CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7053|Reply: 16

Umpan Anak Main Gajet Supaya Tak Menangis, Ibu Bapa Jenis Apakah Ini?

[Copy link]
Post time 6-12-2017 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua  khususnya para ibu bapa,


Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al- Khattab


Sesunggguhnya sahabat agung Rasulullah SAW sendiri telah dari awal memberi pesanan kepada kita semua agar bijak dalam mendidik anak-anak mengikut zaman mereka. Apatah lagi zaman pesat dengan kecangggihan teknologi dengan bermacam gajet-gajet dan sistem pembelajaran anak-anak bertukar menjadi lebih agresif dan pantas.


Jadi, sebagai ibu bapa yang turut terkesan dengan perkembangan teknologi ini, perlu mempunyai kaedah khusus dan teknik dalam memastikan perkembangan teknologi ini tidak merudumkan sistem kekeluargaan.






Malangnya jika kita lihat kebanyakan ibu bapa telah khilaf dalam melayari bahtera keluarga bersama anak-anak apabila mereka dikuasai oleh teknologi seperti gajet-gajet dan media sosial. Saya senaraikan ragam ibu bapa yang menjadi mangsa teknologi ini:


1) Sentiasa menjadikan gajet seperti telefon pintar atau Ipad dengan melayari youtube untuk diberikan kepada anak-anak kecil seawal umur setahun supaya anak-anak fokus kepadanya dan tidak mengganggu ibu bapa dengan urusan masing-masing.


Saya secara peribadi berpendapat, seperti saranan Saidina Umar Al-Khattab, saya tidak melarang anak-anak untuk melayari youtube dan sebagainya namun, ia perlu dikawal selia dengan baik dan perlu meletakan syarat-syarat tertentu seperti tempoh masa menontonnya, bila waktu yang sesuai dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa perlu bijak mengawasi video yang dilayari mereka.


Pada mulanya, ibu bapa sendiri yang membuka video kartun atau video pembelajaran untuk perkembangan minda anak-anak, namun jika tidak dipantau sentiasa, ada kemungkinan besar untuk anak-anak menekan ke video-video yang lain yang tidak sepatutnya ditonton mereka. Tambah lagi, terdapat banyak video-video karton yang telah diubah suai dengan diselitkan unsur-unsur seks dan ganas. Ini memberi impak buruk kepada anak-anak.


Oleh yang demikian, usah disekatkan teknologi kepada anak-anak tetapi dedahkan mereka dengan bijak agar kesannya membawa kepada perkembangan minda yang cemerlang.







2) Ibu bapa yang tidak mengawasi media sosial anak-anak seperti aplikasi Facebook, Instagram, Whatsapp, Wechat, Bigo Live dan bermacam lagi yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bagi sesetangah ibu bapa, wujudnya aplikasi-aplikasi ini adalah sebagai medium berkawan alaf baru.


Ya benar, namun, usah dibuang keburukan disebaliknya jika tiada ilmu dan pengawalan yang betul. Sebagai contoh, kita lihat bagaimana Bigo Live mampu menghancurkan nilai dan adab remaja kita terutama anak-anak gadis. Dengan menawarkan penukaran point kepada wang ringgit, sebahagian anak-anak gadis kita sanggup melakukan pelbagai aksi demi menarik perhatian umum dan mendapatkan point.


Sayugia, sekali lagi bukanlah mengambil pendekatan menghalang terus tetapi keraplah memberi nasihat dan peringatan kepada anak-anak agar tidak melampaui menggunakannya dan sentiasa menjaga maruah dan nilai sebagai seorang khalifah Allah SWT. Sentiasa berbicara dengan mereka tentang keburukan dan kesan yang akan mereka tempuhi sekiranya mereka tidak bijak mengawal penggunaannya.






3) Ibu bapa sendiri yang menjadi mangsa gajet apabila setiap masa leka dengan telefon pintar ditangan sehinggakan anak-anak berasa seperti diri mereka telah digantikan dengan telefon pintar ibu bapa mereka. Apa yang boleh berlaku? Kemungkinan besar anak-anak akan mudah mencari perhatian diluar rumah seperti mencari teman lelaki atau terpengaruh dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.


Selain itu juga, sikap ibu bapa ini mampu memberi virus kepada anak-anak untuk turut sama terpengaruh dengan gajet dan menjadikan gajet sebahagian daripada hidup mereka dan wajib diberi perhatian istimewa dan setiap masa sehinggakan leka terhadap tanggungjawab dan keperluan utama sebagai hamba Allah SWT. Hilang daya komunikasi sihat dan tiada lagi hubungan erat antara keluarga seterusnya hilang rasa hormat antara suami dan isteri juga antara ibu bapa dan anak-anak.


Bersamalah dalam perkembangan teknologi tetapi lakukan dengan bijak dan tidak menjadi mangsa yang mempu meruntuhkan sistem kekeluargaan.


Foto Carian internet


Hakikatnya banyak lagi yang boleh disenaraikan namun, dengan 3 perkara ini sahaja jika tidak dibendung dan dikawal mampu memberi kesan buruk kepada semua pihak. Sehubungan itu, kekuatan sebenar dalam mengharungi dunia tanpa sempadan ini adalah komunikasi kita dengan Yang Maha Esa.


Sekiranya ini tetap teguh dijaga dan diamalkan maka biar apa pun zaman yang bakal kita layari, kita pasti mampu layarinya dengan banteng dan perisai keimanan. InsyaAllah. Semoga kalian dirahmati Illahi. Amin.


Salam ikhlas,
Airol Irwan Limin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 03:43 PM | Show all posts
kdg2 kt kedai makan,

mak bapak pgg hp, anak2 pun di baginya sorang 1..

sedey tgk keadaan mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 04:10 PM | Show all posts
sape anak yg takde gajet2 ni, mak pak kata kesian kat anak diorg, anak org lain semua ade.. kesian tgk anak duk terhegeh2 tgk sepupu sepapat sebaya or kanak2 sebaya duk main game tp anak xde semua tu maka dibelinyalah satu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 02:05 PM | Show all posts
chinta89 replied at 6-12-2017 04:10 PM
sape anak yg takde gajet2 ni, mak pak kata kesian kat anak diorg, anak org lain semua ade.. kesian t ...

lepas tuh ada lagi satu dilemma zaman sekarang nih... kalo tak bagi gajet2... nak disuruh main activity di luar ... tak selamat pulak dgn kes2 culik dan jiran2 yg tak mengenali antara satu sama lain....
boleh suruh main batu seremban dan congkak jer la dlm rumah.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 12:48 PM | Show all posts
apa nak heran sejak ujudnya laman social dan melambak gajet itu semua jadi bahan utama yang dilihat .... baik yang dah tua sekali pun jangan kata budak malah orang tua sekali pun dah tak macam orang tua zaman dulu .......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 12:52 PM | Show all posts
Annakku takde gajet lagi...mereka pinjam kami punya...so berebutlah. setiap sorang boleh main pun dalam 1 jam je dalam sehari..kami guna prepaid dan kalau nak online sangatlah terhad sebab ikut brp  provided data yg kita dapat je la.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2017 09:28 AM | Show all posts
zaman dah berubah. mcm dulu2 org nak beli barang pergi kedai, skrg online je. so parenting pun maybe dah bertukar. mcm dulu2 kita selalu bengang bila mak bapak kita asyik bandingkan cakap time diorang dulu2 takde itu ini mcm kita. so mcm tu lah anak2 zaman skrg dengan kita pulak. setiap benda of course ada keburukan! so pandai2 lah as parents.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 04:02 AM | Show all posts
xkan suruh anak pi main sawah dan pi cari getah kawin  mcm 80 an ???Time changed.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2020 02:39 PM | Show all posts
peredaran zaman, kadang2 kita tak bagi anak kita main gadjet tapi bila balik kampung ke jumpa sepupu2, jumpa  sedara mara, tengok pakcik makcik semua melekat handphone kat tangan, dah nak jugak...kadang memang buat keras je tak bagi..tapi nanti mak pak depa pulak tengok kita semacam dah anakkita  merengek mengacau anak dirong ke dirong ke pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 11:04 AM | Show all posts
nk nagis? sukati lah, hang jugak yg letih nanti,

tp nk bg hp nono

kalu x diam jugak, mak yg jd singa. baik hg diam
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 12:31 PM | Show all posts
Saya tak bagi tapi orang lain yang bagi. Makcik, sepupu, ayah dia.. Larang pun tak jalan. Geram betul.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 07:10 PM | Show all posts
There is no right or wrong in parenting, lain orang lain cara cuma semuanya kena seimbang la.
Saya kasi je anak saya gadget, tengok youtube, main game. Her general knowledge kalah budak umur 12 tahun plus  masa dia umur 3 tahun dia dapat anugerah best student of the year for FS1 and masa umur 4 tahun pon dia dapat best student of the year for FS2. Alhamdulillah, everything in moderation,  and kalau dia lama sangat tengok youtube kita tegur elok2 and dia akan buat aktiviti lain  i.e. practise on her phonics & reading, painting, counting etc.  Part tegur tu memang la payah ntuk budak 5 tahun tapi setiap ibu bapa mesti ada cara mereka sendiri. Don't judge, just because you tak kasi anak-anak you main gadget, tak semestinya parents yang kasi tu tak reti parenting, ntah2 mereka lagi mahir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi jelah anak ko tu duk diam2 jangan meracau.. Tapi, bila sampai satu umur contohnya 3 @ 4thn ke atas, garang lah sket menyeringai disiplinkan bdk2 tu. Reduce screen time by phase. Lama2 bdk2 ni terpaksa adopt the new schedule yg parents tetapkan. TAPI jangan pulak ko biarkan atuk nenek diorang masuk campur masa ko tgh tegas dgn new rules tu. You guys know laaaaa what i meant....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2020 09:46 PM | Show all posts
addved replied at 10-2-2020 07:10 PM
There is no right or wrong in parenting, lain orang lain cara cuma semuanya kena seimbang la.
Saya  ...

Betul. Mcm encyclopedia bergerak sbb semua tahu. Belajar speaking english style british bila tgk youtube. Byk belajar vocab. Tapi ada cons jugak main gadget ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2020 09:48 PM | Show all posts
GuaSayangMelaka replied at 8-1-2020 04:02 AM
xkan suruh anak pi main sawah dan pi cari getah kawin  mcm 80 an ???Time changed.............

Heheheh betul tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 09:15 PM | Show all posts
Amat setuju dengan saudara. Dalam zaman internet ini, semua kanak mesti terdedah kepada gajet2 dan social media. Sebagai parents, kita kena setkan satu had limit supaya ank2 tidak addicted kepada mereka.

Harap artikel ini dapat membantu:
https://www.q-dees.com/blog/children-are-addicted-to-smartphones/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 11:32 AM | Show all posts
Edited by mykiddyland at 13-12-2021 11:33 AM

Banyak cara lagi boleh umpan anak supaya tak leka main gajet. Ibu bapa kena mainkan peranan dengn beri perhatian lebih lagi.
Kindergarten Malaysia, Kindergarten Kuala Lumpur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.568788 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list