ke nk mkn??
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 12:12 PM | Show all posts
1st time dengar resepi ni.. mmg 3 bahan tu je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 12:32 PM | Show all posts
masa kecik suka je mian masak-masak guna biji getah..
tak tau pulak boleh makan betul-betul
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 12:40 PM | Show all posts
mak sedara aku dulu selalu buat

tapi x tau napa sekarang jarang dah

rasa pedas+kekacang sikit
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:18 PM | Show all posts
biji getah ganti dengan biji cempedak boleh ke? biji cempedak pun sedap kalau makan camtu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2017 02:09 PM | Show all posts
biarrrr betul ..bleh makan ker..
aku pun asal dr kpg..kat kpg aku byk kebun getah
org kpg dulu2 majoriti potong getah
xde pulak dengar atau ayah aku ckp biji getah boleh di makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2017 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
EncikRhoma replied at 6-12-2017 01:18 PM
biji getah ganti dengan biji cempedak boleh ke? biji cempedak pun sedap kalau makan camtu je

Boleh kot. Lagi sedap kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 08:10 PM | Show all posts
aku masa mula2 duduk kampung..aku cukup takut ngn bijik benih getah... kalau makan bijik getah ni bertambah bergetah ke seseorang perempuan tersebut..yeeeeeeeha
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:06 PM | Show all posts
Wah...xpernah tau biji getah boley makan
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 10:46 PM | Show all posts
bolleh mkn ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah makan.sedap sangatt tp tak semua pandai buat sambal ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 08:31 AM | Show all posts
frst time dgr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.083515 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list