Laporan Autopsi dan Toksikologi telah mendedahkan bahawa penyanyi Linkin Park, Chester Bennington yang mati menggantung diri di rumahnya beberapa bulan lalu bukanlah disebabkan pengaruh dadah.
Namun laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Koroner Daerah Los Angeles menyatakan bahawa aliran darah menunjukkan terdapat sedikit alkohol sebelum dia ditemui mati tergantung dalam rumahnya.
Foto arian Internet
Penyiasat kes ini menjumpai segelas bir Corona, botol kosong Stella Artois dan botol prekripsi Zolpidem dari jenis Ambien di tempat kematiannya berlaku.
Ujian darah pula menunjukkan tubuh Chester didapati ‘positif’ ketika ujian MDMA dijalankan - dikenali juga sebagai ekstasi tetapi dua ujian air kencing tidak berjaya mengesan dadah dalam tubuhnya.
Chester yang berusia 41 tahun telah meninggal dunia pada 20 Julai lalu dan ditemui mati tergantung di kediamannya yang terletak di Los Angeles, California.
Hasil daripada dua perkahwinannya sebelum ini, dia juga meninggalkan enam orang anak dan seorang balu.
Foto: sandiegouniontribune.com
Rindu dengan Chester. Sehingga hari ini tiada siapa yang boleh gantikan auranya Apa agaknya perancangan Linkin Park selepas ini? - CARI |