CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2438|Reply: 3

Hati-Hati! Kena Tahu Jenis Pujian Lelaki Pada Wanita, Mana Satu Yang Ikhlas?

[Copy link]
Post time 12-12-2017 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Semua orang suka dipuji. Terasa diri ini begitu istimewa, terutama sekali jika pujian itu datang dari insan yang kita kagumi atau sayangi.


Namun, tahukah anda yang sebenarnya pujian istimewa itu lebih bermakna sekiranya ianya datang dari orang lelaki kepada wanita?

Tahukan anda, apakah makna setiap pujian yang hadir oleh seorang lelaki kepada wanita? Jom semak!

Sumber: tinta-srikandi.blogspot.my



Pujian Biasa
Berbunga-bunga hati si gadis apabila dipuji saat pertemuan kali pertama. Namun harus diingat yang tidak semua pujian itu ikhlas sepenuh hati untuk si gadis. Pujian selamat ini dilafazkan tidak melambangkan perasaan sebenar si lelaki kepada si gadis. Antaranya adalah “cantik cara awak pakai tudung.”


Pujian Romantis
Pujian ‘punchline copypaste’ ini biasanya ditiru dalam banyak rancangan television terutama rancangan komedi. Pujian ‘punchline’ romantik ini susah hendak dibuat secara spontan melainkan si lelaki telah mendapat ‘ilham’ daripada pelbagai bahan untuk diluahkan pada si gadis. Biasa nada pujian lebih berbunga-bunga boleh membuatkan si gadis terawang-awang ketika diberikan. Ada kalanya pujian sebegini digunakan untuk mencairkan hati gadis-gadis ‘novel’. Contohnya seperti ,”awak suka teh tarik? Sebab saya dah tertarik dengan awak.”



Foto: Carian Internet


Pujian Nafsu

Pujian ini selalu diberikan setelah si lelaki nampak apa yang si gadis tayangkan yang boleh menaikkan nafsu si lelaki. Contohnya, “’hot’ betul awak pakai macam ni, cantik,”. Berhati-hatilah sekiranya diberi pujian berbaur gangguan seksual ni kerana kita tidak dapat menjangkakan apakah tindakan si lelaki seterusnya.


Pujian Tidak Bertapis
Pujian ini sangat sensitif sehinggakan boleh disalah anggap sebagai gangguan seksual melampau bagi sesetengah gadis. Janganlah pujian seperti ini diberi semasa kali pertama bertemu. Pujian ini termasuk memuji bahagian-bahagian badan si gadis secara terus. Namun niat si lelaki memang menyatakan kebenaran atau ‘describing the truth’. Contohnya “besarnya punggung awak.”



Sumber: onsizzle.com


Pujian Perangkap
Pujian jenis ini adalah ‘wayang’ kepada tindakan seterus si lelaki dan seharusnya berhati-hati. Ayat yang diberikan manis sekali sehinggakan ramai gadis terpukau dengan ayat itu. Apa yang akan berlaku seterusnya itu adalah bahaya kerana boleh memerangkap si gadis. Contohnya, awak memang comel la, tapi lagi comel kalau awal pakai bikini ini depan saya.”


Pujian Ikhlas
Pujian ini sangat manis tetapi sukar dikesan oleh si gadis. Ini kerana pujian sebegini kebiasaanya susah diluahkan oleh si lelaki atas faktor egonya. Hanya aksinya sahaja menunjukkan pujian yang ikhlas. Langsung tidak dilafaskan melainkan dengan tindakan si lelaki seperti gerakan mata dan bibir. Setakatnya ikhlasnya? Hanya si pelafas dapat menyatakannya.


Pujian Jaga Hati
Ini selalu terjadi sekiranya soalan perangkap ditujukan kepada si lelaki. Soalan itu sekiranya dijawab dengan betul atau salah, aka nada tindakan berbaur emosi kepada si gadis yang bertanya. Contohnya, “Semalam saya beli baju, tapi bila pakai nampak macam gemuklah,” Padahal si gadis memang dah gemuk. Pakaiannya itu menyebabkan perutnya ‘melimpah’ dan realitinya nampak tidak manis. Tetapi si lelaki menjawab, “Eh, mana ada. Awak kuruslah kalau pakai ni,” sambil berlalu pergi mengambil kunci kereta untuk mengelak menjawab soalan susulan.


Jadi buat para wanita di luar sana, jangan cepat termakan puji. Fahami dahulu apa makna di sebaliknya ya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 03:06 PM | Show all posts
takder makna la kategori ni semua kena puji dengan negro terus serah diri serah duit
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 09:44 AM | Show all posts
Edited by haryatie at 13-12-2017 09:46 AM

x kisah pun org nak puji atau tak..
lantak situ ler
sbb cra org melayu ni kalau memuji tu mcam lbih kpd berlakon jerk
puji ada makna, buat2 manis mulut jerk
kalau bangsa bangsa asing@pendatang memuji mmg kena buat pekak jerk la..
gi mampus le situ..klau tak kita lak yg mampus

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa muda belia iolls selalu bergeng tanpa sengaja jejaka2 yg sweet talker....buat setakat rakan ok lerr...however calon suami no,no,nooo{:smile
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.038411 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list